Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


April 22, 2006

Percik Jangan Tak Percik - Majalah Rasa November 2002


Ketam Percik

500 gm ketam sederhana besar
15 ulas bawang merah - dikisar
1.5 cm halia- dikisar
1.5 cm kunyit hidup - dikisar
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit
1 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1. Bersihkan ketam. Gaulkan ketam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Panggang di atas api yang sederhana sehingga 3/4 masak. Angkat.
2. Panaskan periuk, masukkan santan pekat serta bahan yang dikisar tadi. Kacau dalam api yang perlahan.
3. Campurkan daun kunyit, serai, garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih, pekat dan berminyak. Padamkan api.
4. Ambil kuah sedikit dan curahkan ke atas ketam dan panggang sekali lagi di atas api yang perlahan. Setelah masak, hidangkan.

Info : Tahukah anda khasiat kunyit hidup? Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit seperti senggugut. Lebih baik lagi jika dimakan mentah atau dijadikan ulam ketika makan nasi. ]


Ayam Percik

1/2 ekor ayam - dipotong 2 bahagian
1 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
6 biji cili kering - dikisar
2 cm halia - dikisar
1.5 cm lengkuas - dikisar
2 batang serai - diketuk
1 1/2 biji kelapa - diambil santan pekat
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu teh halba
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1. Bersihkan potongan ayam dan kelar sedikit. Panggang ayam sehingga 3/4 masak.
2. Panaskan periuk, masukkan santan serta bahan-bahan kisar.
3. Campurkan daun kunyit, halba, serai, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih hingga pekat dan naik minyak.
4. Ambil kuah dan curahkan atas ayam dan panggang atas api hingga masak. Angkat dan dihidang.

Tips : Untuk menyediakan kuah percik yang lebih sedap, rempah basah harus ditumis dalam jangka masa yang agak lama sehingga naik minyak dan kuah kelihatan pekat.


Daging Panggang Percik

1 kg daging - diambil bahagian batang pinang
1/2 sudu makan serbuk kunyit
2 helai daun kunyit
1/2 sudu halba
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa.

Bahan untuk dikisar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putuih
1.5 cm halia
4 tangkai cili kering
1.5 cm lengkuas
10 biji buah keras

2 batang serai - diketuk

Cara
1. Daging dibersihkan, dipotong dan digaulkan dengan serbuk kunyit, garan dan sedikit serbuk cili. Panggang hingga 3/4 masak. Angkat.
2. Panaskan periuk, masukkan santan serta bahan-bahan kisar.
3. Campurkan daun kunyit, halba, serai,serbuk kunyit, serai, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih hingga pekat dan naik minyak.

4. Ambil kuah sedikit dan sapukan ke atas daging dan panggang hingga daging masak. Setelah masak. tunagkan lagi kuah ke atas daging dan boleh dihidangkan.

Tip : Untuk lembutkab daging dengan cepat tanpa menunggu cara perapan, rebuskan daging bersama satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa.


Sotong Percik

500 gm sotong putih
5 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
10 biji cili merah - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 helai daun kunyit
1.5 cm kunyit - dikisar
2 batangs erai - diketuk
1 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1. Bersihkan sotong. Panggang atas api yang sederhana hingga 3/5 masak.
2. Panaskan periuk, masukkan santan serta bahan-bahan kisar. Campurkan daun kunyit, serai, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih hingga pekat dan naik minyak.
3. Padamkan api. Ambil sedikit kuah tadi dan tuangkan atas sotong dan panggang sekali lagi dengan menggunakan api perlahan. Hidangkan.

Tip : Untuk menyediakan sotong yang elok supaya menjadi lekang, senang dicuci atau menghilangkan baunya, anda boleh masukkan sotong tersebut dalam air beras dan biarkan 10 minit.


Ikan kembung Percik

3 ekor ikan kembung
6 biji ciki kering - dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
1.5 cm kunyit - dikisar
1 cm halia - dikisar
1 batang serai - diketuk
2 helai daun kutniy
2 cawan santan
Sedikit belacan
2 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1. Bersihkan ikan dan kelar dua bahangian. Sapukan garam dan kunyit. kemudian panggang sehingga separuh masak.
2. Untuk kuah, bawang merah, cili kering dan halia yang dikisar tadi serta sedikit belacan dimasukkan ke dalam periuk bersama santan.
3. Masukkan serai yang telah diketuk, air asam jawa, gula dan garam secukupnya. Masak dengan menggunakan api perlahan hingga kuah kelihatan pekat.
4. Setelah kuahnya siap, angkat dan tuang kuah sedikit pada ikan yang dipanggang tadi. Bila sudah masak, hidangkan.

Tip : Inginkan ikan bakar yang lebih sedap? Selepas mencuci ikan. hanya perapkan ikan tersebut dengan sedikit air asam jawa. Biarkan beberapa minit sebelum dibakar atau panggang.

No comments:

Post a Comment