Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 14, 2006

Meh Kita Deco Kek

Terlebih dahulu, jutaan terima kasih kepada Shida yang telah sudi berkongsi gambar-gambar yang diambil semasa kelas Buttercream Chef Hau. Gambar-gambar ini telah dikirimkan ke ResepiNet dan Chetam ambil kesempatan untuk mengompile kesemuanya.



Step1
Sapu buttercream dengan spatula di bahagian atas dahulu. Ratakan dengan memusing kek di atas turntable.

Step2
Sapu buttercream di keliling kek pula. Biarkan lebihan buttercream naik ke atas

Step3
Kemaskan lebihan dengan menyapu lapisan atas dengan spatula

Step4
Ambil Magic Comb dan hampirkan bahagian bergigi halus ke tepi kek. Pusing kek tanpa mengerakkan magic comb. Kemaskan mana-mana bahagian yang terlepas dengan memusingkan kek sekali lagi.

Step5 & 6
Gunakan hujung bahagian magic comb yang bergigi halus untuk membentuk awan. Lorekkan 2 awan di atas sekali, diikuti dengan 3 awan secara bertindan. Buat sehingga penuh permukaan kek. Terdapat lebih dari satu cara untuk menghias pemukaan kek dengan magic comb.

Step7
Dengan menggunakan nozzle bintang, buatlah border di sekeliling bahagian bawah kek. Picit setempat, berhenti memicit dan tarik nozzle. Ulang sehingga habis.

Step8
Beberapa lagi bentuk border yang dihasilkan oleh Chef Hau.

Step9
Hiasan border bahagian atas masih lagi menggunakan nozzle bintang. Picit piping bag dan buat bulatan sebanyak 5 kali dan tarik melengkung panjang sedikit. Jarakkan sedikit baru buat bulatan seterusnya.

Step10 & 11
Masih menggunakan nozzles cone, buatlah hiasan di keliling kek seperti huruf U bersambung.

Step12
Kek yang telah siap dengan hiasan border.

Step13
Dengan menggunakan nozzle bunga ros atau nombor 123, bentukkan beberapa kuntum bunga ros. Ambil wafer cone dan letakkan di atas cone holder. Sebelum itu, calitkan sedikit buttercream di antara cone holder dan wafer cone untuk memastikan cone idak bergerak. Guna nozzle dengan bahagian yang sempit di sebelah atas, picit dan buat bentuk melengkuk ke atas. Letakkan nozzle di bahagian tengah kelopak bunga ros yang pertama tadi dan ulang proses memicit dan membentuk. Ulang sehingga anda dapat bentuk bunga ros yang dikehendaki.

Step14
Gunakan gunting untuk memindahkan kone bunga ros ke permukaan kek. Dengan menggunakan gunting, tekan cone sehingga terbenam ke dalam kek dan hanya menampakkan kelopak bunga ros.

Step15 & 16
Gunakan cone secara terbalik. Paipkan buttercream berlainan warna ke dalam bahagian tengah cone. Gunakan nozzle 103 untuk membentuk kelopak bunga. Picit piping bag dan goyang perlahan-perlahan untuk menghasilkan satu kelopak. Hasilnya, kelopak akan kelihatan kerkedut-kedut. Ulang hingga habis.

Step17
Letakkan kelopak bunga di permukaan kek dan paipkan buttercream berlainan warna di bahagian tengah. Anda boleh juga menggunakan piping jelly yang telah diwarnakan untuk menghasilkan efek berbintik-bintik.

Step18 & 19
2 jenis bunga yang telah siap dibentuk.

Step20
Gunakan nozzle 80 untuk menghasilkan bunga kekwa. Gunakan wafer cone dan cone holder. Letakkan nozzle di bahagian tengah cone. Picit piping bad dan tarik ke atas. Ulang sehingga kelilingnya siap. Letakkan nozzle di bawah sedikit dari lilitan pertama dan ulang proses picit dan tarik ke atas. Nozzle yang sama juga digunakan untuk membuat bunga matahari. Anda hanya perlu memicit buttercream berlainan warna sebagai bahagian tengah. Tidak perlu menggunakan cone, teruskan picitkan di atas permukaan kek.

Nota : Untuk menghasilkan daun-daun tanpa menggunakan nozzle, ambil piping bag. Gunting di hujung supaya berbentuk tajam seperti kita buat serunai dari straw. Picit piping beg dan henjutkan aliran kelaur buttercream tersebut. Daun akan dapat dihasilkan dengan cantik sekali.

1 comment:

  1. tq..info bergune....smege allah membalas kebaikan ilmu ..anda..

    ReplyDelete