Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 28, 2005

Corat Coret Teratak Chetam

ANEKA KUEH MUEH KUKUSAN
Seperti yang Chetam hebahkan sebelum ini, Kak Liza aka Hanieliza akan mengeluarkan sebuah buku resepi. InsyaAllah tajuknya adalah seperti di atas. Chetam dah interview Kak Liza melalui YM semasa beliau tengah menunggu Puding Roti Berlaici dibakar di dalam oven. Harga buku resepi ini mungkin RM5.50 tetapi yang paling best setiap resepi diiringi ngan gambar berwarna. Menurut Kak Liza, buku tu mengandungi resepi kueh muih talam..lapis..serimuka dan kek.. semuanya versi kukus. Jangan lupa dapatkan buku resepi ini di kedai buku mulai bulan Oktober. Tarikh tak pasti tau.

Koleksi resepi untuk pengunjung berdaftar Teratak Chetam
Chetam sudah mengirimkan 2 koleksi resepi biskut dan kek kepada pengunjung-pengunjung yang telah berdaftar dengan Teratak Chetam. InsyaAllah, Chetam akan kirimkan beberapa lagi. Sekiranya anda baru mendaftarkan diri dan terlepas koleksi terdahulu, sila hantar email kepada Chetam.

Posting Resepi di dalam Teratak Chetam
Setiap kali Chetam post resepi atau update ke blog Teratak Chetam, email posting berkenaan akan dihantar ke email Chetam. Sekiranya anda pengunjung berdaftar Teratak Chetam dan mahukan posting resepi yang sama dihantar kepada anda, sila beritahu Chetam melalui email. Sekiranya semasa Chetam posting resepi tu siap dengan gambar, maka email tersebut turut mengandungi gambar. Sekiranya gambar ditambah kemudian, so cuma resepi ajalah yang akan diemailkan.

Resepi-resepi yang telah Chetam cuba dan janji untuk dipaparkan

KANDY PULAU INDAH sumbangan dari Noorita Restoren Pak Amir

BAHAN-BAHAN :
1 tin susu cair
1 tin (gunakan sukatan tin susu cair tadi) gula kasar
1 tin kacang tanah yang sudah disangrai (goreng tanpa minyak)
1 senduk bulat koko
2 sudu besar majerin
1 camca teh esen vanila dan esen ros

CARA-CARA :
Semua bahan dimasukkan ke dalam kuali kecuali kacang tanah.
Kacau dengan api kecil sehingga pekat.
Cuba pegang adunan dengan tangan sedikit untuk lihat melekat atau tidak.
Sekiranya sudah tidak melekat, masukkan kacang tanah tadi dan gaul rata.
Tuang kesemua adunan tersebut kedalam loyang dan tekan rata.
Sebelum itu letakkan plastik untuk melapik loyang.
Letakkan juga plastik di atas adunan untuk menekan rata.
Setelah menekan rata, potong dadu atau empat segi adunan kandy itu.
Sejukkan dan simpan dalam balang.
Nota dari Noorita : Resepi ini saya dapat daripada sepupu saya dia jual kandi ini dan saya lihat ramai yang beli dari dia sampai tak menang tangan lagi-lagi masa hariraya menjelang.

Kek Coklat Kukus Zaiima (very moist) sumbangan NoorMasri dari Melayu.com

Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

Nota kaki Chetam : Chetam letak topping - coklat masak didouble boiler dengan shortening. Lepas tu tabur colourful rice. Chetam juga masukkan kacang walnut ke dalam aduan dan juga di atas sebelum masukkan ke dalam kukusan. Gambar kek tu Chetam dah lupa siapa yang kirimkan sebab ramai ahli ResepiNet yang dah cuba. Gambar kek yang Chetam buat masih dalam kamera.

Prune Cake (Kukus) sumbangan Leen ResepiNet

Bahan-Bahannya :
250gm butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1/4 tin besar susu pekat manis (kluguna tin kecil 1/3 pun cukup)
20 biji prune ( blend + sedikit air, setakat bleh kisar dah cukup )
5 biji prune ( hiris kasar )
5 biji telur
Cara Membuatnya :
1) Didihkan air dlm pengukus.
2) Putarkan butter/gula/susu sehingga Sebati.
3) Masukkan telur satu per satu & Putar lagi.
4) Masukkan prune yg telah di blend.
5) Masukkan tepung sedikit demi sedikit & Putar sebati.
6) Last sekali masukkan prune yg dihiris kasar & kacau dengan senduk dahmemadai.
7) Griskan loyang dengan butter & alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan kedlm loyang & kukus selama 1 1/2 jam.
8) Klu nak bagi cantik sket letakkan beberapa biji prune di atas adunan sblm dikukus sbg hiasan.

Nota Kaki Chetam : Memang sedap. Prune boleh juga diganti dengan buah kurma. Chetam juga lupa siapa yang kirim gambar kek ni dalam ResepiNet. Ada gambar yang nampak jelas buah prune di atas kek. Chetam lupa nak ambik gambar kek yang Chetam buat tapi InsyaAllah akan cuba cari gambar lain yang ada buah prune di atasnya.

Cuba....jangan tak cuba.

No comments:

Post a Comment