Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Kelas Personal di Teratak Chetam

Anda tentukan tarikh kelas anda sendiri

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut. Sila rujuk modul kelas di ruangan sebelah kanan.


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.


August 10, 2006

Aneka Kek Buah Kukus

Chetam terima permintaan untuk resepi ni. Dulu dah penah postkan dalam Teratak Chetam tapi kali ini resepi yang berbeza pula.

Oh Ya....Chetam dah banyak penuhi permintaan pengunjung Teratak Chetam tapi lepas dapat resepi, kebanyakan yang meminta tu senyap ajer. Jangan lupa, kalau dah cuba kasilah feedback untuk dikongsi dengan rakan yang lain pula. Pada yang telah kasi feedback melalui email atau msj, ribuan terima kasih Chetam ucapkan.


KEK BUAH KUKUS
Sumber: Kak Liza

Bahan:
200 gm butter
200 gm gula halus
300 gm tepung gandum ]
2 s/teh baking powder ] ayak
1 s/teh soda bikarbonat ]
3 biji telur
1 s/teh esen vanila
100 gm gula....cairkan kekuningan
250 gm buah campur

Cara:
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.
3. Masukkan bahan yg diayak dan buah campur.
4. Masukkan gula yg dicairkan dan kacau rata.
5. Panaskan kukusan sehingga mendideh.
6. Kukuskan adunan kek selama 2 jam. Jangan biarkan air menitik dalam adunan kek.
7. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan

Kek Buah kukus
Sumbangan: tinjaulihat dr OnTheMenus

Bahan-bahan
1. 1 kati tepung gandum
2. 8 oz gula halus
3. 5 biji telur
4. 16 oz mentega
5. 16 oz kismis hitam
6. 4oz halwa limau
7. 2 sudu the esen limau
8. 4 sudu the cream of tartar
9. 2 sudu the bicarbonate of soda
10. ½ biji buah pala diparut
11. 2 cawan gula pasir hangus

Cara membuatnya : )
1. Pukul mentega bersama gula halus sampai kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang.
3. Kemudian masukkan tepung yang sudah dicampur cream of tartar, bicarbonate of soda, buah pala yang sudah diparut, kismis hitam, kulit limau dan dikacau rata-rata.Lepas itu masukkan esen limau.
4. Gula pasir dihanguskan tetapi jangan terlalu hitam, lalu dituangkan ke dalam ramuan tadi sambil dikacau dengan pantasnya.
5. Kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan yang sudah disapu mentega.
6. Kukus selama 4 jam, baru diangkat.

KEK KUKUS RASHIDAH
Sumbangan: Sifu Rashidah Rnet

Bahan - Bahan
600g tepung gandum
300g buah - buahan campuran
2 buku butter
5 biji telor
600g gula powder
(ambil 1/2 cwn + 1/2 cawan gula pasir buat gula hangus)
1 ct. cream of tartar
2 ct. bicarbonat soda
2 ct. baking powder
1 ct. serbuk pala

Cara:
Pukul gula dengan telor. (gunakan tangan)
Pukul mentega rata dan campurkan dengan adunan telor tadi.
Masukkan tepong sedikit demi sedikit.
Masukkan buah - buahan dan gula hangus.
Biarkan 15 minit dan kukus selama 4 jam.
Acuan 7" x 9" alas kertas dan tutup dengan aluminium foil.

p/s : ct. tu camca teh, makna sudu kecil



Kek Buah Kukus Norazie
Sumbangan: Norazie Rnet
Gambar: Hasnee Rnet

Bahan
600g Tepung gandum [ambil segenggam asingkan]
2 tin butter golden churn atau yg sama berat = 680g
600g gula pasir [bahagi 2 - 300g utk gula hangus
800g-1kg mix fruit je
1 st serbuk buah pala
2 st bikarbonat of soda
2 st cream of tartar
esen limau setengah botol
Telur A - 5 biji [kalau B- 8 biji]

* kertas minyak utk alas loyang
* aluminium foil utk tutup loyang

Cara :
Panaskan kukus - air hampir penuh.
Masukkan butter, gula 300g, esen limau , pukul hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu. Pukul agak2 dah rata, cukup.
Ayak tepung gandum + bikarbonat + cream of tartar + serbuk buah pala.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dlm adunan telur tadi. putar hingga sebati, tutup mesin dulu.
Panaskan gula 300g kalau dpt dlm bekas yg non stick..kalau tak, apa2 pun boleh..janji boleh pegang utk tuang nanti.
Masak hingga warna coklat gelap..dan berbuih2 halus...hidupkan balik mixer jalan perlahan dlm 1.5 kelajuan....tutup api gula hangus...tuangkan perlahan2 ke dlm adunan [mixer jalan yea]...bila dah habis tuang..naikan kelajuan...hingga sebati....stop.
Pastikan air dlm kukusan dah didih. bila air dah didih, gaul segenggam tepung tadi dgn mix fruit...jgn gaul kuat2...cukup utk sadur luaran mix frt tu.
Masukkan mix fruit dlm adunan tepung, gaul dgn senduk, agak2 rata saja cukup, jgn terover..
2 Loyang 8x8 alas dgn kertas minyak, tuang adunan ke dlm loyang..sebelum tuang tuh..gaul kasi rata buah2 tu..supaya dpt bahagi sama byk setiap loyang..nanti satu togel...
Cover dgn aluminium foil..kemas dan klipkan ke tepi2 loyang supaya tak masuk air...Masuk dl kukusan 2 tingkat ....selepas 2 jam..atau 1 1/2 jam....boleh tambah air panas...kukus min 4 jam..atau 5 jam kalo larat tunggu....

p/s: st tu sudu teh

Berikut pula adalah Kek Buah Kukus sumbangan Diana. Ada 2 versi. Gambar2 pun dari Diana. Chetam tempek jer penerangan Diana di sini.

[Quote]
Hari ini Diana tunjukkan cara membuat Kek Kukus Buah Basah. Boleh perhatikan gambar dan juga cara adunan disediakan. Hasilnya kek ini memang sedap, lembut dan gebu. Buah-buahan pun serata tidak mendap. Rasanya marbelousssss... Diana mengukus menggunakan api besar selama 2 jam kemudian api perlahankan kepada sederhana untuk 1 1/2 jam lagi.

Diana mencuba setengah adunan dan dalam menghasilkan kek buah berukuran 7 x 7 x 2 1/2 inci. Jika anda tidak berapa suka kek buah yang terlalu moist (basah) boleh mencuba resipi Kek Kukus Buah-Buahan Lembab yang juga Diana berikan dibawah. Kepada semua Selamat Mencuba.

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN BASAH
Sumbangan: Makcik Diana

Bahan-bahannya
600 gram tepung gandum
300 gram gula halus
5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji)
2 1/2 buku (625 gram) mentega Golden Churn/ SCS
1 kotak (500 gram) buah-buahan campuran
2 sudu teh bicarbonate of soda
1 1/2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)

2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
kertas kuih
aluminium foil

Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.


KEK KUKUS BUAH-BUAHAN LEMBAB

Sumbangan: Makcik Diana

Bahan-bahannya
1 tin (16oz) mentega Golden Churn
600 gram tepung gandum
400 gram campuran buah-buahan
2 cawan gula halus
6 biji telur
2 sudu teh bicarbonate of soda
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
kertas kuih
aluminium foil

Untuk Gula Hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan air dan kacau gula sehingga ia larut. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.


Mentega dan Gula


Esen vanila dan pewarna


Masuk telur


Selepas telur digaul sebati


Masuk tepung


Selepas tepung digaul sebati


Selepas masuk gula hangus, mixed fruit


Tutup dengan aluminium dan kukus


Selepas dikukus


Dah siap dipotong

[UnQuote]

8 comments:

  1. Anonymous9:03 am

    assalamualaikum..chetam..saya telah mencuba resepi yg mule2 ditunjukkan (yg paling atas)..tapi saya rasa amat kecewa kerana hasilnya bukanlah seperti yang saya inginkan atau seperti yg tertera pada gambar kek yg paling atas tu..mak saya kata memangla tu kek kukus..sbb kita gunakan pengukus utk memasaknya..tapi sebenarnya kek itu ialah kek nona manis yang pernah mak saya belajar sewaktu muda2 dulu..saya rase amat sgt kecewa ngn resepi dan gambar yg di tunjukkan..saya rasa tertipu..harap maklum..


    yang kecewa,
    eija82

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:52 pm

    salam eija82.fikir +ve,jgn emosi..tenang..dan jgn mudah menghukum..kerna hukum itu akan pulang ke diri...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum

    sy minta izin copy paste ye.nk salin malas pule.kalau sy dh buat,sy bgtw ye.

    ReplyDelete
  4. sabar,,,,,try dan try lagi

    ReplyDelete
  5. nak try kek buah kukus..huhu..moga2 menjadi nih..

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:07 pm

    hai chetam, sy dah cuba resepi dr makcik diana tue..mg sedap..cuma agak manis..boleh kurangkan gula tue kalau 2nd time cuba.Anyway..tq chetam

    ReplyDelete
  7. As salam chetam....kita dah buat yg resepi makCik diana-kek buah lembap...naik mmang cun tp.......bila dah masak, mnyak dr mentega bnyk ar. Knapa ye....3 kali buat pun mcm tu...hmmmmm

    ReplyDelete
  8. resipi mak cik diana utk kek buah basah an lembap mcm sama je???

    ReplyDelete