Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Mei 2013

Boleh pilih sebarang tarikh untuk bulan Mei 2013.

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Confirmed : 12 Mei utk kelas personal dengan Puan Farah - Kelas Tartlet dan Kelas Asas Deco Cupcakes - DONE

Confirmed : 8 Jun kelas personal utk Homemade Chocolates dengan Amira

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

Module yang anda boleh gabung dalam satu hari untuk kelas personal. Anda sendiri yang tetapkan tarikh yang sesuai.

Module 1
Kelas Kek Coklat Moist Versi Bakar(siap ganache dan hiasan) dan Kukus(dengan topping mudah) serta Brownies mudah - Yuran RM200


Module 2

Kelas Aneka Tartlets - Cheese Tart, Fruit Tart, Walnut Tart, Egg Tart - Yuran RM160

Module 3
Aneka Chaox Pastry - Cream Puff, Enclairs, Snowy Swan, Fruit/Tuna Basket
- Yuran RM160

Module 4
Kelas Puding dalam Loyang
- Yuran RM160

Module 5
Kelas Puding dalam Bekas Mini - Yuran RM160

Module 6
Kelas Bakul Pastri dan Tart Buah - Yuran RM250


Module 7
Kelas Asas Aneka Coklat - Yuran RM230

Module 8
Kelas Kek Red Velvet - Belajar 2 resepi berbeza - kek dan cuppies
Yuran - RM200

Module 9
Kelas Kuih Talam
Hands On 4 Resepi - Yuran RM160
Hands On 5 Resepi - Yuran RM180

Module 10
Kelas Aneka Kek Komersial - Kek Sponge, Kek Butter, Kek Coklat, Kek Lapis
Pandan , Kek Chiffon. Yuran - RM300

Module 11
Kelas Aneka Kek Keju Mudah - Kek Snowy Cheese, Kek Keju Bost(yg lain akan update)


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.

September 06, 2005

Kacang Goreng Berempah dan Dadih

Ok..............lagi resepi yang Chetam dah cuba.

Resepi kacang goreng berempah sumbangan dari Norehan dari ResepiNet tapi kalau tak silap Chetam, Norehan ada cakap yang beliau dapat resepi ni dari Restoren Pak Amir. Since feedback yang Chetam dapat dari suami tak berapa positif, sebalang besar kacang ni Chetam bawa balik kampung di Tepeng. So yang tinggal di rumah hanya bekas kecil saja. Bila kacang dah sikit, baru suami Chetam mengaku yang kacang ni sedap. Hem.........nak buat camner...... tapi Kak Tih (kakak Chetam) kat Tepeng dah siap pesan supaya buat kacang ni nanti untuk juadah Hari Raya. Resepinya seperti berikut :

KACANG GORENG BEREMPAH

1 KG KACANG TANAH
10 BIJI LADA KERING
10 ULAS BAWANG PUTIH
1/2 SUDU BESAR JINTAN MANIS
2 SUDU BESAR JINTAN PEDAS
2 SUDU BESAR GARAM
GULA 1 1/2 SENDUK
2 BIJI TELOR
4 SENDUK TEPUNG GANDUM

CARA-CARA
TUMBUKKAN LADA KERING BERSAMA BAWANG PUTIH. MASUKKAN KE DALAM KACANG DAN GAULKAN PERLAHAN-LAHAN SEHINGGA SEBATI. MASUKKAN GARAM, JINTAN MANIS, JINTAN PEDAS KE
DALAM ADUNAN TADI. KEMUDIAN MASUKKAN GULA PERLAHAN-LAHAN. JANGAN BAGI GULA TERSEBUT HANCUR. KEMUDIAN SEKALI MASUKKAN TEPUNG DAN TELUR. GAUL BIARLAH RATA. PANASKAN MINYAK DAN KEMUDIAN SENDUKKAN ADUNAN TERSEBUT LALU GORENG. KACAU PERLAHAN-LAHAN DENGAN API YANG SEDERHANA.

Nota : Utk jintan pedas tu, saya tukarkan ke jintan putih (ke sama jer ? ntah lah) yg pastinya mmg rangup dan sedap, cubalah....

Nota Kaki Chetam :
Kalau ikut resepi, Chetam masukkan telur baru tepung. Tapi kacang ni akan melekat. Bila digoreng, kita terpaksa kerja keras untuk asing kacang-kacang ni. Tapi Alhamdullilah sebab tepung memang tak tanggal dari kacang tu. Next time Chetam nak cuba masukkan tepung baru telur. Nak tengok gambar? Masih lagi dalam kamera. Masalah ngan kamera digital Chetam ni, entah sebab apa tak boleh upload masuk komputer. Selalunya tak der masalah.

Citer pasal Dadih pulak......Chetam buat separuh saja sebab bekas dadih tak cukup. Lagipun setahu Chetam, suami memang tak berkenan ngan dadih ni. Pengajaran yang paling penting yang Chetam dapat ialah.........baca resepi betul-betul. Kepala Chetam dok kata guna separuh pek serbuk agar-agar yang berat 25grm. Jenuh cari kat Billion...........yang ada serbuk agar-agar yang berat 90grm dan 9 grm kalau tak silap. Mana ada yang 25 grm. Rupanya nak agar-agar strip tu. Chetam cuma dapat 9 bekas dadih.

At the same time Chetam buat donut so jemput Kak Ti (another sister) in Bangi untuk makan sama-sama. Memang sedap dadih ni. Baby Chetam, Chenul pun suka makan. Sebelum tu suami dah cuba tapi dia letak balik.....dia tak lalu. Malam tadi cuma ada 2 je bekas yang tinggal dan suami Chetam buat permintaan suruh buat dadih ni lagi. Rupernya dia suka makan. Akhirnya, Chetam yang membebel kat suami............lain kali rasa dulu.......jangan terus cakap tak sedap la........tak lalu la.......hehehehe

Dadih sumbangan Zaini Mat Noh dr ResepiNet

½ pek agar- agar (daripada pek agar- agar 25gram)
1 liter susu segar
6 ½ gelas air
1 gelas gula
Secubit garam
2 sudu besar susu tepung

Cara- caranya
1. Agar-agar dan air dimasak hingga hancur dalam periuk.
2. Masukkan gula dan garam, biar hancur / sebati
3. Masukkan susu segar dan susu tepung ( terlebih dulu bancuh susu tepung dengan air, supaya tidak berketul)
4. Masukkan perasa strawberry,coklat atau lain-lain perisa, kacau sebati seketika kemudian angkat. (tak perlu dididihkan)
5. Tapis dan masukkan ke dalam acuan.

Nota Kaki Chetam :
Chetam buat perasa Yam/Keladi, Cappucino - Memang sedap. Tapi perasa jagung kureng sikit sedapnya.........baru Chetam perasan.....dadih yang suami Chetam rasa mula-mula tu perasa jagung. Patutla dia kata tak sedap. Malam tadi dia makan perasa Yam.

Cuba.............jangan tak cuba tau............

No comments:

Post a Comment