Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


October 30, 2007

Gulai Terung dengan Kerang Kak Tih

Chetam balik beraya di Tepen weekend lepas. Kak Tih masakkan Gulai Terung dengan Kerang sebab dia tahu adik bongsu dia ni hantu gulai dan juga hantu terung.....hehehehe.....Kerang disauk sendiri oleh suami Kak Tih di Kuala Gula. Satu periuk besar. Ramai-ramai Kak Tih, Kak Ti, Mak Mertua Kak Tih dan Chetam gotong royong kopek kerak yang dah dicelur air panas. Chetam dah lama tak masak gulai sebab Buya tak boleh bau langsung gulai ni.

Masih dalam kuali.

Gulai Terung dengan Kerang Kak Tih

Terung Bulat - Belah 4
Isi Kerang - dibersihkan
Bawang merah ]
Bawang putih ] dihiris halus
Rempah Kari Ikan - 5 hingga 6 sudu besar
Halba campur
Garam secukup rasa
Perasa - Pak Aji naik motor
Santan
Air
Daun Kari Pole
Air asam jawa
2 biji cabai merah

Cara
Panaskan kuali. Masukkan minyak.
Bila panas, masukkan bawang merah dan putih yang dah dihiris.
Masukkan sedikit halba campur dan daun kari. Goreng hingga naik bau.
Masukkan sedikit air dan campurkan rempah kari. Kacau hingga naik minyak. Tutup kuali.
Dah naik minyak, tambah air asam jawa. Tumis lagi hingga naik bau.
Masukkan terung bulat dan tutup kuali supaya terung cepat empuk.
Masukkan kerang dan santan. Bubuh garam secukup rasa dan juga sedikit Pak Haji.
Masukkan cabai merah. Perlahankan api dan biar hingga naik minyak.
Boleh makan ngan nasi putih panas.

Nota Kaki Kak Tih:
- Untuk gulai kerang, perlu lebihkan rempah karinya.
- Gulai akan bertambah sedap dan umph selepas 2 hari.....tapi kena peragat la

No comments:

Post a Comment