Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


July 13, 2006

HAZELNUT COOKIES


Sumbangan Diana

Bahan-bahannya
300 gram mentega
155 gram gula kaster
170 gram campuran kacang, dikisar halus
300 gram tepung berprotin tinggi (bread flour)
secubit ammonium carbonate/ serbuk penaik
kacang hazel, dibakar sebentar dan dibuang kulitnya

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan serbuk kacang, tepung dan ammonium carbonate/ serbuk penaik.
3. Gaul adunan dan simpan didalam peti sejuk hingga dingin.
4. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Bentukkan menjadi silinder sepanjang 20 cm.
5. Bungkus dengan kertas kalis minyak dan simpan didalam peti sejuk hingga keras.
6. Hiris adunan biksut setebal 8mm. Atur diatas tin pembakar. Bila biskut agak lembut, letak sebiji hazel ditengah-tengahnya.
7. Bakar biskut pada suhu 190 darjah C selama 12 - 15 minit atau hingga keemasan.

Nota: Ammonium Carbonate boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kuih. Ia digunakan untuk mendapat texture yang sedap dan supaya biskut tidak keras. Ia juga adalah bahan penaik dan ia berwarna putih serbuk.

Kalau tidak dapat Ammonium Carbonate boleh gantikan dengan serbuk penaik.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment