Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


October 06, 2005

Berita paling gembira yang diterima hari ini......

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berkat doa rakan-rakan dan sahabat taulan yang tak putus-putus, tepat jam 3.22pm mengikut jam komputer Chetam yang sedikit biol ni, Chetam dapat satu email. Email dari orang yang jauh di mata tetapi sentiasa di hati. Siapa lagi kalau bukan Diana yang hantar email ke ResepiNet dan MealTimeMenus. Berikut adalah email dari Diana:

From: "Diana A."
To: "Resipi. Net" ; "Mealtimemenus"
Subject: [ResipiNet] Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Date: Thursday, October 06, 2005 3:22 PM

Assalamualaikum semua

Alhamdulllilah berkat doa orang-orang tersayang. Diana kembali sihat. Terima kasih buat semua yang telah doakan Diana. Juga tak lupa pada Jeni, kirim salam peluk cium buat anak-anak dirumah. Buat Mama, dah buat kuih raya ke? Kepada Linda, dah dapat email you baru tadi. Thank you dear.

Buat semua di Resipi.Net, Diana tak dapat nak type semua nama anda. Kepada each and everyone of you terima kasih doakan Diana, mengalir airmata disini. Tadi baru dengar lagu Renunglah, Sha forward, terima kasih Sha. Jaga diri baik-baik terima kasih tolong clear mailbox akak. Sayang kat dia.

Insyallah buat masa ini Sha akan hantar resipi kepada semua. Diana akan hantar resipi special pada semua tungguuuuuuuuu. Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

Jeni, jaga diri baik-baik awak tu berbadan dua. Rindu kat you.


Nota Kaki Chetam : Hem....lepas ni boleh senyum lebar-lebar. Diana nak kasi resepi lagi.......Alhamdullilah.........hehehehe...

No comments:

Post a Comment