Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


April 07, 2006

Beberapa resepi kek dari buku Aneka Hidangan Kek


Kek Keju
Sumber : Aneka Hidangan Kek

Bahan
500 gm krim keju
200 ml susu cair
100gm gula aising
50 gm tepung berserbuk penaik
20 ml susu segar
3 biji telur kuning
3 biji telur putih }jadikan
10 gm guka kastor }merique
Kek Span

Cara
1. Putar krim keju dengan gula aising hingga gebu
2. Putar kuning telur, tepung gandum dan susu segar selama 2 minit. Masukkan krim keju(1). Kacau hingga adunan sebati.
3. Masukkan merique dan putar lagi hingga rata
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilapis dengan kek span.Bakar dalam ketuhar selama 1 jam. Sejukkan sebelum dihias.


Kek Cappucino
Sumber : Aneka Hidangan Kek

Bahan
150 gm krim putar
150 gm gula kastor
50 gm serbuk kopi }dibancuh
Sedikit air suam }
20 gm gelatin halal – dicairkan
5 biji putih telur
5 biji kuning telur

Cara
1. Putar putih telur dan 50 gm gula hingga pekat. Ketepikan.
2. Kuning telur diputar dengan baki gula hingga kembang.
3. Campurkan adunan ini dengan krim putar serta bancuhan serbuk kopi.
4. Masukkan gelatin ke dalam adunan putih telur. Kacau hingga rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek. Simpan dalam peti sejuk hingga beku.



Kek Pandan Lapis
Sumber : Aneka Hidangan Kek

Bahan kek:
110 gm gula kastor
110 gm tepung berserbuk penaik
110 ml santan
100 gm tepung gandum
50 ml air daun pandan
4 biji telur – dipukul
4 biji kuning telur
2 sudu besar marjerin
½ sudu kecil krim tartar
½ sudu kecil baking powder

Bahan kaya pandan:
125 gm gula kastor
50 ml santan
50 ml air daun pandan
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar agar-agar
½ sudu kecil pewarna hijau
(Satukan semua bahan dan masak hingga pekat.

Cara
Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah selsius. Lenserkan acuan kek dengan marjerin.
1. Pukul gula kastor dan kuning telur hingga kembang.
2. Masukkan tepung jagung, tepung berserbuk penaik, krim tartar dan baking powder.
3. Gaulkan hingga adunan rata.
4. Tuangkan santan, air daun pandan dan putih telur. Adun hingga sebati.
5. Masukkan marjerin, pewarna hijau dan gaul rata.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit. Sejukkan kek ini.
7. Potong kek kepada 3 lapisan. Sapukan setiap bahagian dengan kaya pandan dan lapiskannya.
8. Sapukan lebihan kaya pamdam di permukaan kek. Simpan dalam peti sejuk.


Kek Lobak Merah
Sumber : Aneka Hidangan Kek

Bahan
300 gm lobak merah – dikisar
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
1 cawan minyak sayuran
1 cawan keju Ricotta
3 biji telur
2 cawan tepung berserbuk penaik
2 sudu besar baking powder
2 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk badam
½ cawan kismis

Cara
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selsius. Lenserkan acuan kek dengan marjerin.
1. Putar gula perang, gula kastor, susu dan keju hingga sebati.
2. Masukkan telur dan putar hingga larut.
3. Masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
4. Masukkan kismis.Tuangkan adunan dalam acuan. Bakar hingga masak.

No comments:

Post a Comment