Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Kelas Personal di Teratak Chetam

Anda tentukan tarikh kelas anda sendiri

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut. Sila rujuk modul kelas di ruangan sebelah kanan.


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.


September 08, 2006



Bake Hazelnut Coffee Cheese Cake
Sumber: MamaZieza Rnet
Gambar: Arlina Rnet

Untuk base

150 gm butter
30 gm gula perang
1 sudu besar nescafe/instant coffee dicampur dgn 1/2 sudu besar air.. (jadikan pes)
200 gm digestive biscuits (Mc Vities) - hancurkan dan lumatkan....
50 gm kacang hazelnut.. halus
60 gm cooking cekelat dicairkan

Gaul biskut, kacang, gula, nescafe dgn butter tu tadi. Tekankan ke dalam acuan springform berukuran 8 x 8 inci.

Ratakan cokelat yang telah dicairkan... Simpan dalam esbox sat.

Fillings

500 gm Philadelphia Cream Cheese
130 gm gula kastor
2 1/2 sudu besar instant cofee
20 gm tepung jagung
50 gm kacang hazel (halus)
4 biji telur (dipecahkan terlebih dahulu dan kacau-kacau sikit)
300 ml whipping cream


Cream Cheese di keluarkan dari peti es lebih kurang 1 - 2 jam sebelum digunakan supaya dalam keadaan suhu bilik dan tidak akan berketul bila kita memutarnya.

Putar Krim Cheese dgn gula sampai kembang. Masukkan kacang dan tepung. Masukkan nescafe yang dibancuh dgn 2 sudu besar air panas. Masukkan tepung dan masukkan telur. last masukkan whip cream tadi dan kacau hingga sebati... Tuang ke atas base tadi. Buatlah design atas cake tu kalau nak.. tak nak tak perrr...

Bakar secara bain marie....lebih kurang 45 minit ke 1 jam. pastu tutup api oven dan biarkan kek tu di dalam oven... sekurang-kurangnya 1 jam atau pun seelok-eloknya semalaman.. hehehehe...dah sejuk baru kuarkan dari acuan... kalau tak jadi kek gunung berapi meletup.

Nota Kaki Mamazieza: Acuan Spring Form tadi hendaklah di balut dgn aluminium foil sebelum letak ke dalam bekas yang berisi air. Kang basah plak kek tu...

No comments:

Post a Comment