Pada pagi Jumaat, 10 Februari 2006 semasa dalam bas untuk ke ofis, Chetam menerima panggilan daripada Abang Cik (abang ke 2). Panggilan yang amat menyedihkan. Bonda Chetam iaitu Hajah Hamiah telah meninggalkan kami semua untuk pulang ke Hadrat ALLAH SWT. Bonda meninggalkan kami sekitar pukul 8 lebih di sebelah pagi.
Chetam terpaksa patah balik ke Kajang dengan menaiki Komuter untuk bersiap pulang ke kampung dengan kak ti. Abang Cik telahpun bertolak pulang dengan keluarga dari Kajang. Semasa perjalanan, kami telah diberitahu yang Jenazah Bonda telah siap dimandi dan dikapankan dan akan dibawa dengan Van Jenazah ke Masjid Simpang. Dalam pukul 1.30 petang, kami sampai di jalan besar depan rumah tapi kakak yang lain kasi isyarat yang Jenazah Bonda telah pun dibawa pergi. Sedih dan hiba kerana tak dapat menatap wajah Bonda.
Kami terus ke Masjid Simpang dan waktu itu Khutbah Jumaat sedang di baca. Selepas Solat Jumaat, terus Jenazah Bonda disolatkan dan kemudiannya di bawa ke Tanah Perkuburan berhampiran. Sebelum Jenazah Bonda diturunkan ke dalam liang lahad, Chetam, Kak Ti dan suami masing-masing diberi peluang untuk melihat dan mengucup Bonda buat kali terakhir. Sedih tidak terkata. Masa tu cuaca seakan-akan turut berkabung kerana hujan turun rintik-rintik setelah sekian lama hujan tak turun di kampung Chetam.
Bapak Chetam kelihatan amat sedih. Suara pun dah serak. Hajat di hati Bapak nak buat sempadan di kubur Bonda dengan tulisan emas tidak kesampaian kerana Masjid Simpang tidak memberi keizinan atas sebab tanah yang terhad.
Semoga ALLAH SWT MENCUCURI RAHMATNYA KEPADA ALLAHYARHAMAH BONDA HAJAH HAMIAH. SEMOGA ALLAHYARHAMAH BONDA HAJAH HAMIAH DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG BERIMAN. SEMOGA ALLAH SWT MELAPANGKAN KUBUR ALLAHYARHAMAH BONDA HAJAH HAMIAH.
KIRANYA SUDI, SEDEKAHKANLAH BACAAN AL FATIHAH BUAT ALLAHYARHAMAH BONDA CHETAM.
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment