Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
July 13, 2006
HAZELNUT SNACKS
Sumbangan : Diana
Bahan-bahannya
(A)
250 gram mentega
120 gram gula
secubit rasa garam
(B)
1 biji putih telur
(C)
380 gram tepung gandum
1 sudu besar tepung susu
(D)
70 gram kacang hazel, dikisar
Cara-caranya
1. Putar (A) sehingga lembut. Tambahkan (B) dan putar sehingga tidak berbintil-bintil.
2. Campurkan (C) yang telah diayak dan kemudian (D). Adun hingga sebati.
3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga keras.
4. Canaikan doh di antara 2 kepingan kertas minyak untuk menghasilkan 5mm tebal.
5. Potong dengan pisau bulat berukuran 5sm. Atur diatas dulang pembakar yang telah digris.
6. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit atau bertukar menjadi kuning keemasan.
7. Biarkan ia sejuk. Selaputkan dengan glis aising kopi dan bubuh 1 biji kacang hazel ke atasnya. Biarkan sebentar selama 15 minit. Ini adalah untuk bahagian permukaan sahaja.
8. Sapukan krim mentega kopi di kepingan bawah biskut. Tutup kan dengan glis aising kopi di kepingan atas. Sedia dihidang.
Nota: Anda boleh menyelaputkan kepingan atas dengan coklat cair dan tangkupkan coklat cair diantara kedua-dua kepingan biskut. Biskut bertangkup dengan coklat boleh disimpan selama 1 bulan.
AISING KOPI
Bahan-bahannya
120 gram gula aising
1 1/2 sudu besar air
1 sudu teh serbuk kopi segera
Cara-caranya
Campurkan kopi segera dengan air dan kemudian gaul rata dengan gula aising.
Nota: Jika glis adalah terlalu pekat, tambah sedikit cecair untuk melembutkannya. Jika terlalu lembut, tambahkan sedikit gula aising.
MENTEGA KOPI
Bahan-bahannya
150 gram gula aising
40 gram mentega
1 sudu teh serbuk kopi
1 sudu besar aiar
Cara-caranya
Campurkan gula aising dan mentega lembut dan adun sehingga sebati. Kemudian masukkan air yang telah dibancuh dengan kopi segera dan gaul hingga sempurna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment