Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Mei 2013

Boleh pilih sebarang tarikh untuk bulan Mei 2013.

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Confirmed : 12 Mei utk kelas personal dengan Puan Farah - Kelas Tartlet dan Kelas Asas Deco Cupcakes - DONE

Confirmed : 8 Jun kelas personal utk Homemade Chocolates dengan Amira

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

Module yang anda boleh gabung dalam satu hari untuk kelas personal. Anda sendiri yang tetapkan tarikh yang sesuai.

Module 1
Kelas Kek Coklat Moist Versi Bakar(siap ganache dan hiasan) dan Kukus(dengan topping mudah) serta Brownies mudah - Yuran RM200


Module 2

Kelas Aneka Tartlets - Cheese Tart, Fruit Tart, Walnut Tart, Egg Tart - Yuran RM160

Module 3
Aneka Chaox Pastry - Cream Puff, Enclairs, Snowy Swan, Fruit/Tuna Basket
- Yuran RM160

Module 4
Kelas Puding dalam Loyang
- Yuran RM160

Module 5
Kelas Puding dalam Bekas Mini - Yuran RM160

Module 6
Kelas Bakul Pastri dan Tart Buah - Yuran RM250


Module 7
Kelas Asas Aneka Coklat - Yuran RM230

Module 8
Kelas Kek Red Velvet - Belajar 2 resepi berbeza - kek dan cuppies
Yuran - RM200

Module 9
Kelas Kuih Talam
Hands On 4 Resepi - Yuran RM160
Hands On 5 Resepi - Yuran RM180

Module 10
Kelas Aneka Kek Komersial - Kek Sponge, Kek Butter, Kek Coklat, Kek Lapis
Pandan , Kek Chiffon. Yuran - RM300

Module 11
Kelas Aneka Kek Keju Mudah - Kek Snowy Cheese, Kek Keju Bost(yg lain akan update)


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.

July 19, 2006

Aneka Resepi Kuah Yong Tau Fu

Kuah Yong Taufu (hitam)
Sumbangan : Aida Rnet
Sumber : Alaf Baru

560ml air rebusan ayam/daging
1 camt garam
3/4 camb gula
3/4 camb kicap pekat
3/4 camt serbuk rempah lima + 1 camb air
3 camb sos kacang hitam
2 camb sos tiram
serbuk lada hitam secukupnya
1 camb tepung jagung + 3 camb air
1/2 camt minyak

Cara membuat:
1. Jerang semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dan minyak.
2. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan 2-3 minit.
3. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga pekat. Tambah minyak untukmengilatkan kuah.

Bahan Sos Cili
7 biji cili merah- dibuang biji & dikisar halus
2 camb bijan bakar- ditumbuk halus
100 ml cuka
2 camb sos plam
3 camb gula
Sedikit garam
4 camb kacang tanah goring - ditumbuk/kisar halus

Cara membuat:
Jerang cuka di atas api perlahan hingga hampir mendidih. Masukkan semua bahan lain, kacau rata. Ketepikan dari api dan biar sejuk sebelum dihidangkan.

Kuah Yong Tau Fu
Sumbangan : MyCutGlass dr Dapursiber
Sumber : Puti Mazura

Bahan-bahan (untuk 4-6 orang makan, heavy)
1. setengah cawan sos tomato
2. setengah cawan oyster sauce
3. setengah cawan petis/kuah rojak
4. setengah cawan sos cili
5. 2 cawan stok ikan bilis/ayam/air rebusan bahan yong tau foo
6. 4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
7. 4 sudu makan bijan yang sudah digoreng (jika suka)
8. sedikit minyak
9. setengah cawan gula merah
10. setengah cawan kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak dan ditubuk kasar (jika suka)

Cara
1. Pijarkan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih
2. Masukkan oyster sauce, sos tomato dan sos cili, gaul rata
3. Masukkan stok, gaul rata
4. Masukkan petis, gaul rata, kalau terlalu pekat tambahkan air atau stok
5. Masak hingga mendidih dengan api perlahan, kacau sentiasa.
6. Last sekali, masukkan gula dan bijan (dan kacang tanah)
7. Adjust lah rasa dan kepekatan kuah, ikut cita rasa.

SOS YONG TAU FU
Sumbangan : Fariza Restoren Pak Amir

Bahan-bahan:
4 sudu petis udang
½ cawan cili sos
3-4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar kicap pekat
½ cawan air panas
1 cawan air bancuhan tepung jagung
1cawan air1 sudu kecil garam
1 sudu kecil MSG
3-4 sudu air tauchu
2 sudu besar cili paste atau cili boh.

Caranya :
Bancuh petis udang dalam air panas hingga larut dan tunggu sejuk.
Masukkan semua bahan ke dalam bekas.
Kacau kemudian jerangkan dengan api perlahan dan kacauhingga pekat
Taburkan bijan dan kacang sangrai yang sudah ditumbuk jika suka.

Kuah Yong Tau Fu
Sumbangan : Farida Restoren Pak Amir

Bahan2 utk kuah A
kiub pati ikan bilis
sos tiram
garam
gula
serbok lada sulah
kicap manis
tepung jagung

Cara
Kesemua bahan dicampur dengan air kedalam periuk kecuali tepung jagung. Masak sehingga mendidih dan imbangkan rasanya mengikut citarasa anda. kemudian masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dengan air terlebih dahulu, tujuannya utk memekatkan kuah tsbt.

Bahan Kuah B
cili kering
bawang putih
bawang besar
garam
air
sedikit minyak masak

Kesemua bahan diblend hingga lumat. Kemudian renehkan atas api secukup masak. kepekatan ikut citarasa sendiri,
Hidangkan bersama bahan2 yong taou foo yg anda suka.

1 comment:

  1. Salam, mohon kongsi resipinya ye... Tq

    ReplyDelete