Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 26, 2005

Update Terkini dari Chetam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam saja nak post update yang pendek. Pagi tadi (Ahad), Chetam dah cuba 2 resepi. Resepi pertama, Kandy Pulau Indah. Resepi yang sangat simple tapi sedap sesangat. Resepi ni dari Restoren Pak Amir sumbangan dari Noorita. Resepi kedua ialah Kek Moist Zaiima sumbangan dari perantau yang berada di UK (kalau tak silap), iaiti Noor Masri dari ruangan Forum Melayu.com. Tapi resepi kek ni, Chetam ubahsuai sikit dengan menambah kacang walnut. InsyaAllah, kedua-dua resepi akan Chetam paparkan hari isnin nanti. Chetam malas nak menaip so nak copy paste dari pc di ofis.

Lagi satu update ialah mengenai Kak Liza (penyumbang resepi roti di posting sebelum ini) yang akan mengeluarkan satu buku masakan, khas untuk masakan dikukus. Dijangka akan dikeluarkan pada bulan Oktober nanti. Maklumat lanjut akan Chetam berikan hari Isnin juga. Nota tentang buku tersebut ada kat ofis.

Atas permintaan ramai....InsyaAllah, Chetam akan mula memaparkan resepi-resepi yang berkonsepkan Hari Raya. InsyaAllah juga, Chetam akan kirimkan koleksi biskut raya yang ada dalam simpanan Chetam kepada semua pengunjung yang telah berdaftar dengan Teratak Chetam.

Sekian update untuk kali ini. Salam manis untuk semua pengunjung Teratak Chetam.

Chetam Ummi of Chenul

No comments:

Post a Comment