Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


August 25, 2005

Salam Teruja dari Chetam

Assalamualaikum Pengunjung Teratak Chetam

Kenapa Salam Teruja? Sebab Chetam rasa a bit excited hari ni. Chetam listkan di sini :
  • Baca dalam Harian Metro, jualan album kompilasi Mawi melebihi 40,000 keping......Huiyo.........itu baru World. Oh Ya!!! Selamat Ulang Tahun yang ke 24 untuk Mawi World. Semoga kecemerlangan Mawi akan berterusan.
  • Tengok email dari ResepiNet.....rupa-rupanya Moderator Diana dok promosi Blog Teratak Chetam ni. Thanks a lot. Sekiranya anda meminati bidang masakan dan nak berkongsi ilmu, jadilah ahli Resipi.Net, hantarkan email kosong ke resipinet-subscribe@yahoogroups.com. Sekiranya anda tak tahu memasak, jangan risau. Ramai sifu-sifu yang sedia membantu anda.
  • Juga dapat personal email from Moderator Diana - terungkai satu permasalahan.....thanks a million. You are such a dear person.
  • Dan yang paling teruja...........dapat invitation dari Puan Ann untuk join Forum WanitaMelayu.com. Dulu Chetam ahli Melayu.com tapi sekarang langsung tak dapat masuk laman web MDC. Baru tahu cerita rupernya MDC kena virus dan sekarang dah ada WMDC. Banyak ilmu yang Chetam dapat dari MDC....antaranya masakan, jahitan dan kraftangan. Terima kasih tak terhingga Chetam ucapkan pada Puan Ann. Sekiranya anda seorang Wanita dan ingin berkongsi kemahiran, masalah atau apa saja.....kunjungilahlah Forum WMDC di http://www.wanitamelayu.com

Oh Ya.....Chetam berjaga sampai pukul 2 pagi kerana mencuba 2 resepi sumbangan SIFU SURIA dan Puan Norehan dari Resepi.Net. Chetam akan postkan resepi dan gambar di lain ketika. Chetam nak kasi komen pun tak boleh sebab belum rasa lagi Carrot Moist Cake dan Kacang Berempah. Malam ni baru nak buat topping untuk kek tu.

Akhir Kata.............SeLAMAT HARI WANITA untuk semua insan yang bergelar WANITA.

No comments:

Post a Comment