Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Mei 2013

Boleh pilih sebarang tarikh untuk bulan Mei 2013.

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Confirmed : 12 Mei utk kelas personal dengan Puan Farah - Kelas Tartlet dan Kelas Asas Deco Cupcakes - DONE

Confirmed : 8 Jun kelas personal utk Homemade Chocolates dengan Amira

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

Module yang anda boleh gabung dalam satu hari untuk kelas personal. Anda sendiri yang tetapkan tarikh yang sesuai.

Module 1
Kelas Kek Coklat Moist Versi Bakar(siap ganache dan hiasan) dan Kukus(dengan topping mudah) serta Brownies mudah - Yuran RM200


Module 2

Kelas Aneka Tartlets - Cheese Tart, Fruit Tart, Walnut Tart, Egg Tart - Yuran RM160

Module 3
Aneka Chaox Pastry - Cream Puff, Enclairs, Snowy Swan, Fruit/Tuna Basket
- Yuran RM160

Module 4
Kelas Puding dalam Loyang
- Yuran RM160

Module 5
Kelas Puding dalam Bekas Mini - Yuran RM160

Module 6
Kelas Bakul Pastri dan Tart Buah - Yuran RM250


Module 7
Kelas Asas Aneka Coklat - Yuran RM230

Module 8
Kelas Kek Red Velvet - Belajar 2 resepi berbeza - kek dan cuppies
Yuran - RM200

Module 9
Kelas Kuih Talam
Hands On 4 Resepi - Yuran RM160
Hands On 5 Resepi - Yuran RM180

Module 10
Kelas Aneka Kek Komersial - Kek Sponge, Kek Butter, Kek Coklat, Kek Lapis
Pandan , Kek Chiffon. Yuran - RM300

Module 11
Kelas Aneka Kek Keju Mudah - Kek Snowy Cheese, Kek Keju Bost(yg lain akan update)


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.

July 19, 2006

YONG TAU FU


Bagi memenuhi permintaan Nor, Chetam sertakan resepi Yong Tau Fu.

YONG TAUFU sumbangan Diana
Sumber: Hajah Saodah Mohd Salleh

Bahan A
100 gram kacang soya, direndam semalaman
300 gram sengkuang, dihiris memanjang seperti batang mancis
50 gm ikan bilis
2 biji bawang putih
(ikan bilis dan bawang putih kisar halus dengan air dan tapis)
1 sudu teh minyak bijan
garam dan gula secukup rasa

Bahan B
200 gram isi ikan keledek atau ikan tenggiri, dikisar
1 biji lada merah, dibelah 2 buang bijinya dan didadu kecil-kecil
1 biji lada hijau, dibelah 2 buang bijinya dan didadu kecil-kecil
1 dahan daun sup, dirampai
1 dahan daun ketumbar, dirampai
sehiris karot, didadu kecil-kecil
sedikit tepung jagung
sedikit garam

Bahan C
6 keping cendawan kering, direndam sehingga kembang
6 biji lada merah, dibelah 2 jangan putus, buang bijinya
6 biji lada hijau, dibelah 2 jangan putus, buang bijinya
1 batang peria, hiris setebal 1 cm dan buang bijinya
6 batang kacang bendi
2 keping tahu putih, dibelah jangan putus
2 keping tahu kering, dibelah jangan putus
1 ekor sotong kembang, direbus sehingga lembut
beberapa biji telur puyuh
beberapa biji bebola ikan atau sotong

Bahan D
1 sudu makan lada kisar
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh bawang putih kisar
100g gula merah atau gula Melaka
4 sudu makan gula pasir
1 sudu teh petis
1/2 gelas air
jus dari 6 biji limau kasturi

Cara untuk Bahan A
Rebus kacang soya dan sengkuang dengan air ikan bilis. Masukkan secukup air dan rebuslah sehingga kacangnya empuk. Masukkan minyak bijan, garam dan sedikit gula. Setelah mendidih matikan api.

Cara untuk Bahan B dan C
Gaul rata semua Bahan B dengan sedikit garam. Jika adunannya kering renjis sedikit air dan gaul sehingga adunannya lembut. Ambil sedikit adunan ini dan masukkan kedalam bahan-bahan C seperti tahu, cendawan, lada, peria dan kacang bendi. Tangan hendaklah selalu dicelup dengan air semasa menyumbat isi ikan kedalamnya. Sayurnya boleh ditambah jika perlu. Bila hendak dihidangkan, bahan-bahan tersebut hendaklah dicelur sehingga masak. Kemudian dipotong-potong dan dimasukkan kedalam mangkuk. Tuangkan supnya, tabur sedikit bawang goreng, hirisan daun sup/ daun bawang dan hidangkan dengan sambalnya. Enak dimakan panas-panas.

Cara untuk Bahan D - Sambalnya
Masukkan semua bahan D kedalam periuk. Kacau rata diatas api yang sederhana. Apabila sambalnya mendidih dan pekat, matikan api.

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment