MUTTON CHOP sumbangan Halimah Anang ResepiNet
½ kg daging cincang
4 biji kentang potong dan goring
2 biji tomato potong bulat
1 biji timun (hiris bulat)
4 sudu tomato sauce
5 sudu rempah beefsteak
1 sudu gula
4 biji telor ayam
2 sudu kicap manis
Panaskan minyak, tumkskan daging bersama kicap, goring sampai kering masukkan rempah beefsteak, tomato sauce, gula, garam, ajinomoto. Hiaskan dengan timun, kentang, tomato dan telor yang sudah digoreng.
BONE STEAK sumbangan Halimah Anang ResepiNet
1 kg tulang
1 pkt rempah sup
1 sudu tomato sauce
5 biji bawang putih
5 biji bawang besar
1 inci halia
4 batang lada hijau
sawi, kobis
4 sudu rempah beefsteak
Sedikit pewarna merah (jika suka)
2 sudu lada kisar
Peraturannya:
Halia, bawang putih, bawang besar, cili kisar, rempah sup direbus bersama tulang sampai empok, panaskan minyak dan masukkan bawang, lada hijau, sawi, kicap 1 sudu, kobis, tomato sauce, gula dan dibiarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan tulang kobis dan sawi dan lada hijau.
BEEF STEAK KERING sumbangan Halimah Anang ResepiNet
½ kg daging
½ kg kentang
4 sudu tomato sauce
1 sudu gula
3 biji tomato buah
4 batang lada hijau
kobis, sawi
1 sudu kicap
3 biji telor
3 sudu rempah beefsteak
Ubi kentang direbus dan dipotong dadu. Daging di potong kecil-kecil. Bawang, tomato, sawi,kobis, lada hijau dihiris. Panaskan 4 sudu minyak masukkan daging dan kicap dibiar sampai kering. Masukkan lada hijau, bawang besar, kentang kemudian rempah beefsteak. Goreng sampai kering, masokkan tomato sauce, gula, pecahkan telur, masukkan kobis dan sawi.
Black Pepper Steak sumbangan Roziyati Ramli ResepiNet
Bahan-bahan
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Cara menyediakan
1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
8. Siap untuk dihidang.
Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.
Steak Kak Liza
Bahan
500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum
bahan kisar
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia
Cara:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.
SOS LADA HITAM
Bahan
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat
Cara.
1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3. Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.
SAYURAN
Salad bulat[potong kecil]
tomato segar [potong baji/nipis]
kentang goreng [potato chips]
baked beans[ panaskan sikit]
Susunkan semua saperti dalam gambar dan tuangkan sos lada hitam.
Beef Chop sumbangan Kak Chek MTM
300gm daging lembu
1 biji bawang besar- dihiris
1 sudu kecil bawang putih
½ sudu kecil halia
1 sudu kecil lada hitam
4 sudu besar tomato puree
1 sudu besar kicap
1/2 cawan air
1 biji kentang- dipotong dan goreng
1 biji tomato- dihiris ½ cm
2 sudu besar kacang peas
2 biji telur- digoreng
garam secukup rasa- jika perlu
minyak untuk menumis
Cara - caranya
Daging yang telah dihiris dicuci dan toskan. Perapkan daging bersama lada hitam, kicap dan sedikit garam.
Panaskan minyak, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia, tumis hingga layu.
Masukkan daging, tomato puree dan sos tomato, kacau rata, bubuh sedikit air, masak hingga daging empuk.
Hiaskan di pinggan daging yang telah dimasak, kentang goreng, tomato yang dihiris, telur goreng dan kacang peas.
Black Pepper Sauce sumbangan Dila Restoren Pak Amir
Bahan:
butter
lada hitam yang ditumbuk
bawang besar di dadu
cendawan butang dlm tin didadu (jika suka) -
kiub ayam / stok ayam + air + tepung jagung + lada sulah
cara-caranya:-
*panaskan butter dlm periuk (tapi api jgn besar sgt, takut hangit) lepas tu tumiskan/masukkan bawang, cendawan dan lada hitam
*kiub ayam/stok ayam + air + tepung jagung + lada sulah dicampurkan dan masukan kedalam periuk
*sekiranya didapati kuahnya masih pekat tambahkan air sehingga mendapat kelikatan yang dikehendaki begitu juga sebaliknya sekiranya kuah terlalu cair tambahkan tepung jagung.
sekiranya inginkan kuah kelihatan hitam campurkan sedikit kicap pekat
Chicken Chop sumbangan Dila RPA
2 kepingan dada ayam (kalau rasa tebal sgt boleh dinipiskan sikit)
lada sulah & garam
telur sebiji (dipukul, x perlu terlalu lama, cam nak buat telur dadar)
sedikit tepung gandum
serbuk roti (boleh dibeli di pasaraya - dlm kotak)
Ayam diperap bersama lada sulah & garam. Selepas tu gaulkan ayam bersama telur, kalau daging ayam basahnya tidak rata tambah telur lagi. Angkat daging tersebut dan tekap pada tepung gandum - sekadar apa yang melekat je...selepas tu tekapkan pada serbuk roti, pastikan kita tekan sikit daging tu supaya serbuk roti terlekat ngan betul dan banyak utk memastikan terangupannya......
p/s : pastikan ayam ditekap ngan tepung & serbuk roti dan bukannya digaulkan macm kita goreng pisang........kerana tepung tu x kan melekat ngan cantik dan akan bergumpal..
SPAGHETTI BOLOGNESE sumbangan ANA RPA
1 Bungkus spaghetti
1 tin tomato puree
1 tin tomato sup- kalau ada & suka
400g minced meat
mixed herb......oregano/1 helai daun bay
2 biji bawang besar-potong dadu
2 biji bawang putih-potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
1 batang carrot-potong dadu
1 biji terung bulat-potong dadu (optional)
125 g keju parmesan-jika suka (boleh diganti dgn cheddar)
3 camca minyak - ikut suka
sedikit garam
sedikit sebuk lada hitam-jika suka
1. Rebus spaghetti dlm air yang mendidih dan di campur sedikit
garam & minyak supaya tidak melekat sampai spaghetti tu lembut.
2. Tumis separuh daripada bawang besar dan bawang putih tu sampai naik bau dan agak kekuningan.
3. Masukkan daging (minced meat) dan selepas tu masukkan kesemua bawang tadi.
4. Masukkan pula tomato puree tunggu sampai mengelegak........
5. Masukkan pula tomato sup, mixed herb/daun bay/oregano, garam dan lada hitam.
6. Lastly masukkan kesemua veges. and serve hot with grated parmesan cheese.
MACARONI BAKAR sumbangan Sophian Ezudean RPA
Sumber : Hafiza Hashim
½ peket makaroni brand Buittoni (ni yang I selalu pakai, so kalau pakai brand lain, agak-agakla...)
½ periuk air ( ml banyak mana I tak tahu, tapi lebih kurang 2 kali ganda makaroni)
5-8 biji telur ayam (kalau saiz telur ayam tu besar, kurangkan bilangan telur)
1-2 labu bawang besar (kalau suka bawang, guna dua atau lebih)
1-2 tangkai daun sup dan daun bawang ( kalau suka, boleh tambah)
1-4 biji campuran cili merah dan hijau ( kalau suka pedas, boleh tambah lagi atau boleh ganti dgn cili padi)
2 - 4 sudu besar santan pekat ( kalau malas nak perah, beli santan M&S atau KARA yg dalam kotak tuh)
½ - 1 bungkus kecil rempah kari (kalau nak pedas, guna ADABI, kalau tak nak pedas, boleh guna Babas atau cap burung Nuri)
2-3 ulas bawang merah (kecil) dan putih
½ inci halia (kalau suka, kalau tak suka or tak ada, tak perlu)
1 cawan air
1 paket daging atau ayam cincang (Ayamas or Ramly Burger punya daging atau ayam cincang, supermarket punya pun boleh, janji halal)
Cara - cara :
1. Didihkan air (yg dua kali makaroni tuh), tambah sedikit garam
dan minyak masak (agak-agak 1 sudu makan), rebus makaroni sampai agak lembik (kalau tak lembik, tak melekat nanti). Bila dah lembik, tutup api, toskan.
2. Sementara tunggu makaroni lembek, hiris bwg merah kecil dan
putih dan halia, tumis.
3. Masukkan rempah kari dan 1 cawan air, rebus sikit (kalau ayam).
Kalau daging, campur kan daging cincang dan rempah dan air sekali gus, rebus sampai naik minyak.
4. Bwg besar di dadu. Masukkan dalam masakan tadi. Masukkan garam dan aji secukup rasa. Tutup api.
5. Potong daun bwg dan daun sup ¼ inci, hiris cili - cili membulat,
campurkan dgn bahan lain dalam kuali.
6. Pukul telur dgn santan pekat, tambahkan garam sedikit kalau yang dalam kuali kurang rasa, kalau yg dlm kuali dah masin, tak perlu tambah garam, tuangkan kedalam bahan dalam kuali.
7. Masukkan makaroni tadi dan gaul rata. Rasa garam dan aji lagi
sekali, kalau masih tawar, boleh dibetulkan rasanya waktu ni. Kalau
masin sangat...susah la wa nak tolong...he...hee.
8. Bila semua dah perfect, tuang dlm loyang pembakar, dan bakar dlm oven api sederhana panas. Selalunya masak antara 45 minit hingga 1 jam. Kalau atas dah hitam nak terbakar, perlahankan lagi api dan keluarkan dahulu, balut dengan kertas foil, bakar semula.
VARIASI
1 - Minyak untuk menumis boleh diganti dengan butter eg Golden Churn or SCS, lagi mahal lagi sedap. Hati-hati kalau pakai butter yang bergaram, kut terlampau masin sangat nanti, bila letak garam tu, beringatla.
2 - Boleh beli cheese Mozarella yang dah siap diparut. Di Parkson
dan lain-lain supermarket besar, di jual dalam pek 10 ringgit satu.
Tabur diatas ramuan yang dah siap (dlm loyang bakar), baru bakar.
3 - Tak perlu letak rempah kari. Ie tumis bwg merah, putih, cili
merah dan hijau, masuk ayam or daging cincang, masuk telur. Tabur cheese, bakar. Ini version mat salleh, kononnya.
BLACK PEPPER CHICKEN sumbangan Diana ResepiNet
Sumber: Hanieliza
Bahan-bahan
500 gm ayam
1 batang carrot [potong kecil]
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...
bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar
bahan hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang[potong 1 inci]
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan carrot dan gorengkan sehingga masak.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan amsukkan bahan hiasan.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment