Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 29, 2005

Resepi Sumbangan Pengunjung Teratak Chetam


AYAM RAMPAI (Resepi sumbangan Kak Liza aka Hanieliza)

Bahan
1/2 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil..bersihkan]
5 biji kentang[ potong kecil dan gorengkan]
1 batang carrot [potong kecil]
20 tangkai kacang sepat/buncis
1 bij capsicum merah[potong kecil]
2 biji tomato [belah 6]
1 labu bawang besar [potong bulat]
3 biji cili merah [hiriskan kasar]
10 biji cili api [hiriskan kasar]...kalau nak pedas...
garam
kunyit serbuk
minyak

Bahan tumis [hiriskan]
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 cm halia

Cara.
1. Gaulkan garam dan kunyit pada ayam dan gorengkan sampai masak [gunakan minyak bekas goreng kentang]. Jangan terlalu garing [nanti keras isi aayam tu]
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk tumis bahan tumis.
3. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan masukkan ayam semula. Gaulkan rata.
4. Masukkan sayuran kacang dan carrot dan cili semua. Gaulkan rata.
5. Masukkan semua bahan lain dan kacau rata. Rasakan garamnya.
6. Angkat dan hidangkan.

Mee Udang(Untuk 5 orang makan)
Resepi ini disumbangan oleh Sabihah ataupun panggilan mesra, Kak Bie.

Bahan-bahannya:~
1 kg Mee kuning/Beehoon
300gm Keledek(direbus dan kemudian dilenyekkan)
2 sudu Tepung jagung
2-3 sudu Cili Boh
6 ulas Bawang putih(diketuk)
6 biji Bawang merah (dikisar)
1/2 inci Halia(kisar)
1/2 cawan udang kering. Ditumbuk hancur
300 gm Udang hidup saiz sedang
3 sudu sos tiram
2 biji tomato (kisar)
5 biji telur ayam (rebus, potong untuk makan bersama)
10 tangkai sawi (potong dan celur)
2 sudu gula pasir
sedikit garam

Cara memasak:~
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia,dan cili boh. Tumis hingga naik bau dan naik minyak.
Masukkan sos tiram,pekatan tomato dan pekatan keledek.
Masukkan 3 cawan air dan garam (secukup rasa), biarkan kuah mendidih hingga pekat.
Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Masukkan udang, (jika ada dan suka, boleh juga masukkan rebusan daging/ayam)
Masukkan gula (secukup rasa)
Biarkan kuah mendidih
Akhir sekali, masukkan sayur. (Jangan sampai layu)

Cara menghidang:~
Masukkan mee dalam mangkuk, tambahkan dengan jenis-jenis tauhu, bebola ikan, telur rebus dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang.Hidangkan panas-panas....."Siuuuuuppp....."

No comments:

Post a Comment