Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


March 06, 2007

Jeruk Mangga sumbangan Puan Norma Maimu Kartini

Chetam dapat resepi ni dari Restoren Pak Amir. Untuk pengetahuan anda semua, resepi di bawah memang telah dipraktikan oleh kakak Chetam. Memang macam tu lah cara Chetam dan Famili membuat jeruk mangga zaman muda remaja dulu.

-----------------------------------------------------------
Ini resepi jeruk mangga yang saya dapat daripada Kak Long saya. Rasanyamemang sedap dan tak ada bahan pengawet.

Jeruk Mangga

4 biji Mangga Muda (lagi masam lagi bagus untuk dibuat jeruk) 5 sudu besar Gula (kalau terlebih pun tak apa)
1/2 sudu kecil garam

1) Potong mangga macam jeruk punya ukuran, basuh dan toskan hingga etul-betul kering.
2) Masukkan ke dalam bekas/tupperware yang kedap udara. Masukkan gula & garam. Tutup bekas & goncang hingga sebati. Biarkan dalam suhu bilik selama 1 malam.

* Nota
Jangan sekali-kali letak air kerana air masam mangga akan keluar dan sebati dengan gula & garam. Rasanya sedap, ranggup & tiada bahan pengawet. Budak-budak pun boleh makan.

------------------------------------------
Kalau nak lagi resepi Jeruk Buah-Buahan seperti Buah Cermai, Kendodong dan Sentul, sila lawat fotopage Kak Liza kite. Sebelum melawat, pastikan anda sediakan sapu tangan kerana air liur anda pasti meleleh apabila melihat gambar jeruk berkenaan.

Sila klik di sini : Home Made Jeruk

1 comment: