Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


April 04, 2006

Sedikit Updates dari Chetam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah lama Chetam tak post updates di sini.

InsyaAllah, Chetam akan kembali aktif memasukkan resepi-resepi ke Blog Teratam Chetam. Minggu lepas Chetam dah mula mengirimkan resepi-resepi melalui emails kepada pengunjung Teratak Chetam yang telah berdaftar sebagai ahli. Emails yang Chetam hantar adalah merupakan resepi-resepi yang pernah dipostkan di Teratak Chetam.

Sekiranya anda berdaftar tetapi tidak menerima sebarang emails, mungkin akaun email anda tidak sah atau sudah melebihi kuota. Atau mungkin Chetam terlupa nak masukkan email anda ke dalam senarai Chetam. Sila beritahu Chetam sekiranya ahli berdaftar tetapi tidak menerima sebarang emails minggu lepas. Juga beritahu Chetam sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang emails.

Ahad lepas, Chetam dah pegi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Chetam pegi pada hari terakhir di saat-saat akhir so tak sempat nak jelajah seluruh gerai. Chetam beli majalah RASA yang lepas-lepas serta beberapa buku Koleksi keluaran KARANGKRAF. InsyaAllah, bila ada masa terluang, Chetam akan kongsi resepi-resepi dari majalah yang Chetam beli dengan anda semua.

Chetam nak kongsi gambar-gambar Chenul dengan anda. Chenul dah semakin lasak. Jenuh Buya mengejar Chenul semasa di Pesta Buku dan Pameran Smartkids.

Chenul di KLCC. Chenul ni peminat Sesame Street terutamanya ELMO.

Chenul mencuba baju kurung sepupu. Melondeh jer.

Chenul suka pakai kopiah Buya.

Chenul tengah lena dalam kereta semasa perjalanan dari kampung semasa cuti Raya Haji. Lagi satu kegemaran Chenul ialah BARNEY.

Ini pulak gambar-gambar resepi yang pernah Chetam cuba dulu.


Ini Kek 7UP yang Chetam buat style Marble. Meriah warnanya.


Ini pulak Cheese Cake yang tak perlu dibakar. Resepinya dah disiarkan sebelum ini.

Ini pulak gambar Macaroni and Cheese yang Chetam buat di kampung dulu. Chetam guna makaroni yang bentuk spiral.

Ada banyak lagi gambar-gambar resepi yang Chetam pernah buat tetapi tak dapat disiarkan di sini kerana kamera digital Chetam tidak dipulangkan oleh rakan satu ofis setelah dia berhenti kerja. Chetam rasa geram sangat sebab rakan tu dah tahu yang dia nak berhenti kerja tapi tak nak pulangkan kamera Chetam. Dengan erti kata lain, memang beliau dah ada niat nak ambil kamera tersebut. Allah akan membalas perbuatan beliau.

Sekiranya anda hendak berkongsi resepi istimewa anda dengan semua pengunjung Teratak Chetam, anda boleh emailkan resepinya ke
che_tam@yahoo.com

Sehingga kita berjumpa di dalam next posting.

Salam Manis dari Chetam.

No comments:

Post a Comment