Biskut ni memang sedap. Chetam dah rasa masa majlis bacaan Yassin di Masjid KLCC. Mummy Roz yang bawa. Memang power giler.
Snowy Heart Cookies sumbangan Mummy Roz dari ResepiNet
500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
800gm tepung gandum
16 ozs ghee (1 tin ghee yg kecik)
12 ozs gula aising (1 oz = 28 g)
1 sudu teh soda bikarbonat
Susu Nespray (atau mana2 susu yg sedaplah)
Cara-caranya:
Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat
Pukul ghee dan gula halus hingga sebati
Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati.
Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit2 dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana (oven kita yg pakai nombor 1 hingga 5, kita pakai nombor 3 dan bakar dalam 10 min, kalau oven yg lain tu, agak2lah ek...tak leh nak nolong)
Bila dah masak sira dengan susu Nespray.
Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak yah bakar sampai kekuningan
SARDIN ROLLS menghasilkan 16 ketul sumbangan Diana ResepiNet
Sumber: NoorMasri Melayu.com
Bahan-bahan doh:
400 g tepung roti (strong white bread flour)
7 g ( 2 sudu kecil ) yis kering
1 sudu kecil garam (paras rata)
50 g mentega }dicairkan
2 sudu besar gula
1 biji telur
100 ml susu segar suam
110 ml air suam
1 biji telur } pukul sket utk sapuan atas roti
1 sudu kecil mentega cair} utk sapuan atas roti
Bahan-bahan inti:
1 tin sardin } dilenyek
1 labu bawang besar }dipotong dadu
1-2 biji kentang } dipotong dadu kemudian dicelur hingga empuk
1 sudu kecil serbuk cili atau mengikut tahap kepedasan yg disukai
1 sudu besar minyak
garam secukup rasa
Cara membuat inti:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi
Masukkan serbuk cili goreng sebentar masukkan ikan sardine
Apabila hampir kering , masukkan kentang dan garam secukup rasa
Kacau sekata kemudian sejukkan
Ketepikan.
Cara membuat doh:
Campurkan tepung, yis, garam, dan gula kedlm mangkuk besar.
Buat lubang di tengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur.
Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut
Uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin (tidak melekat di jari) dan elastic.
Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda
Kemudian canaikan doh menjadi btk segiempat dgn ketebalan 1.5 cm
Potong 2 (tengah2) kemudian potong jd btk segitiga (spt gambar di atas)
Ambil satu bahagian segitiga kemudian canai supaya menjadi nipis serta lebar diatas dan tirus dibwh (lihat gambar)
Ambil inti letakkan dibahagian yg lebar kemudian gulung doh tersebut kemas2 sehingga penghujung
Ulang sehingga habis doh
Susun di dlm loyang yg telah disapu minyak
Pastikan masih ada ruang antara setiap doh utk mengembang
Kemudian tutup loyang tersebut dgn cling film selama 40 minit - 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula
Panaskan oven pd suhu 190’C, bakar selama 12 minit kemudian keluarkan sapu dgn telur permukaannya kemudian masuk semula dlm oven selama 4-5 min atau sehingga keperangan
Angkat, sapu dgn mentega cair
Sejukkan atas redai besi dan tutup dgn kain bersih (utk mendptkan soft crust)
BUN SOSEJ BERPINTAL sumbangan Diana ResepiNet
Sumber: NoorMasri dari Melayu.com
Bahan-bahan :
400 g tepung roti (strong white bread flour)
2 sudu kecil yis kering segera
1 sudu kecil garam (paras rata)
2 sudu besar gula castor
50 g mentega } cairkan
1 biji telur
100 ml susu segar suam
110 ml air suam
10 batang sosej ayam
sedikit sayur campur
sedikit sos tomato
sedikit mayonis
1 biji telur } dipukul sedikit-utk sapuan
Cara membuat:
Campurkan tepung, yis, garam, gula kedlm mangkuk besar.
Buat lubang di tengah2nya tuangkan mentega, susu, telur dan air.
Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut
Uli selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic.
Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda
Potong doh kpd beberapa bahagian dimana setiap bahagian seberat 50 g
Taburkan sedikit tepung ditempat mencanai jika perlu kemudian canaikan setiap bahagian doh menjadi btk segiempat (lebar mesti sama dgn panjang sosej)
Letak sosej diatasnya kemudian gulung
Potong kpd beberapa bahagian yg sama besar tapi jgn putus
Twistkan setiap bahagian potongan ke kiri dan kanan berselang seli (spt gambar diatas)
Letakkan di atas dulang yg telah disapu minyak
Ulang kesemua doh hingga habis
Tutup dulang tersebut dgn cling film, biarkan doh tersbt naik sekali ganda
Selepas itu taburkan sayur campur di atas roti sehingga sekata
Panaskan oven pd suhu 190'C- 200’C, bakar selama 12 minit kemudian keluarkan dr oven, sapu atas/tepi roti dgn dgn kuning telur kemudian masuk balik ke dlm oven bakar semula selama 5 - 8 minit atau sehingga keperangan
Apabila masak, paipkan sos tomato atau sos cili jika suka dan mayonis diatasnya
Enak dimakan semasa panas..kanak2 pasti suka
MIXED VEGETARIAN SUPREME sumbangan Diana ResepiNet
Source: Amy Beh
Ingredients
15 pieces dried golden lilies (kam cham), soaked, with the ends cut off and a knot tied in the middle
10 button mushrooms, halved
6 – 7 pieces cloud ear fungus, soaked
10 gingko nuts, shelled and skinned
6 pieces gluten puffs
100g carrot, cut into desired shapes
150g broccoli, cut into florets
5g fatt choy, soaked, and excess water squeezed out
2 tbsp oil
Sauce:
1 tbsp vegetarian oyster sauce
1 tbsp light soy sauce
1/2 tsp sugar or to taste
1 tsp sesame oil
1/4 tsp salt
1/8 tsp pepper
3 – 4 tbsp water
Thickening (combine):
1/2 tsp corn flour
1 tbsp water
Method
Parboil gingko nuts in boiling water for five to six minutes. Add in button mushrooms, carrots and broccoli then parboil for a minute. Dish out and drain.
Heat oil in a wok and add in all the ingredients. Stir-fry for two minutes. Mix in the sauce ingredients and add thickening. Dish out and serve immediately.
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment