Since ada permintaan, berikut adalah koleksi resepi-resepi roti dari Diana ResepiNet. Maaf kerana tak ada gambar. InsyaAllah, Chetam akan postkan lebih banyak resepi roti untuk anda.
ROTI MANIS
Bahan-bahannya
15gm ragi
130ml susu segar suam panas
680gm tepung roti
110gm mentega
15gm garam
6 biji telur
1 biji telur + 1/4 cawan susu segar (bancuh rata untuk disapu diatas roti)
1 camca gula
Cara Cara
1. Panaskan ragi, gula dan susu. Biarkan selama 10 minit.
2. Masukkan tepung, garam, telur dan mentega, uli selama 10 minit.
3. Biarkan naik 2 kali ganda, setelah itu tumbuk dan uli 10 minit lagi.
4. Bentuk bulat-bulat dan biarkan naik selama lebih kurang 30 minit.
5. Sapukan bancuhan susu segar dan telur di atasnya.
6. Bakar pada suhu 180darjah C/ 360darjah F, selama 20 minit.
ROTI JAGUNG BERKEJU CHEDDAR
Bahan-bahannya
1 sudu besar yis kering aktif
1/2 cawan air suam
1 cawan jagung kisar
2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh soda penaik
2 biji telur
1 cawan yogurt
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan jagung berkrim dalam tin
5 cawan tepung gandum serbaguna
1 1/2 cawan keju cheddar, diparut
2 biji cili dicincang halus-halus
1 biji bawang besar, didadu dan digoreng sehingga keperang-perangan
Cara Cara
1. Larutkan yis ke dalam air suam dan biarkan larut selama 5 minit sehingga berbuih. Masukkan jagung kisar, garam, gula dan soda penaik.
2. Tambah telur, yogurt, minyak, jagung berkrim, tepung, keju, cili, bawang besar dan sedikit lagi tepung. Uli sehigga menjadi doh. Biarkan doh selama 10 minit, kemudian uli lagi. Bubuh doh di dalam mangkuk yang sudah bersapu minyak. Tutup dan biarkan ia naik selama sejam.
3. Tumbuk doh, bahagi dua dan bubuh setiap bahagian di dalam tin pembakar. Biarkan doh naik. Bakar pada 170 darjah C/ 340darjah F, selama sejam.
ROTI APEL BELANDA
Bahan-bahannya
1/4 cawan mentega
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan gula halus
7gm yis kering aktif
1/4 cawan air suam
3 1/2 cawan tepung gandum serbaguna
2 biji telur
1 biji apel hijau, dikupas dan didadu
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
Cara Cara
1. Panaskan mentega, susu dan air hingga suam-suam panas.
2. Larutkan yis dengan air suam. Tuang ke dalam campuran susu dan gula.
3. Adun campuran tadi dengan telur dan apel hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul selama 15 minit.
4. Alih doh ke dalam mangkuk, tutup dan biarkan selama sejam supaya naik sekali ganda.
5. Tumbuk doh dan canai menjadi segi empat bujur 22cm x 25cm. Taburkan serbuk kayu manis dan gulung seperti menggulung kek gulung dan bubuh ke dalam acuan roti bantal yang telah disapu dengan minyak. Biarkan naik selama 15minit.
6. Bakar pada 175darjahC/350darjahF, selama 40minit.
ROTI LABU LEMAK BERKISMIS
Bahan-bahannya
1 1/2 sudu besar yis kering aktif
1/4 cawan air dipanaskan 40darjah C/ suam-kuku
1 cawan labu lemak, direbus dan dilecek
1 cawan susu dipanaskan suam-kuku
3/4 cawan gula halus
2 1/2 sudu besar minyak sayuran
2 1/4 sudu teh garam
1/2 cawan kismis
4 1/2 cawan tepung gandum serbaguna/ tepung roti
4 sudu besar mentega tanpa garam, dicairkan untuk menglis
Cara Cara
1. Larutkan ragi dengan air suam-panas.
2. Masukkan labu lemak, minyak, kismis, gula, garam dan susu ke dalam yis yang sudah dilarutkan. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati selama 10 minit.
4. Alihkan doh ke mangkuk yang berminyak, tutup dengan kain, dan biarkan selama 1 jam supaya doh naik sekali ganda.
5. Tumbuk doh dan uli di atas papan canai yang ditaburi tepung.
6. Bentukkan bulat-bulat kecil. Biarkan selama 45 minit untuk naik sekali ganda.
7. Bakar pada 180°C/ 360°F, selama lebih kurang 20 -30 minit.
Nota Chef: Labu lemak lebih baik dibakar daripada direbus kerana membakar memberikan aroma yang lebih baik.
ROTI TOCANG SWITZERLAND
Bahan-bahannya
680 gm tepung roti
15 gm yis kering
430 gm susu suam
1 sudu teh gula halus
2 sudu teh garam
30 gm mentega
1 biji telur, dipukul sedikit
2 sudu besar bijan untuk menghias
minyak jagung + 1 biji telur untuk hiasan
Cara Cara
1. Larutkan yis, susu dan gula . Masukkan 170gm tepung roti, dan kacau bersama yis sehingga naik 3 kali ganda. Masukkan tepung selebihnya, garam dan mentega, gaul sehingga rata.
2. Alih doh ke papan canai dan uli. Bubuh dalam mangkuk yang disapu minyak,tutup dan biarkan 1 ½ jam untuk naik sekali ganda.
3. Tumbuk doh, uli sekejap dan bahagi 3 bahagian. Gulung memanjang setiap satu 40cm. Apitkan ketiga-tiganya di atas dulang pembakar bergris dan tocangkan. Kemaskan tepi-tepinya. Jangan ditocang terlalu ketat.
4. Tutup doh dengan kain selama ½ jam untuk naik sekali ganda.
5. Sapu doh dengan telur, tabur bijan dan bakar selama antara 15 hingga 45 minit, pada suhu 180 darjah C/ 360 darjah F, sehingga kuning keemasan.
ROTI BADAM
Bahan-bahannya
1 1/2 sudu teh yis kering aktif
1/4 cawan air suam
3/4 cawan mentega (dilembutkan)
1/3 cawan susu segar
1/2 sudu teh garam
4 sudu besar gula
4 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen badam
1 cawan kismis kuning
4 3/4 atau 5 cawan tepung gandum serbaguna
Bahan Hias Atas
1/3 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
1/2 cawan badam kisar
1/2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar mentega, dicairkan
1 biji putih telur, dipukul dengan sedikit air untuk mengglis
1/2 cawan badam hiris untuk menghias sedikit gula serbuk
Cara Cara
1. Larutkan yis bersama air suam. Bancuh yis yang sudah larut bersama mentega, gula, susu, garam, kuning telur, esen badam dan kismis.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, dan uli sehingga menjadi doh. Bubuh doh di dalam mangkuk dan tutup dengan kain dan biarkan satu jam agar doh naik sekali ganda.
3. Tumbuk doh dan bahagia dua. Uli di atas papan canai yang bertepung. Leperkan sebulat 20cm dan letakkan di atas dulang bulat. Biarkan naik sekali ganda.
Cara membuat Hias Atas
1. Pukul gula, esen vanila dan telur. Masukan badam kisar, tepung jagung dan mentega cair.
2. Sapu putih telur ke atas doh yang sudah naik dan ratakan bahan hias atas. Tabur badam hiris dan bakar pada 180darjah C/ 360darjah F, selama 30minit sehingga kuning keemasan.
3. Ayak gula serbuk ke atas roti yang sudah sejuk. Potong sebelum dihidangkan.
ROTI JAGUNG MANIS
Bahan-bahannya
3/4 cawan tepung gandum serbaguna
3/4 cawan tepung rye
1/2 cawan jagung kisar
3 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan mentega dicairkan
1 cawan susu sejat
1/2 cawan jagung berkrim
Cara Cara
1. Campur lima bahan pertama di dalam mangkuk.
2. Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula. Tambah mentega.
3. Masukkan bahan-bahan kering, kaup dan balikkan berselang-seli dengan susu dan adun rata. Campur jagung berkrim.
4. Tuang adunan ke dalam bekas pembakar segi empat tepat 22cm. Bakar pada 205darjah C/ 400darjah F, selama 20 minit.
GEGELANG BUAH-BUAHAN DENMARK
Bahan-bahannya
15 gm yis kering
3 sudu besar air suam
2 sudu gula + 1/3 cawan gula halus
3 1/2 cawan tepung gandum serbaguna
1 1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
170 gm mentega, didadu
4 biji telur, dipukul
1/3 cawan susu segar
Bahan Inti
1 cawan walnut, atau sebarang campuran kekacang, dicincang halus-halus
3/4 cawan gula perang
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 cawan kismis hitam
1/2 cawan kismis kuning
1/2 cawan buah zaitun
1/2 cawan apricot /kering
1 sudu besar tepung gandum serbaguna
1 sudu besar sirap jagung
sedikit garam dan gula serbuk
Cara Cara
1. Larutkan yis dengan air suam dan 2 sudu besar gula. Ketepikan sehingga berbuih. Masukkan gula selebihnya.
2. Ayak bersama tepung, garam dan kulit kayu manis. Masukkan ke dalam campuran yis bersama-sama mentega. Campur telur dan susu dan adun sehingga menjadi doh. Uli selama 10 minit. Bubuh doh di dalam mangkuk, tutup dan biarkan naik sekali ganda.
3. Tumbuk doh, lipat tiga dan biarkan naik semalaman di dalam peti sejuk.
4. Campur semua bahan ini rata-rata. Canai separuh doh menjadi segi empat tepat setebal 6mm. Gunting hujung-hujungnya untuk membuat hiasan.
5. Ratakan inti di atas doh, gulung, cantumkan dan lekatkan air kedua-dua hujungnya supaya membentuk gelang. Bubuh di atas dulang pembakar. Tutup dengan kain dan biarkan naik sekali ganda.
6. Gunting-guntingkan sekeliling gelang dan bakar pada 180darjahC/ 360darjah F selama 45 minit. Ayak gula serbuk ke atasnya.
OLD FASHIONED CAKE DOUGHNUTS
Bahan-bahannya
1 cawan gula
4 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk buah pala
2 biji telur
1/4 cawan mentega, dicairkan
1 cawan susu suam panas
4 - 4 1/2 cawan tepung kek
minyak untuk menggoreng
gula halus untuk kulit luar donut
Cara Cara
1. Ayak baking powder, gula, garam dan serbuk buah pala di dalam sebuah mangkuk yang besar.
2. Masukkan telur, mentega dan susu, putar hingga rata.
3. Masukkan 3 cawan tepung, putar hingga sebati. Doh seharusnya lembut, melekit dan agak mampat untuk dipegang. Jika perlu, masukkan baki tepung perlahan-lahan.
4. Tutup dengan plastik atau kain dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman.
5. Panaskan minyak sekurang-kurangnya setinggi 2 inci.
6. Keluarkan doh dari peti sejuk, kepal kecil-kecil dan goreng sehingga keperang-perangan.
7. Golekkan dalam gula halus, dan bolehlah dihidangkan.
ROTI BUAH-BUAHAN KERING
Bahan-bahannya
2 biji telur
1/4 camca teh serbuk pala
1 cawan gula perang
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar
Bahan-Bahan Disatukan dan Diperap Sejam
1 cawan kismis kuning
1/2 cawan kismis hitam
1 biji kulit limau (oren)
1/4 cawan jus oren
Bahan-Bahan Diayak bersama
2 1/2 camca tepung serbaguna
1/2 camca teh garam
1 camca teh serbuk penaik
1 camca teh soda penaik
Cara Cara
1. Pukul telur bersama serbuk pala dan gula perang hingga kembang. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan.
2. Masukkann sedikit susu segar ke dalam bancuhan hingga sebati.
3. Masukkan bahan-bahan yang diperap, sambil mengacau adunan
4. Masukkan sedikit susu segar ke dalam bancuhan hingga sebati.
5. Apabila adunan rata barulah dimasukkan bahan-bahan yang diayak bersama, berselang-seli dengan baki susu segar.
6. Tuang adunan ke dalam acuan roti yang disapu sedikit mentega. Bakar adunan selama sejam pada suhu 170darjah C/ 370darjah F.
GULUNG KULIT KAYU MANIS BERKILAT/ CINNAMON ROLL
Bahan-bahannya
1 camca teh ragi kering
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan air suam
4 cawan tepung serbaguna
1 camca teh gula pasir
1 camca teh garam
250gm mentega, disejukkan dan didadu kecil
3 biji kuning telur
1 cawan gula
segar
2 camca besar mentega cair
Bahan Isian
1/4 cawan mentega, dicairkan
6 cawan gula halus
1 camca teh serbuk kulit kayu manis
1 cawan kismis kuning
Bahan Kilat
1 cawan gula aising, diayak
2 camca besar mentega, biar pada suhu bilik
2 camca besar air (tambah, jika perlu)
Cara Cara
1. Larutkan ragi bersama gula di dalam air suam dan sedikit gula.
2. Satukan tepung, gula dan garam di dalam bekas dan gaul bersama mentega yang didadu hingga rata.
3. Lubangkan di tengah-tengah tepung, masukkan ragi, kuning telur dan susu. Gaul hingga sebati.
4. Tutup adunan dengan kain dan simpan di dalam peti sejuk selama 6 jam. Kemudian canai doh dan kemaskan hingga menjadi segi empat bujur berukuran 25cm x 30cm.
5. Satukan mentega, gula dan serbuk kulit kayu manis dan kacau hingga sebati.
6. Canai sebahagian doh dan ratakan mentega cair pada permukaan doh.
7. Renjis-renjiskan mentega berserbuk kulit kayu manis hingga rata.
8. Taburkan kismis kuning pada permukaan doh yang disapu mentega dan gulung kemas-kemas.
9. Potong gulungan 12 ketul dan atur di dalam dulang mafin bersapu sedikit mentega. Perap selama 1 jam, kemudian barulah dibakar selama 20-25minit pada suhu 200darjah C. Setelah gulungan masak, angkat dan sapu bahan kilat pada seluruh gulungan ketika ia masih panas.
Cara Mengilat
Pukul gula bersama mentega dan bubuh sedikit air hingga ia kelihatan licin dan kilat.
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment