Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 14, 2005

Jom Kita Bakar Roti!

Kali ni Chetam nak kongsi resepi membuat roti yang diperolehi di YG ResepiNet.

Mungkin ada yang tertanya-tanya sebab musabab Chetam kenapa postkan resepi yang ada YG ResepiNet, MTM, Restoren Pak Amir dan Forum MDC/WMDC ke dalam Teratak Chetam. Sebab utama ialah sebagai bahan rujukan untuk diri Chetam sendiri. Tak payah nak ke laman web yang berbeza sebab semuanya Chetam dah kumpul di dalam Teratak Chetam. Sebab kedua, kerana kebanyakan email masuk ke email ofis Chetam. Kalau nak rujuk sesuatu resepi, maknanya kena tunggu ofis hour sebab kat rumah tak leh nak tengok resepi terdahulu. Dan sebab ketiga, Chetam nak berkongsi resepi-resepi ini dengan anda semua, pengunjung Teratak Chetam.

Resepi roti yang pertama adalah sumbangan Kak Liza aka Hanieliza. Beliau merupakan ahli setia dalam Forum MDC/WMDC dan merupakan ahli terbaru dalam YG ResepiNet. Kak Liza ni memang best sebab tak lokek berkongsi ilmu masakan. InsyaAllah di posting selepas ni, Chetam nak war-warkan berita terkini tentang Kak Liza. TUNGGU!

ROTI SOSEJ
Sumber: Kak Hanieliza


Bahan Roti [digaulkan rata]
1 kg tepung gandum
2 paket yeast..mauripan
200 gm gula kastor/halus
4 s/b susu tepung
Secubit garam
2 biji telur

500ml air suam
3 s/b susu pekat
3 s/b shortening
3 s/b butter
30 biji sosej [rebus dan toskan]

Bahan Glaze/Kilat
3 biji kuning telur……………..)
3 s/b susu segar……………….) Kacau rata
Sedikit bijan yang telah di goreng tanpa minyak

CARA MEMBUAT ROTI:

1. Masukkan semua kedalam adunan tepung dan uli dengan rata selama 30 minit.
2. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab.
3. Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 – 45 minit)
4. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angina keluar.
5. Ambil adunan sedikit dan bulatkan, kemudian digelek supaya menjadi panjang (macam kopok lekor) dan lilitkan dikeliling sosej.
6. Sapukan dengan bahan glaze dan taburkan sedikit bijan.
7. Biarkan adunan ini naik semula (15 – 20 minit ).
8. Bakar dalam suhu 200 C sehingga masak keemasan (20 – 25 minit).

Resepi roti berikutnya adalah dari penyumbang setia Melayu.com yang kini merantau di negara orang bersama-sama keluarga beliau, Kak Noor Masri. Ucapan terima kasih kepada Diana yang telah mengumpulkan resepi berserta gambar ke dalam ResepiNet.

SARDIN ROLLS menghasilkan 16 ketul
Sumber: NoorMasri

Bahan-bahan doh:
400 g tepung roti (strong white bread flour)
7g ( 2 sudu kecil ) yis kering
1 sudu kecil garam (paras rata)
50 g mentega }dicairkan
2 sudu besar gula
1 biji telur
100 ml susu segar suam
110 ml air suam
1 biji telur } pukul sket utk sapuan atas roti
1 sudu kecil mentega cair} utk sapuan atas roti

Bahan-bahan inti:
1 tin sardin } dilenyek
1 labu bawang besar }dipotong dadu
1-2 biji kentang } dipotong dadu kemudian dicelur hingga empuk
1 sudu kecil serbuk cili atau mengikut tahap kepedasan yg disukai
1 sudu besar minyak
garam secukup rasa

Cara membuat inti:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi
Masukkan serbuk cili goreng sebentar masukkan ikan sardine
Apabila hampir kering , masukkan kentang dan garam secukup rasa
Kacau sekata kemudian sejukkan
Ketepikan.

Cara membuat doh:
Campurkan tepung, yis, garam, dan gula kedlm mangkuk besar. Buat lubang di tengah2nya, tuangkan mentega, susu, air dan telur. Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut
Uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin (tidak melekat di jari) dan elastic. Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film. Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda. Kemudian canaikan doh menjadi btk segiempat dgn ketebalan 1.5 cm. Potong 2 (tengah2) kemudian potong jd btk segitiga (spt gambar di atas). Ambil satu bahagian segitiga kemudian canai supaya menjadi nipis serta lebar diatas dan tirus dibwh (lihat gambar). Ambil inti letakkan dibahagian yg lebar kemudian gulung doh tersebut kemas2 sehingga penghujung
Ulang sehingga habis doh. Susun di dlm loyang yg telah disapu minyak. Pastikan masih ada ruang antara setiap doh utk mengembang. Kemudian tutup loyang tersebut dgn cling film selama 40 minit - 1 jam atau sehingga doh tersebut kembang 2 kali ganda semula. Panaskan oven pd suhu 190’C, bakar selama 12 minit kemudian keluarkan sapu dgn telur. Permukaannya kemudian masuk semula dlm oven selama 4-5 min atau sehingga keperangan
Angkat, sapu dgn mentega cair. Sejukkan atas redai besi dan tutup dgn kain bersih (utk mendptkan soft crust).

No comments:

Post a Comment