Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Mei 2013

Boleh pilih sebarang tarikh untuk bulan Mei 2013.

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Confirmed : 12 Mei utk kelas personal dengan Puan Farah - Kelas Tartlet dan Kelas Asas Deco Cupcakes - DONE

Confirmed : 8 Jun kelas personal utk Homemade Chocolates dengan Amira

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

Module yang anda boleh gabung dalam satu hari untuk kelas personal. Anda sendiri yang tetapkan tarikh yang sesuai.

Module 1
Kelas Kek Coklat Moist Versi Bakar(siap ganache dan hiasan) dan Kukus(dengan topping mudah) serta Brownies mudah - Yuran RM200


Module 2

Kelas Aneka Tartlets - Cheese Tart, Fruit Tart, Walnut Tart, Egg Tart - Yuran RM160

Module 3
Aneka Chaox Pastry - Cream Puff, Enclairs, Snowy Swan, Fruit/Tuna Basket
- Yuran RM160

Module 4
Kelas Puding dalam Loyang
- Yuran RM160

Module 5
Kelas Puding dalam Bekas Mini - Yuran RM160

Module 6
Kelas Bakul Pastri dan Tart Buah - Yuran RM250


Module 7
Kelas Asas Aneka Coklat - Yuran RM230

Module 8
Kelas Kek Red Velvet - Belajar 2 resepi berbeza - kek dan cuppies
Yuran - RM200

Module 9
Kelas Kuih Talam
Hands On 4 Resepi - Yuran RM160
Hands On 5 Resepi - Yuran RM180

Module 10
Kelas Aneka Kek Komersial - Kek Sponge, Kek Butter, Kek Coklat, Kek Lapis
Pandan , Kek Chiffon. Yuran - RM300

Module 11
Kelas Aneka Kek Keju Mudah - Kek Snowy Cheese, Kek Keju Bost(yg lain akan update)


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.

October 10, 2006

Es Pokat Versi Chetam

Chetam nak kongsi resepi mudah ni tapi sedap. Pertama kali cuba minum di Medan, memang tak tertelan sebab air ni pekat. Tapi sekarang, pantang dapat peluang balik ke Medan. Sampai rumah Mertua jer, terus minta Es Pokat. Alhamdullilah, adik2 ipar memang sporting. Mereka akan beli dan bungkus bawa balik.

Bulan lepas, Chetam jumpa buah Pokat ni di Pasar Malam Hentian Kajang. Mahal giler. 2 biji RM3.00 dan dibawa dari Dumai. Disebabkan teringin buat Es Pokat, Chetam sms adik ipar di Medan. Adik ipar kata, kalau di Medan dengan RM3.00 boleh beli buah Pokat sampai nak termuntah meminumnya. Maksudnya, kat sini mahal giler.



Es Pokat
Sumbangan: Chetam
Sumber: Adik Ipar di Medan

Satu biji buah Pokat (ambil isi aje)
Air Gula (bancuh beberapa sudu gula dengan air suam)
Susu pekat
Serbuk Milo
Ais Batu (dipecah kecik2 atau guna ais kiub)

Cara
Kesemua bahan kecuali serbuk Milo diblender. Dah siap, tuang dalam gelas dan taburkan dengan serbuk Milo.

Nota Kaki Chetam: Di Medan, susu pekat digantikan dengan susu kaleng coklat. Maksudnya, susu pekat dengan perasa coklat. Pelik betul, kat Malaysia tak ada susu macam ni. Oh Ya....pada yang dok tertanya-tanya apa tu buah pokat.....hehehehe....APRIKOT la tu.....kat sana buah ni hidup subur sedangkan di Malaysia, ianya terpaksa diimpot.SILAP Besar!! Thanks kepada yang betulkan.....Bukan Aprikot tapi AVOCADO....

3 comments:

  1. salam utk chetam sekeluarga,

    sy dh cuba resepi ni dan alhamdulillah menjadi sbb mmmg sy mengidam nak rasa es pokat ni dan saya juga ada pastekan resepinya di blog saya utk rujukan di masa depan. Boleh ye? terima kasih atas resepi tersebut.

    ReplyDelete
  2. YA Allah kak......kenapa mahal sangat sampai RM 300 2 biji????? saya tengok jusco dalm RM 4. 90 je sebijik...kalu kat jusca lam Rm 5.90 je sebiji

    ReplyDelete
  3. Bukan rm300 tapi rm3.00

    ReplyDelete