Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 30, 2005

BISKUT MAMA CARRIE sumbangan Diana ResepiNet



Bahan-bahannya

(A)
200 gram mentega
110 gram gula aising
secubit rasa garam

(B)
1 biji telur

(C)
300 gram tepung gandum
1 sudu besar tepung susu
1/2 sudu teh serbuk penaik

Untuk Topping
1 biji putih telur
180 gram gula aising
sedikit coklat masakan, dicairkan

Cara-caranya
1. Putar (A) sehingga lembut. Campurkan (B) dan putar hingga tidak berbintil.
2. Tambahkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati.
3. Simpan dalam peti sejuk selama 60 minit atau sehingga keras.
4. Canaikan doh di antara 2 kepingan plastik sehingga menjadi 5mm tebal.
5. Potong dengan pisau bulat berukuran 5 sm dan alaskan di atas kertas pembakar.
6. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 20 minit atau sehingga kuning keemasan.
7. Biarkan ia sejuk. Paipkan bahaian topping di permukaan. Gunakan pencungkil gigi untuk membuat garisan ke atas coklat cair yang telah disapu. Biarkan ia keras selama 30 minit.
8. Masukkan dalam ketuhar dn pakar pada suhu 150 darjah C selama 10 minit.

Cara untuk Topping
Campurkan putih telur dan gula aising dan gaul hingga sebati.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment