Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kali ini Chetam paparkan beberapa resepi yang menggunakan ikan Haruan. Sebagaimana yang kita tahu, ikan Haruan selalunya dimakan sebagai makanan kesihatan terutama bagi mereka yang telah menjalani pembedahan. So resepi-resepi ini amat sesuai untuk ibu-ibu yang telah melahirkan anak melalui pembedahan.
Ikan Haruan Masak Lada Hitam
1 ekor ikan haruan
1 cawan santan
1 biji bawang besar – dihiris
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 ½ sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan hiris halus
4 ulas bawang putih
1 ½ cm kunyit hidup
1 ½ cm halia
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. Masukkan santan dan lada hitam.
2. Setelah mengelegak, masukkan ikan haruan, lada hitam, hirisan bawang besar dan garam secukup rasa.
3. Masak sehingga pekat. Hidangkan.
Masak Pindang Ikan Haruan
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
1 biji bawang besar dihiris
2 biji cili merah
5 keping asam keping2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Kisar
5 ulas bawang putih
1 ½ cm kunyit hidup
1 sudu makan lada hitam
Cara
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik wangi.
2. Masukkan air dan tunggu mendidih. Sambil itu masukkan ikan.
3. Setelah ikan hampir masak, masukkan asam keping dan cili merah dan bawang besar yang dihiris. Masakan ini boleh dihidangkan dengan nasi panas.
Ikan Haruan Kukus Air Asam
1 ekor ikan haruan – dibersihkan dan digaul dengan garam dan lada hitam
1 cawan air asam
3 sudu makan minyak masak
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan gula
1 sudu makan serbuk lada hitam (digaul bersama ikan)
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan – dihiris halus
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh garam
Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ½ cm kunyit hidup
1 ½ lengkuas
1 batang serai – dihiris nipis
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk
Cara
1. Sapukan minyak masak di atas gris pinggan hidang kalis panas. Bubuh ikan di atasnya. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik wangi. Tambahkan air asam. Masukkan garam, gula dan kicap cair. Pekatkan dengan bancuhan tepung jagung.
3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau rata-rata dan tuang atas ikan.
4. Sementara memasak kuahnya, kukus ikan haruan di atas air mengelegak selama 15 ke 20 minit (bergantung kepada ketebalan ikan).
Bubur Lambuk Ikan Haruan
1 ekor ikan haruan – diambil isinya
1 cawan beras
1 cawan santan
5 ulas bawang putih – dihiris halus
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 ½ cm halia – dihiris halus
Garam secukupnya
Air secukupnya
Bahan Hiasan
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Bawang goring
Cara
1. Rebuskan beras dengan bahan yang dihiris sehingga kembang.
2. Masukkan isi ikan haruan
3. Setelah mendidih, masukkan santan, lada hitam dan garam secukup rasa
4. Setelah masak bolehlah dihias dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Sup Ikan Haruan
1 ekor ikan haruan – diambil isinya
3 ulas bawang merah – ditumbuk lumat
2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
1 ½ cm halia – dihiris halus
2 cawan air
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
5 keping asam keping
Garam secukup rasa
Bahan Hiasan
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Cara
1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan yang ditumbuk lumat serta halia yang dihiris sehingga naik wangi. Kemudian masukkan air.
2. Setelah air mendidih, masukkan isi ikan, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata sehingga isi ikan masak.
3. Selepas itu bolehlah dihias dengan hirisan daun bawang dan daun sup.
Ikan Haruan Bakar
1 ekor ikan haruan
1 cm kunyit hidup – dikisar
1 batang serai – dikisar
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam
Sedikit helaian daun pisang – balut pada ikan
Bahan Air Asam
1 genggam asam jawa – diperah
1 cawan air
5 tangkai cili padi – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris
Garam secukup rasa
Cara
1. Perapkan ikan dengan bahan yang dikisar, lada hitam dan garam. Tunggu sehingga 1 jam. Selepas itu bolehlah dibakar ikan sehingga ikan masak.
2. Sementara itu ambil perahan air asam dan masukkan bawang, cili padi dan garam secukup rasa.
3. Setelah itu bolehlah ikan dihidangkan panas bersama sambal air asam.
No comments:
Post a Comment