Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


April 07, 2006

Lagi Resepi Untuk Ibu-Ibu yang Sedang Dalam Pantang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahun lepas, Chetam dah kongsikan beberapa resepi dari Pak Amir untuk ibu-ibu yang sedang berpantang. Awal minggu ni, Chetam dapat tahu yang seorang pengunjung Teratak Chetam sedang hamil anak kedua selepas menunggu 6 tahun. Beliau berada jauh di perantauan iaitu di Australia.

Merin.....Chetam post lagi resepi untuk Ibu Dalam Pantang.

Resepi-resepi ni Chetam ambil dari Majalah RASA bulan Ogos 2004 yang merupakan tribute untuk IBU. Chetam baru jer beli majalah ni di Book Fair last Sunday.


Rendang Peria (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan
2 biji peria katak (bersaiz besar, dibuang bijinya dan dipotong)
1 cawan santan
1 sudu makan ikan bilis – dikisar
50 gm pucuk pegaga
1 cm kunyit hidup – dikisar
1 sudu teh lada hitam – dikisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara
1. Masak bersama kesemua baham kisar, santan, dan asam keping ke dalam periuk. Biar mendidih.
2. Masukkan peria dan pucuk pegaga. Perlahankan api.
3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih sehingga kuah pekat atau kering jika suka. Hidangkan bersama nasi putih.

Info : Peria walaupun pahit bagi sesetengah orang, ia adalah sejenis sayuran herba yang sangat berkhasiat dalam membersih darah, anti radang, meningkatkan selera makan, menurunkan panas san menyegarkan. Selain itu peria juga dikaitkan dapat menyubur rambut anak, merawat diabetes, menghilangkan bekas luka, melawaskan dan sebagainya.

Petua Orang Tua : Masakan yang mengandungi lada hitam sangat baik diambil oleh ibu ketika berpantang kerana ia dapat melancarkan proses mencuci darah.



Ayam Kukus Cuka (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan A (diperap sebelum dikukus)
8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B
3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara
1. Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak.
2. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.


Ikan Panggang Halia Muda (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara
1. Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak.
2. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.

Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.



Sup Tulang (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan A
1 kg tulang lembu – dicuci dan ditoskan
2 sm halia – diketuk
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 sudu teh garam kasar
1 sudu makan gula
Air secukupnya

Bahan B (ditumbuk)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam

Bahan C (ditumis)
2 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar – dihiris
5 biji cengkih
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga

Bahan D
2 bunjut rempah sup tulang
3 bji kentang – dibelah dua
8 biji cili api
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
1 biji jus limau nipis
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Bawang goreng, daun sup dan daun bawang – untuk ditabur

Cara
1. Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air, halia, gula, garam kasar dan lada hitam dalam satu periuk. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk. Tambah air jika perlu.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning. Masukkan kesemua bahan C dan kacau.
3. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing.
4. Setelah garing, masukkan rempah sup. Kacau dan masukkan satu senduk stok dan kacau sekejap. Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau sekejap.
5. Didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan. Tutup dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan separuh bawang goring.
6. Akhir sekali masukkan cili api dan sedikit hirisan saun sup. Tuang jus limau dan kacau rata. Ketika menghidang, taburkan bawang goring, daun sup dan daun bawang.

Petua Orang Tua : Masakan jenis sup biasanya banyak menggunakan campuran rempah ratus. Ia sangat baik dalam memanaskan badan dan mencuci darah.


Sup Sayur Campur (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 2004

Bahan
3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi.
2. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.


Rendang Hati Lembu (Dalam Pantang)
Sumber : Majalah RASA – April 200

Bahan
½ kg hati lembu – dipotong
2 cawan pati santan
½ cawan kerisik
2 sudu makan rempah kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan (dikisar)
10 ulas bawang merah
200 gm cili merah
2 sudu makan ketumbar
3 batang serai
4 cm lengkuas
2 cm halia
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji buah keras

Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap.
3. Masukkan santan dan masak hingga pekat.
4. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa.

1 comment:

  1. nak share yer, baru mula bljar nk pntg sendiri.tqsm

    ReplyDelete