Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


October 10, 2006

Biskut Raya Yang Chetam dah Buat

Assalamualaikum

Tak sempat buat banyak, cuma 4 jenis saja tapi Chetam buat 2 adunan. Sebab nak kasi Bapak, Ibu Mertua, Mak Mertua dan rumah Chetam sendiri. Kenapa ada Ibu dan Mak Mertua???? Sebab Ayah Mertua penah kawin lebih dari sorang.....hehehehe.....

Cuma ada 3 gambar di sini dan kesemua resepi dah pernah diposkan. Tapi tak per....Chetam pos sekali lagi.


JEJARI OATS - Sifu Suria
250g butter
4 oz castor sugar
2 cups roll oats- blend
2 tablespoon coco
2 cups flour

Gelek shape fingers, bake, gelek dgn icing sugar+ susu tepung.


TART TERAP aka Tart Bunga
Sumbangan: Sifu Suria
Sumber: Rukiah ABK

Bahan:
450 gm tepong gandum
260 gm butter
75 gm tepong susu
1s/m icing sugar
3 biji kuning telor
1 biji puteh telor
1 s/m Minyak sapi QBB
2 titik pewarna lemon yellow
1/2s/t garam

1) Butter, gula, telor ,QBB, pewarna,garam di gaul rata.
2) Masokkan tepong susu, tepong gandum lalu di gaul hingga sebati.
3) Adunan di perap 1/2 jam kemudian dia canai dan di terap dgn acuan
tart.
4) Aturkan diloyang pembakar,isikan inti nenas lalu di bakar.

Nota Kaki Chetam: Chetam lupa letak susu tepung. Tapi masih berlemak.


Snowy Hearts
Sumber: Roz Rnet

Bahan-bahannya:
500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
800gm tepung gandum
16 ozs ghee (1 tin ghee yg kecik)
12 ozs gula aising (1 oz = 28 g)
1 sudu teh soda bikarbonat
Susu Nespray (atau mana2 susu yg sedaplah, kalau susu ada honey pun sedap kot.

Cara-caranya:
- Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat
- Pukul ghee dan gula halus hingga sebati
- Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati.
- Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit2 dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
- Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana dan bakar dalam 10 min,
- Bila dah masak sira dengan susu Nespray.

Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak yah bakar sampai kekuningan.

Nota Kaki Chetam: Chetam sira dengan susu Nespray perasa Strawberry so warna sedikit pinkish.

2 comments:

  1. hai chetam..nak tya la..sira susu tu mean nak wat caner yer?bukan golekkan dalam tepung susu je ke?

    ReplyDelete
  2. iyer.....sebenarnya digolekkan ajer dalam tepung susu tu.....

    tuan punya resepi tersilap tu sebab sira maksudnya masak air gula tu dan lepas tu baru masukkan kuih untuk disira...macam cucur gelang tu.

    Chetam

    ReplyDelete