Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang
Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:
Aneka BunsCream Puff, Enclairs, Fruit PuffAneka TartletsTakoyakiPastri Basket dan Tart Bentuk BuahMuffinsSponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese lelehCup cakes dan deko
Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.
Lokasi : Batu 5, Simpang, PerakLandmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumahHubungi : 011-27046007 (sms/wassup)
First Time Chetam Mendeco Kek
Last friday Chetam ambik cuti kerana nak menghadiri Kelas Buttercream yang dianjurkan oleh Bake With Yen di Puchong. Memang meriah kelas hari tu sebab 5 orang adalah ahli ResepiNet dan 4 orang ahli CARI.com dan chef nya pulak ialah Chef Hau yang memang tak kedekut ilmu.
Yuran cuma RM50 dan Chetam diajar deco kek barbie doll dan kek bulat. Chetam belajar buat bunga ros, kekwa, matahari dan bunga kecik2 serta daun. Chef Hau juga tunjuk cara buat Garfield.
Di bawah ni dua kek yang Chetam deco sendiri berserta resepi Buttercreamnya.
Kek Bunga Mekar Setaman
Kek Barbie Doll
Icing Cream BWY - Sumbangan Zairah ResepiNet
500g krimwell
500g butter
200g golden syrup
Caranya:
Pukul Creamwell selama 20 minit dengan kelajuan sederhana..pukul sampai kembang
Masukkan butter dan golden syrup, pukul lagi 20 minit..
Note: sekiranya nak manis lagi boleh tambahkan golden syrup
Golden Syrup
Bahan A
200g gula
1/4 potong limau nipis
50 gram air
Bahan B
20g air
Caranya:
Masak bahan A sampai perang. Dah masak ,tutup api tambahkan bahan B.
No comments:
Post a Comment