Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 09, 2005

CHENUL daughter of CHETAM


Since pagi tadi pegi hantar digital photos untuk printing dan copykan masuk CD, Chetam saja jer nak letak gambar Chenul yang tengah dok rajin menyapu kat Teratak Chetam ni. Lagi gambar boleh dilihat di segmen FOTO CHETAM, di sebelah kanan blog ni. Chenul ni baru nak masuk umur 1 tahun 5 bulan. Since Buya Chenul ni Ustaz, so Chenul akan pakai tudung kepala kalau keluar dari rumah. Dah pandai bersolat. TAK PERCAYA? Lihat gambar di sebelah kanan. Siap berjemaah ngan Buya tu.

InsyaAllah, weekend ni Chetam akan cuba update website FOTOPAGE Chetam. Dah lama tak tambah gambar. So kalau nak tengok gambar Chenul yang lain pula, jangan lupa lawati Fotopage tersebut. URLnya ada di sebelah kanan jugak.............tapi bukan sekarang tau. Minggu depan.........

InsyaAllah juga, weekend ni Chetam nak cuba satu resepi biskut yang Chetam dapat dari ResepiNet. Chetam nak jadikan sample untuk jualan biskut raya tahun ni. Kalau menjadi planning tahun ni...........akan ada di pasaran terhad CHETAM COOKIES........hehehehehe...........sama-sama kita doakan.

Chetam juga doakan agar semua ahli-ahli ResepiNet yang sedang berusaha untuk menyiapkan sampel biskut raya....SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN REZEKI KEPADA KITA. Terima kasih tak terhingga kepada yang sudi memberikan resepi untuk dikongsi walaupun mereka tahu yang resepi tersebut mendatangkan rezeki kepada mereka.

Oklah........selamat berhujung minggu dan selamat mencuba resepi-resepi baru.

Wassalam.

Chetam Ummi Chenul

No comments:

Post a Comment