Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
September 26, 2006
SALAM RAMADHAN DARI BUYA, CHETAM DAN CHENUL
Assalamualaikum
Maaf bebanyak sebab tak dapat nak mengemas Teratak Chetam. Chetam sibuk sesangat sampai pertengahan bulan depan.
Terima kasih pada yang sudi memberi ucapan menyambut Ramadhan kepada Chetam.
InsyaAllah, bila dah lapang nanti, Chetam akan kemaskan Teratak Chetam ni sebelum Raya menjelang. InsyaAllah, dengan izin Allah, tahun ni Chetam sekeluarga akan beraya di Kota Medan. 1st time raya Aidil Fitri di rumah mertua. So Chetam akan cuti panjang nanti.
Bila Bulan Ramadhan menjelma, rasa sayu sangat terkenangkan Arwah Bonda yang tiada. Lagi sayu mengenangkan Bapak yang tidak berteman di bulan Mulia ini. Alhamdullilah, kakak dan abang ipar serta anak-anak sentiasa setia menemankan Bapak.
Bila teringat kakak Chetam yang sorang ni.....meleleh air liur pulak jadinya.......Laksa Kak Tih memang sedap. Malangnya.....sampai sekarang belum dapat resepi sebab dia asyik sibuk dengan menjahit. Nampak gayanya, raya tahun ni Chetam akan kempunan Laksa Kak Tih. Tapi dengar cerita, tahun ni bapak pesan jangan buat ketupat daun palas sebab yang pandai balut ketupat ni hanya Arwah Bonda dan juga Chetam. Raya tahun ni, Kak Tih nak buat Nasi Ayam Keluarga Diana.
Jika anda belum mencuba Nasi Ayam Keluarga Diana.....cari lah resepinya di bulan terdahulu kerana amat senang membuatnya dan rasa memang sedap. Ada yang cakap, lagi sedap dari Nasi Ayam Linda Onn.....hehehe....bukan Chetam cakap tau......
Ok lah.....stop sini sebab nak kembali ke ofis client yang tak leh masuk internet.....
Salam Ramadhan
CHETAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment