Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


January 30, 2006

Berita Terkini tentang buku Resepi Kak Liza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maaf sebab terlalu lama tak update Teratak Chetam. Sibuk ngan keje pejabat. Bulan ni banyak ambik cuti sebab Hari Raya Haji dan juga pegi ke Medan menjemput Buya pulang dari Mekah.

Khabar terbaru dari Kak Liza berkenaan dengan buku resepi beliau. Akan berada di pasaran selepas Hari Raya Cina ni. Harga senaskah ialah RM5.50 untuk 44 buah resepi berserta gambar.

Chetam dah beritakan nama mereka yang telah menghantar email untuk order buku resepi ni pada Kak Liza. Mereka ialah Sabariah, Hayati dan Kak Dee(6 buah buku) dari Brunai. Pada yang pernah order melalui TagBoard, harap dapat email Chetam dan berikan alamat penghantaran. Kak Lia Karman from Singapore, please email Chetam yer. Chetam akan berikan nombor akaun Kak Liza untuk tujuan pembayaran. Harga untuk sebuah buku adalah RM6.00 termasuk stem 50 sen untuk penghantaran melalui pos biasa.

Since Msgbox Junaidi ditutup buat sementara, Chetam kembalikan TagBoard yang lama untuk kita bersembang semula. Ada banyak resepi yang Chetam nak kongsi bersama dengan anda.

Malam besok(30/1/2006), Chetam akan berangkat pulang ke kampung dengan keretapi. So tak dapat nak updatekan resepi dengan segera. Harap bersabar.

Chetam

No comments:

Post a Comment