Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Kelas Personal di Teratak Chetam

Anda tentukan tarikh kelas anda sendiri

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut. Sila rujuk modul kelas di ruangan sebelah kanan.


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.


October 06, 2005

Aneka Jenis Manisan Bubur

Manisan Bubur memang selalu dimakan sebagai juadah berbuka puasa. Aneka resepi ini disumbangkan oleh Diana kepada Restoren Pak Amir.

BUBUR CACA

Bahan-bahannya
200 gm gula
100 gm tepung bubur caca berwarna
50 gm sagu biji
700 ml santan (dari sebiji kelapa)
1 helai daun pandan

Cara-caranya
Masakkan tepung bubur caca dan sagu biji dalam air mendidih hingga kembang. Setelah hampir kering, masukkan gula. Masukkan santan dan daun pandan. Kacau selalu dan masak hingga mendidih. Kemudian angkat. Enak dihidangkan panas atau sejuk

BUBUR SAGU DAN JAGUNG

Bahan-bahannya
2 biji jagung, diambil isinya
1 biji kelapa, ambil santannya
200 gm gula
50 gm sagu biji

Cara-caranya
Jagung, sagu biji dan gula di masak dengan santan cair. Setelah sagu agak kembang masukkan santan pekat sambil dikacau hingga masak. Angkat.

BUBUR KACANG BERDURIAN

Bahan-bahannya
150 gm kacang hijau
150 gm gula
50 gm gula kabung
1 biji kelapa, ambil santannya
1 helai daun pandan

Cara-caranya
Kacang direbus hingga kembang. Masukkan gula kabung dan gula pasir. Masak hingga gula hancur. Akhir sekali masukkan santan dan durian. Jangan kacau terlalu kuat. Angkat setelah mendidih.

BUBUR KACANG MERAH

Bahan-bahannya
300 gm kacang merah, direndam semalaman
250 gm gula
2 biji kelapa, ambil santannya

Cara-caranya
Rebus kacang merah hingga lembut. Masukkan gula dan santan. Kacau hingga mendidih dan angkat.

BUBUR LABU DAN KELEDEK

Bahan-bahannya
1 biji keledek, potong dadu
1//2 biji labu, potong dadu
1 biji kelapa, ambil santannya
200 gm gula

Cara-caranya
Rebus keledek dan labu hingga sedikit lembut. Masukkan gula dan masak gula hingga larut. Akhir sekali barulah dimasukkan santan dan kacau hingga mendidih.

BUBUR PULUT HITAM

Bahan-bahannya
200 gm gula pasir
150 gm beras pulut hitam
2 biji kelapa
sedikit garam

Cara-caranya
Kelapa dijadikan satu cawan santan pekat dan selebihnya santan cair. Masukkan garam ke dalam santan pekat dan kacau hingga sebati. Pulut direbus hingga kembang. MAukkan gula dan masak lagi hingga betul-betul kembang. Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih. Ketika menghidang masukkan bubur ke dalam mangkuk. Ambil 2-3 sudu besar santan pekat dan tuangkan ke atas bubur.

BUBUR GANDUM

Bahan-bahannya
300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm biji gandum (direbus)
100 gm gula melaka
30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan

Cara-caranya
Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan. Apabila sagu masak, masukkan gula pasir, gandum dan santan pekat. Biarkan ia mendidih selama 2 minit dan hidangkan.

BUBUR BEBOLA KELADI

Bahan-bahannya
50 gm keladi
30 gm tepung pulut
100 gm santan kelapa
30 gm gula melaka
1 helai daun pandan

Cara-caranya
Rebuskan keladi sehingga masak. Lecekkan keladi dan campurkan tepung pulut hingga sebati. Bentukkan ia menjadi bebola mengikut saiz yang dikehendaki. Panaskan air sehingga mendidih dan celurkan bebola sehingga masak. Panaskan santan, gula melaka dan masukkan daun pandan, kacau sehingga mendidih menggunakan api sederhana. Masukkan bebola keladi itu ke dalam santan dan sedia dihidangkan.

BUBUR GUNTING

Bahan-bahannya
400 gm tepung gandum
1 biji kelapa (ambil santannya anggaran 2½ mangkuk)
1 cawan gula pasir (mengikut kesesuaian rasa)
2 keping gula kabung
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara-caranya
Bancuh tepung dengan air dan sedikit garam. Uli hingga menjadi satu doh(biar keras sedikit daripada bancuhan roti canai). Ambil sedikit tepung dan canaikan setebal 5 mm. Kemudian gunting kecil-kecil mengikut kesukaan anda. Jerangkan air anggaran 1/2 periuk. Apabila air telah mendidih, masukkan tepung yang telah digunting tadi. Kacau supaya ia tidak melekat. Apabila telah timbul, angkat dan toskan. Kemudian letakkan ke dalam bekas berisi air sejuk supaya ia tidak melekat. Buat begini hingga selesai. Masak gula pasir, gula kabung dan 1/2 cawan air hingga mendidih. Toskan tepung yang telah direbus tadi dan masukkan ke dalam adunan air gula tadi. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih. Setelah itu, masukkan santan, sedikit garam dan daun pandan. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Apabila telah mendidih, sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat.

BUBUR LABU MANIS

Bahan-bahannya
½ biji labu sederhana
1 cawan susu segar/ ½ cawan santan
½ cawan sagu mata ikan
2 sudu gula merah
Gula pasir
Daun pandan

Cara-caranya
Labu di buang kulit dan biji, potong kecil-kecil anggaran 5 cm persegi.Rebus hingga 3/4 empuk . Tambahkan susu/santan,daun pandan,sagu mata ikan,gula merah dan gula pasir secukup rasa. Biar hingga mendidih dan pekat. Kacau selalu.

BUBUR SUJI

Bahan-bahannya
1 cawan tpg suji ( didigoreng tanpa minyak hingga keemasan)
½ cawan gula
1 liter susu segar
sedikit kismis
sedikit gajus
2 sudu minyak sapi

Cara-caranya
Panaskan 1 liter susu segar. Setelah agak mendidih, kurangkan api dan masukkan gula. Kacau sebentar dan biarkan mendidih atas api yg paling perlahan. Sementara itu, panaskan minyak sapi dalam kuali kecil dan tumis kismis serta kacang gajus (hingga keemasan) Kemudian masukkan tumisan bersama minyak sapi td kedalam susu yang sedang dimasak. Akhir sekali masukkan tpg suji sedikit demi sedikit sambil mengacau. Renehkan bubur sehingga mendidih. Sedap dimakan bersama potongan pisang.

No comments:

Post a Comment