Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


October 06, 2005

Lauk Pauk Selera Kampung dari Hotel Kuala Lumpur International

Nak mencuba resepi baru untuk juadah berbuka puasa? Berikut adalah resepi-resepi yang disumbangkan oleh Diana ResepiNet

UDANG GORENG BERGARAM

Bahan-bahannya
1 kg udang harimau
1.5 liter minyak untuk menggoreng
10 gm garam
100 gm tepung jagung
5 biji telur
serbuk perasa secukupnya

Cara-caranya
Udang dibersihkan kemudian toskan airnya, setelah itu gaulkan dengan garam, kuning telur, serbuk perasa secukup rasa dan tepung jagung sehingga rata dan sebati. Panaskan minyak kemudian gorengkan bahan ini hingga masak.

SOTONG SUMBAT

Bahan-bahannya
1 kg sotong segar
600 gm kelapa muda, diparut
4 batang serai
50 gm cili padi
4 cm kunyit hidup
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
100 gm serbuk udang kering
3 helai daun kunyit, dimayang halus
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-caranya
Sotong dibersihkan dan keluarkan kepalanya. Kisarkan serai, cili padi, kunyit hidup, bawang putih, bawang merah dan serbuk udang kering hingga sebati. Gaulkan semua bahan ini bersama garam dan serbuk perasa secukupnya ke dalam kelapa, masukkan daun kunyit sambil dikacau rata.

Setelah itu sumbatkan ke dalam setiap ekor sotong yang ada tadi secukup padat. Pasangkan bahagian kepalanya. Setelah itu bakarlah di dalam ketuhar selama setengah jam dengan kepanasan 175 darjah C.

AYAM GORENG MADU

Bahan-bahannya
1 ekor ayam
2 sudu teh serbuk kunyit
4 cm halia, dikisar
garam dan serbuk perasa secukupnya
madu secukupnya

Cara-caranya
Bersihkan ayam kemudian gaulkan dengan garam, halia, serbuk kunyit, serbuk perasa dan madu secukup rata pada ayam. Perapkan bahan ini selama 1 jam kemudian gorengkan di dalam minyak. Setelah itu bolehlah diangkat dan dipotong-potong.

KARI AYAM DESA

Bahan-bahannya
1 ekor ayam beratnya 1.5kg
10 ulas bawang putih, dimayang halus
4 biji bawang besar, dimayang
4 cm halia, dimayang halus
10 biji buah pelaga
10 biji bunga lawang
8 cm kayu manis
daun kari secukupnya
15 gm jintan manis
15 gm jintan putih
200 gm serbuk kari ayam
100 gm serbuk cili kering
1 liter santan pekat
7 batang serai
4 biji kentang, potong empat
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-caranya
Bersihkan ayam, basuh dan toskan. Panaskan minyak di dlam periuk kemudian tumiskan semua bahan-bahan yang sudah dimayang. Masukkan buah pelaga, bunga lawang, kayu manis dan serai. Masak sehingga wangi baunya kemudian masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air, jintan manis dan jintan putih.

Tumis sehingga garing dan sebati kemudian masukkan kentang dan ayam dan digaul sebati. Bila ayam sudah agak mengecut masukkan pati santan, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Setelah kentang empuk dan ayam masak boleh dihidangkan.

DAGING MASAK MERAH

Bahan-bahannya
1 kg daging lembu
200 gm minyak sapi
6 ulas bawang putih, dikisar
6 ulas bawang merah, dikisar
4 cm halia, diisar
100 gm buah keras, dikisar
30 gm cili kering, dikisar
50 gm tomato puree
150 gm sos cili
5 batang serai
10 biji buah pelaga
10 kuntum bunga lawang
4 cm lengkuas
6 kuntum bunga cengkih
10 helai daun salam
100 gm susu cair
8 cm kayu manis
50 gm madu
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-caranya
Bersihkan daging kemudian dipotong sederhana besarnya. Panaskan minyak sapi kemudian tumiskan semua bahan yang telah dikisar sehingga masak. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga, serai dan lengkuas sambil digaulkan hingga naik baunya. Masukkan daging, daun salam, tomato puree dan sos cili. Masak sehingga daging empuk, kemudian masukkan garam, madu dan serbuk perasa secukupnya. Setelah itu masukkan susu cair. Apabila sudah sebati, gaul rata angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment