Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
February 09, 2006
Blueberry Cheesecake Sumbangan Roz ResepiNet.
Sumber buku The Joy of Baking (dari Yen)
Base
120 gram biskut Marie hancur (Roz guna digestive biscuits)
120 gram mentega cair
Inti (Filling)
a)
2 biji kuning telur
150 gram gula
160 gram susu
Masak gunakan cara double boiler
b)
2 1/2 sudu besar gelating dilarutkan dalam 6 sudu besar air didih
c)
250 gram krim keju
250 gram double krim - pukul sedikit (Roz guna Anchor whipping cream)
d)
1/2 sude besar jus lemon
Cara membuatnya
Campurkan serbuk biskut hancur dengan mentega cair dan bentukkan di dalam acuan bulan 9" (loose base) - sejukkan
Pukul krim keju sehingga licin, masukkan a, b, d dan double krim.
Tuangkan ke dalam biskut hancur yang sudah dibentuk dan sejukkan selama 2- 3 jam
Letak blueberri filling di atas cheesecake
Hiaskan bahagian tepi dengan icing
Untuk variasi (menggantikan blueberri)
Kek Keju Coklat - sapukan bahagian atas kek dengan coklat ganache (larutkan 250 g coklat + 100 g double cream yg baru dipanaskan)
Kek Keju Oreo - untuk base, guna 120 gram biskut oreo (buang krim) dan 60 gram mentega cair. Gunakan 2 keping biskut yang dipecah2kan(sekali ngan kim) untuk dicampurkan ke dalam adunan kek keju. Kurangkan 30 gram gula, jika terlalu manis.
Nota Kaki Chetam 1: Versi Desperado sebab ada bahan yang tak ada tapi Chetam ganti dengan bahan lain. Contohnya, susu segar diganti dengan susu cair, lemon juice digantikan dengan lime juice. Blueberry tak ada sebab dah bawa balik kampung dengan niat nak buat di sana tapi tak jadi sebab krim tak dijual di kedai kat Simpang tu. Blueberry tak dibenarkan dibawa balik ke rumah Chetam sebab Kak Tih tak kasi..............dia nak ratah blueberry tu.......sabar ajela......Kat atas, Chetam paipkan coklat yang dalam tiub plastik. Chetam beli 5 tiub RM1. Ingat nak buat marble tapi tak leh sebab coklat tu pekat. Tapi Alhamdullilah........sedap cheese cake ni.......Chetam bawa ke ofis........kawan2 kata PASS............siap pesan bawa lagi. Manyak cantik.........hehehehe...........esok nak buat lagi tapi nak ubah sikit. Nak tambah peach cincang dalam krim, dan atur peach di atas, lepas tu nak tutup ngan jelly crystal.......nak bawa ke Medan. Oh Ya.........Buya (suami Chetam) akan balik dari Mekah hari Isnin ni tapi mendarat di Medan. Selasa baru balik ke Malaysia...........tak sabar Buya nak tengok Chenul yang bulan ni dah 3 kali pegi klinik sebab tak sihat. balik citer pasal Cheese Cake ni.............rasa sedap............macam ais kerim.....sorry gambar tak terang....
Nota Kaki Chetam 2: Chetam dah cuba ubahsuai kek keju ni. Chetam buat 2 versi. Satu versi, dasarnya guna Digestive Biscuits dan adunan keju ditambah dengan hirisan buah peach. Hirisan buah peach juga diatur di lapisan atas sekali. Hajat nak letak jelly sebagai lapisan atas menutupi buah peach tapi tak jadi sebab jelly tertumpah ke dalam sinki. Versi kedua, Chetam guna biskut Oreo sebagai dasar dan kepingan biskut Oreo dicampur ke dalam adunan keju. SODAP!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment