Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 05, 2005

Lagi resepi Cikgu Suria yang Chetam dah cuba - Donut










Resepi donut ni dari Cikgu Suria. Beliau lebih dikenali dengan panggilan SIFU. So next time, Chetam cakap SIFU.....semestinya ialah Cikgu Suria.

Resepi berikut telah diimprovised (ditambah atau dicantikkan oleh Arlina Umar dari ResepiNet)

DONUT(Suria)

Bahan A:
3 cawan tepung
3 tbsp tepung susu
3 tbsp shortening
- 3 tbsp gula pasir halus - saya biasa guna gula kaster

Bahan B:
200 ml air suam*
2 tsp instant yeast* -
20 ml air - sbg tambahan

Cara menyediakannya:
Bancuh bahan B*, masukkan ke dalam bahan A. Masukkan air tambahan. Uli 5 minit, terus terap atau buat bulat-bulat, letak cheddar cheese di tengah-tengahnya. (utk 1 cawan tepung, saya dapat 8 donut & saya guna sliced cheddar cheese; 1 keping bahagikan pada 4 @ 6 @ 8 bahagian - ikut sukalah ye..). Perap (selama lebih kurang ½ jam) then boleh goreng dengan api sederhana.

Nota:
1. Sekarang ni, saya serahkan bab menguli kat bread maker.. senang sangat!
2. Untuk cheese donut, coat dengan gula halus dah memadai.. Yang plain donut bolehlah coat dengan choc macam sifu kita buat tu.. Coat dengan gula halus pun ok jugak..

Gaul bahan A hingga rata. Ketepikan. Biarkan sejuk, coat dengan gula halus & hidangkan.

Nota Kaki Chetam :
Chetam tak pakai acuan donat. Chetam bentukkan macam bola jer. Yang pakai keju, beli keju Cheddar KRAFT yang slices tu.... bila donut ni baru lepas digoreng, keju kat dalam tu akan jadi cair......sedap makan wei......kalau dah lama sikit, keju akan kembali beku tapi donut ni tetap gebu. Gambar tak sempat ambik...hehehehe......Chetam tampal gambar dari Arlina sendiri. Donut Arlina ditabur coklat rice tapi donut Chetam ditabur kan rice yang berwarna warni.

No comments:

Post a Comment