Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 05, 2005

Seperti yang dijanjikan............

Assalamualaikum

Chetam dah janji nak postkan resepi Kek Carrot Moist kat Teratak Chetam ni. Chetam dah buat last 2 weeks dan bawa balik ke Tepen. Feedback dari kakak Chetam : Kak Tih dok perasan kata kek tu beli dari kedai. Kak Jang pulak siap tanya berapa harga nak jual....hehehehe. Kek ni memang sedap dimakan ngan frosting cream cheese. Since Chetam buat kek ni tengah malam, malas nak timbang gula, Chetam bantai pakai agak-agak guna cawan. So kek ni rasa kureng manis tapi dah elok sangat bila dah letak frosting. Since frosting cream cheese banyak lebih, Chetam belah kek kepada 2 dan letak cream cheese di tengah-tengah. Since ada lagi lebih, sebiji kek Chetam salut semua permukaan ngan cheese. Power giler.

Oklah.....Chetam tampalkan resepinya di sini.....lupa nak bagi tahu yang resepi ni disumbangkan oleh Cikgu Suria. Ada juga nota yang disertakan oleh Cikgu Suria.


Kek Carrot Moist

4 eggs ( separated)
1 1/2 cups corn oil or vegetable oil ( darurat minyak masak pun boleh)
150g fine granulated sugar ( gula halus like castor sugar)
150g brown sugar
1 1/2 cups lightly packed grated carrot

sift together
250g cake flour ( darurat tepung gandum pun jadi gak)
1 teaspoon mixed spice ( rempah kek)
1 1/2 teaspoon baking soda
1 teaspoon salt

100g chop walnut ( wajib ada baru sedap)

Method
1. in large mixing bowl beat egg yolks ( use egg whisk), then add oil, sugar, carrots and mix well, add in the walnut, lastly stir in dry ingredients, mix well using wooden spatula.
2. beat egg whites until stiff and fold into cake mixture
3. then bake at 180 c for 45 min ( actually depend on yr oven type)

tips: bila dah masak dan cucuk dgn lidi tengok betul2, kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak pada lidi means belum masak betul, kena betul2 licin lidi tu baru masak.

frosting ( ni wajib buat baru ngam dgn cake carrot)
120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar

beat all ingredients till light and fluffy ( raya baru ni terdesak terlupa baru balik mixer ke kg, guna tangan pun jadi gak, asked the boys to beat)

hiasan atas
boleh beli choc warna oren sebiji color carrot, dulu ada white and dark cooking choc now days ada macam2 color dah hijau, merah dan oren. sagat halus then tabur atas frosting tadi.
one more thing, carrot tu parut guna pemarut cheese, bukan parut kelapa yang berlubang-lubang tu.


Nota Kaki Chetam :
Chetam guna loyang aluminium bersaiz 11 x 3 1/2, so dapat 3 bekas. Chetam tak guna mixer letrik. Chetam rasa kalau pakai mixer, adunan kek mesti gebu dan dapat banyak sebab Cikgu Suria boleh dapat 4 bekas aluminium saiz 11 x 4. Anyway.....since coklat masak warna oren ni mahal sangat, Chetam parut jer coklat masak yang warna coklat....hehehe....Oh ya.....ikut cakap Cikgu Suria, boleh gantikan mixed spice ngan serbuk kulit kayu manis tapi jangan banyak sangat.

Gambar kek yang Chetam buat masih dalam kamera. Gambar di atas adalah gambar dari Cikgu Suria. InsyaAllah, Chetam akan uploadkan gambar kek Chetam dalam sedikit waktu nanti.


Gambar kek yang Chetam buat sendiri.

No comments:

Post a Comment