Assalamualaikum
Chetam postkan resepi-resepi yang diambil dari buku EasyDIY (Do It Yourself). Buku ini keluaran RHYTM dan dah lama Chetam beli. Dekat 10 tahun kut. Tak tau sama ada buku-buku ini masih ada di pasaran atau tidak.
Gambar-gambarnya belum Chetam scan lagi. Bila dah scan, Chetam akan updatekan kemudian.
Sup Bayam dengan Ikan Bilis
Bahan
300gm bayam
50gm ikan bilis
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu besar minyak zaitun
½ sudu teh garam
2 mangkuk besar air
Cara
1. Rendamkan ikan bilis selama lebioh kurang 5 minit, toskan. Bayam dipotong dan dibersihkan.
2. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk, tumiskan bawang putih. Masukkan bayam, ikan bilis dan garam, masak selama 2 minit.
3. Masukkan air, masak sehingga mendidih. Masak selama 15 minit dengan api yang perlahan tanpa ditutup.
Lin Chi Kang
Bahan
100gm isi mata kucing kering
300gm biji teratai (lin chi)
50gm telinga kera putih
10 biji kurma cina
4 mangkuk air
Gula batu (ikut rasa)
1. Bersih dan rendamkan semua bahan kecuali gula batu.
2. Kurma cina dibuang bijinya dan telinga kera putih dibuang bahagian kuning tuanya. Biji teratai dibelah dua dan dibuang tangkai bahagian dalamnya.
3. Panaskan air, masukkan biji teratai, telinga kera putih dan kurma cina, masak selama 30 minit dengan api yang sederhana.
4. Masukkan isi mata kucing kering dan gula batu dan biarkan elama 5 minit. Padam api dan hidangkan.
Ketam Masak Halia
Bahan
2 ekor ketam
1 ketul halia (5mm, ditumbuk halus)
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
¼ sudu teh minyak bijan
½ cawan air
Cara
1. Bersih dan sediakan semua bahan, kemudian potongkan ketam.
2. Panaskan minyak, tumiskan halia.
3. Masukkan ketam, masak selama 2 minit. Masukkan sos tiram, kicap cair dan air. Tutup selama 5 minit.
4. Masukkan minyak bijan, gaul rata, angkat dan hidangkan.
Udang Goreng Minyak Bijan
Bahan
200gm udang dikupas kulit
1 tangkai daun ketumbar kasar }
2 biji cili merah } dihiris
1 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai salad Cameron Highlands
Beberapa titik minyak bijan
Bahan perasa
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu besar serbuk lada
Cara
1. Bersih dan sediakan semua bahan-bahan. Goreng udang dengan minyak masak selama 2 minit dan toskan.
2. Tumiskan cili merah, bawang putih, salad Cameron Highlands dan daun ketumbar.
3. Kemudian masukkan udang yang ditoskan tadi dengan bahan perasa dan kacau.
4. Akhir sekali masukkan beberapa titik minyak bijan sebelum menghidangkannya.
Kek Jagung
Bahan
4 biji telur (diasingkan telur putih dan telur kuning)
180gm majerin
100gm gula halus (dipukul dengan marjerin)
50gm gula halus (dipukul dengan gula putih)
250gm tepung gandum }
¼ sudu teh serbuk penaik } diayak
½ tin jagung berkerim
½ tin bijirin jagung direbus
¼ sudu teh esen vanilla
Cara
1. Pukul marjerin bersama gula halus (100gm). Kemudian masukkan kuning telur sebiji-biji dan pukul sehingga adunan menjadi putih.
2. Masukkan jagung berkerim, tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak. Kemudian gaul hingga sebati.
3. Pukul putih telur dengan gula hangus (50gm) sehingga ringan, kemudian masukkan ke dalam adunan yang telah disediakan tadi. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam tin pembakar dan taburkan bijiran jagung di permukaan adunan. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 129 darjah selsius selama 1 jam.
Kek Gulung
Bahan
120gm gula halus
30gm marjerin
90gm tepung gandum }
2 sudu besar tepung jagung } diayak bersama
3 biji telur
1 sudu besar jem strawberi
Cara
1. Pukul telur dan gula halus hingga kembang
2. Masukkan tepung ke dalam adunan tadi dan kacau rata
3. Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau perlahan-lahan
4. Sapukan minyak pada tin pembakar ukuran 23 x 32 cm dan alaskan permukaan tin dengan kertas minyak. Sapukan kertas itu dengan marjerin.
5. Tuangkan adunan ke dalam tin dan ratakan permukaannya
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200 darjah selsius selama 10-15 minit sehingga kek itu memantul apabila ditekan dengan jari.
7. Letakkan kek di atas kertas minyak yang besar. Sapukan jem pada permukaan bawah kek dan gulung dengan padat semasa kek masih panas.
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
March 31, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment