Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


October 10, 2006

Kek Sponge Marble Lemon BerBlueberri

Ini gambar kek sponge yang Chetam penah janjikan dulu. Senang banget buat kek ni tapi sedap giler.


Selepas disalut dengan fresh cream dan diatasnya diletakkan blueberri.


Selepas dipotong. Lapisan bawah, kek sponge marble dan lapisan atas ialah kek sponge dengan perahan buah lemon. Wangi sungguh.

Kek Sponge Marble Lemon BerBlueberri
Sumber: Chetam

500gm campuran kek Sponge (beli siap dari kedai)
10 biji telur ayam
130 ml air
130 ml minyak jagung atau sayuran
Sebiji lemon
Beberapa sudu serbuk koko

Cara
Pukul semua bahan kecuali minyak, lemon dan koko dengan mixer. Pukul sampai gebu dan kembang. Masukkan minyak. Pukul lagi. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diperahkan dengan buah lemon. Masukkan dalam loyang dan dibakar. Satu lagi bahagian dibahagi 2. Masukkan serbuk koko yang diayak dalam satu bahagian dan satu bahagian lagi plain jer. Buat stail marble dan bakar.

Dah sejuk, boleh dicantum dan dihias dengan fresh cream dan blueberri.

Topping
1 cawan Fresh Cream
Blueberri

Pukul sampai naik dan kembang.

No comments:

Post a Comment