Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


August 23, 2006

CHETAM MOGOK???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama jugak Chetam mogok.....hehehehe.....sibuk la ngan keje. Chetam bukan full time mengadap blog Teratak Chetam. Chetam keje ngan company IT dan InsyaAllah, musim sibuk akan menjelang tak berapa lama lagi. Masa tu mungkin langsung tak sempat nak update Teratak Chetam.

Terima kasih kepada Mamazieza yang talipon Chetam. Chetam sihat....hehehehe....rupernya ada yang perasan tone jawapan Chetam di msjbox. Chetam minta maaf kalau ada yang terasa....hehehehe....okay....Chetam nak kasi resepi Sushi....ada yang minta kan.....resepi ni dari Diana melalui email yang Chetam terima pada 28 July 2005.

[Quote]

Resipi ini telah Diana ubah suai untuk selera orang kita, kerana sushi original kadang-kadang menggunakan rice wine so kita guna cuka biasa dan campurkan dengan gula sodapppp. Dah lama tak buat sushi ni.

Beras sushi ni tidak sama macam beras yang kita selalu gunakan dirumah ya. Berasnya pendek-pendek dan putih bila dimasak ia tidak melekat antara satu sama lain sebutir-sebutir gitu. Kepingan rumpai laut boleh dibeli di pasaraya dan juga tikar untuk menggulung sushi-maki.

Soya sauce dan wasabi (dalam tin bentuk serbuk) kalau tidak silap brand S&W alahai lupa den tapi tin bewarna hijau kecil comel je. Wasabi ni boleh kita bancuh dengan sedikit air untuk menghasilkan pes wasabi. Selalu Diana suka beli jenis serbuk sebab rasanya lagi power menusuk hidung. Ada juga yang dijual dalam bentuk pes sudah siap macam ubat gigi tapi kecil la sikit, tapi kadang-kadang rasanya tidak sepower yang serbuk.

Dah terangkan haaa jom kita buat sushi sendiri.

SUSHI

Bahan-bahannya
3 1/3 cawan beras untuk membuat sushi, ada dijual dipasaraya (berasnya pendek dan putih)
4 cawan air
5 sudu besar + 1 sudu besar cuka beras atau cuka biasa pun boleh
5 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 paket rumpai laut nori
soya sauce dan wasabi secukupnya
tikar untuk menggulung sushi-maki
dulang plastic besar
senduk nasi plastik

* jangan menggunakan peralatan logam seperti senduk, atau periuk kerana ini akan menjejas rasa nasi sushi itu bila digaul dengan cuka


Inti untuk Sushi
1 batang timun, dikupas kulitnya, dibuat hatinya dan dipotong panjang (strips)
dan rendam dalam air bersama secubit garam, angkat dan toskan bila tiba masa untuk menggunakan
2 sudu besar halia jeruk merah (ada jual di pasaraya dalam botol yang telah dijerukkan)
1 paket kecil jeruk lobak putih (ada jual di pasaraya juga)
2 biji telur dipukul dengan sedikit gula dan didadar, kemudian potong panjang (strips)
crab filaments (alah isi ketam yang ciplak tu)
avocado
mayonnaise
tuna


Cara-caranya
Gunakan periuk nasi, cuci bersih beras dan kemudian isikan bersama sukatan air. Dan masak macam masak nasi biasa. Sambil nasi sushi masak, campurkan gula, garam dan cuka dalam periuk dan panaskan menggunakan api kecil. Kemudian masukkan periuk itu kedalam mangkuk yang berisi air batu dan air sejuk, supaya ia campuran cuka cepat sejuk. Cara ini kawan Diana ajar tapi lupa nak tanya kenapa dibuat begitu katanya supaya rasa sushi sedap. Jadi selalu dah buat macam ni.

Bila nasi sushi dah masak, angkat dan kemudian spread (melayu cakap apa ek ahalai lupa) atas dulang plastik menggunakan senduk plastik ataupun kayu, jangan guna senduk logam nanti rasa dia tak sedap (chemical reaction dari cuka). Cara yang paling sedap jika anda ada kukusan buluh dirumah haaa gunakan kukusan buluh tersebut spread nasi yang telah masak tu diatas buluh. Kemudian renjiskan air cuka sedikit dan kemudian digaul dan kemudian spread lagi. Air cuka jangan dituang semua agak-agak sebab kalau letak semua takut nasi nanti lembik tak sedap so kena agak-agak ya. Pada masa yang sama kipas kena pasang kat sebelah nasi tu jadi dia cepat sejuk. Untuk mengelakkan nasi sushi kering letakkan didalam bekas dan tutup dengan tuala lembab. Nasi sushi mesti digunakan dan dimakan pada hari itu juga. Tak boleh simpan ya.

Timun yang telah ditoskan digaul dengan sedikit garam dan kemudian diketepikan. Letak tikar penggulung sushi diatas meja. Panggang kepingan rumpai laut, bahagian berkilat diatas api untuk beberapa saat, macam kita layukan daun pisang. Letakkan kepingan rumpai laut diatas tikar penggulung dan letakkan 2-3 sudu besar nasi. Ditengah nasi boleh kita isikan inti ikut citarasa, jeruk lobak putih, telur dadar dll. Angkat hujung tikar dan gulung sehingga habis. Gulungan sushi harus cantik dan ketat dan inti berada ditengah. Menggunakan pisau potong sushi lebar 1 1/2 inci dan atur atas pinggang. Hidangkan bersama soya sauce dan wasabi.

Untuk membuat California Sushi Roll, gunakan avocado, crab filament, timun dan mayonnaise sebagai inti. Dan roll sushi ini macam cone ice cream. Inti sushi boleh diubah suai mengikut citarasa anda dan keluarga. Selamat mencuba.

Nasi sushi juga boleh digunakan untuk membuat Nigiri Sushi. Dimana kita kepal bulat dan lonjongkan sikit dengan tangan kemudian letak sedikit pes wasabi dan kita letak isi ikan tuna yang dihiris setebal 1 sm dan sebagainya.

P/S: Diana berikan sample gambar bagaimana hendak menggulung sushi untuk membuat sushi-maki.



[UnQuote]

Nota Kaki Chetam: Chetam bukan peminat sushi dan mungkin tak akan cuba resepi ni...hehehe....gambar di atas tu, 6 gambar kecil adalah sumbangan Diana sementara gambar besar di bawah adalah sumbangan Puan ROziyati Rnet.

1 comment:

  1. saya akan cuba! ehee~..suke sgt mkn sushi. mmg sy tgh cari ni resipi yg mudah n senang. ngehee~..thanxs kakak.

    ReplyDelete