Chetam penuhi permintaan Nadam. Ada beberapa resepi Tom Yam yang terdapat dalam simpanan Chetam. Rasanya cukup kut resepi-resepi Tom Yam kat bawah ni. Silalah Nadam buat pilihan , resepi yang mana nak cuba dahulu.
Tom Yam dari Wilayati - Chetam dapat dari Restoren Pak Amir pada tahun 2003
100 gm isi ayam tanpa tulang
50 gm daging
5 ekor sotong
7 ekor udang sederhana besar
4 helai daun limau purut
Satu sudu air perahan limau nipis
Sedikit bunga kobis
500 ml air masak
Dua batang serai
Bawang besar (dipotong empat)
Bawang kecil (ditumbuk kasar)
Cili padi (ditumbuk kasar)
Air stok rebusan ayam
Sebiji tomato
Garam dan ajinomoto
Cara Memasak:
Masukkan air rebusan ke dalam periuk. Biarkan seketika. Masukkan bawang besar, bawang putih, serai dan cili padi ke dalam air rebusan yang hampir mendidih. Masukkan hirisan ayam dan daging ke dalam periuk. Apabila campuran sudah mendidih, masukkan sotong dan udang. Seterusnya masukkan bunga kobis. Akhir sekali masukkan garam, ajinomoto, air limau nipis dan daun limau purut. Kacau bahan-bahan dan biarkan mendidih seketika. Tutup api dan hidangkan panas-panas.
Komen Tambahan:
Bolehlah menggunakan paste tom yam jika memerlukan rasa tambahan. Boleh mencampurkan lain-lain jenis sayuran mengikut citarasa.
Tom Yam dari Dila - Restoren Pak Amir pada tahun 2004
Ayam, udang, daging, sotong
2 batang serai(ditumbuk)
2 labu bawang besar(dibelah enam)
1/2 cawan sos ikan/sotong (bahan asas yg penting)
4 ulas limau kasturi
2 atau 3 helai daun limau purut
cili hidup(ditumbuk)
2 biji tomato(1 dibelah empat & 1 lagi dihancurkan - untuk kuah nampak merah)
garam & pak aji
Masukkan air,serai, sos ikan/sotong & tomato yg dihancurkan . jgn lupa garam dan ajinamoto. Bila dah mendidih masukkan ayam, sotong, udang, daging, bwg, cili api, tomato yg dibelah 4, daun limau purut & air limau bila mengelegak tutup api dan boleh dihidangkan. Boleh tabur daun ketumbar & hirisan btg saleri
Tom Yam Pla Thay Poh dari Masrudin - Restoren Pak Amir pada tahun 2004. Resepi ini diambil dari koleksi Chef Wan.
500 gm ikan tenggiri dipotong kepingan
4 camca besar minyak
15 biji cili kering
6 biji bawang putih }
8 biji bawang merah } A
1.8 liter stok ayam }
3 akar ketumbar }
4 batang serai, diketuk }
5 helai daun limau purut } B
5 cm lengkuas, dihiris halus }
3 camca besar sos ikan }
8 biji cili padi, dipecah }
2 tangkai daun ketumbar, dipotong 1 cm panjangnya
Perasa:
Garam mengikut rasa
Sedikit serbuk perasa
1 camca teh gula
Jus dari biji limau nipis (3 - 4 biji)
1. Panaskan minyak dan goreng cili hingga garing. Keluarkan.
2. Goreng (A) hingga wangi. Keluarkan. Kisar cili, (A) dengan sedikit stok ayam hingga halus.
3. Mendidihkan stok ayam dan masukkan (B). Biarkan selama 5 minit.
4. Masukkan rempah kisar, perasa dan kemudian ikan.
5. Hiaskan dengan daun ketumbar. Hidangkan dengan nasi dan ulam.
Tom Yam dari Dila - Restoren Pak Amir pada tahun 2003
utk 3/4 orang makan
4 cawan air
1/2 cawan sos ikan/sotong (boleh kurang / lebihkan ikut rasa yg diperlukan)
2 btg serai (diketuk)
cili api (diketuk)
daun limau purut
2 tomato yg berwarna merah (1 bj dihancurkan - menimbulkan warna merah)
bawang besar dipotong empat
air limau kasturi
sayur yg dikehendaki
bahan yg dikehendaki
serbuk perasa
Leburkan kesemuanya kecuali sayur, bwg besar dan bahan utk isinya. Bila dah mengelegak masukan bwg besar, sayur dan bahan utk isinya. Sedia utk dimakan........
Saranan dari Arlina Omar juga dari Restoren Pak Amir :
nak tambah sikit... cuba tambahkan secekak batang daung ketumbar yg ditumbuk halus kedlm kuah tomyam tersebut... taburkan pulak sedikit daun ketumbar yg telah dipotong ke dlm tomyam apabila menghidang, sure lebih KAW!!
Tom Yam Thai dari Shadilawati - Restoren Pak Amir tahun 2001
50 gm udang basah - dibuang kulit
50 gm sotong - potong ikut suka
100 gm isi ayam - dipotong dadu
1 biji buah tomato - potong ikut suka
3 batang serai - di titik
4 biji cili padi - di ketuk
1 biji bawang besar - di hiris bulat
2 ulas bawang putih - diketuk
1 - 2 biji limau nipis
2 - 3 helai daun limau purut
1 camb kicap sotong ( kicap cair Thailand)
sedikit bunga kobis dan carrot - potong ikut suka
daun sup & daun bawang
1/2 camb sos tomato siam - optional
garam, gula dan ajinomoto secukupnya.
4-5 cawan air
Didihkan lebih kurang 4 cawan air di dalam periuk. Bila air mendidih, masukkan serai, bawang putih dan daun limau purut. Kemudian masukkan ayam, udang dan sotong. Apabila ia mendidih, masukkan pula bawang besar, garam, gula, ajinomoto, sayur-sayuran, cili padi, sos tomato, kicap siam dan buah tomato. Ingat proses memasaknya mesti cepat. maksud aku api dapur mesti besar untuk memastikan tomyam anda lebih enak. Dan akhir sekali, angkat dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang.
* jangan ikut sukatan ni 100 % sebab saya pakai agak je... jadi pandai² lah.
Tom Yam dari Sis Kay - Restoren Pak Amir tahun 2003
Ni resepi tom yam saya. Agak mudah dibuat. Boleh dijadikan all-in-one dish... dimana sumber protein (ayam/udang/sotong) dan sayur2 dalam satu hidangan. Resepi ni, boleh ditokok tambah ikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Tom yam kat bawah ni akan berwarna seakan2 merah sebab ditumis dengan tomato. Untuk tomyam yg jernih, jangan masukkan tomato. Sebaliknya ditambahkan perahan limau. Tapi boleh juga letak asam keping dalam masakan semasa masak kalo nak lebih masam
Bahan2
Ayam/udang/sotong (boleh juga dicampur)
Bahan2 tumis
3 ulas bawang putih
5/6 cili padi (Nak pedas boleh tambah lagi cili)
1 biji tomato didadu kecil2
1 batang akar daun saderi/daun sup (Kalo tak ada, tak aper. Kalo ada, nanti tom yam bau mengancam)
2 batang (dititik / dihiris serong)
3 helai daun limau purut (di hiris)
2/3 biji limau kasturi
garam secukup rasa
sayur2
carrot/kubis bunga/batang saleri/baby jagung (ikut suka)
2 biji tomato dibelah 4
cendawan tiram (Kalo tak der pun tak per)
Cara2
1. TUmbuk bahan2 tumis.
2. Panaskan 2 sudu minyak dan tumiskan bahan2 tadi. Bila naik bau, masukkan serai dan daun limau purut.
3. Masukkan ayam/udang/sotong. Tambahkan air. Biar
mengelegak
4. Masukkan sayur2, tomato dan cendawan. Jgn lupa
masukkan garam
5. Bila dah masak, padamkan api
6. Hiriskan limau kasturi dan perahkan dalam periuk.
7. Hidangkan
Petua:
Pastikan air limau diperah setelah api dapur dah dipadamkan. Kalo tidak, perahan limau tak terasa masam.
Tom Yam Campur dari Zulaikha - Restoren Pak Amir tahun 2004
Bahan A
bawang putih
bawang merah
halia
cili padi
cili merah
lengkuas
Bahan B
bawang besar ikut suka nak potong camne
serai dititik
kobis bunga
baby corn
tomato
daun limau purut
carrot
sotong
isi
ayam
udang
limau purut/asam keping/limau kasturi (ikut suka nak guna yg mana)
sos ikan thai (nampla)
garam/ajinomoto secukup rasa
Bahan² A tu blend skali. Kalo rasa nak pedas cili padi lebih sikit. Lada merah tu cuma nak bg warna merah. Halia tu pun tak yah banyak sgt cuma nak hilangkan bau hanyir soton/udang jek. Dah blend...apa lagi masuk jek dlm periuk, x yah tumis pon. Rebus lerr bersama² carrot, sbb dia masak paling lambat skali. Rasa dah didih tu masuk lerr ikut mana yg suka bahan² B tu. Saya tak brapa suka udang + sotong tu di rebus lama sgt sbb nanti bila air dia dah keluor, dia jadik kecut. Agak² dah alright rasa ler masin, masam, pedas. Kalau kurang tambah ler limau kerr..garam ker..oh lupa, masukkan nampla tu dulu sbb takut masin dah. Kalau rasa kurang masin bubuh garam lepas tu.
Petua: resepi kalau masak sekali x jadik, cuba lagi. lama² secara otomatik kita dah tau apa yg nak ditambah.
Nota : pada saya la....lengkuas tu yg bagi rasa pd kuah tomyam tu. kalo x caya bole cube resepi saya.
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
thx 4 that recipe
ReplyDelete