Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


September 30, 2005

BISKUT MAKMUR TABURAN sumbangan Diana ResepiNet



Bahan A - Doh
160 gram mentega lembut
100 gram Crisco putih
1 biji telur kecil
80 gram gula powder
1 sudu teh serbuk vanilla
1/2 sudu teh emplex
400 gram tepung Hong Kong, diayak
60 gram tepung custard

Bahan B - Inti
150 gram kacang gajus, dibakar dan dikisar kasar
180 gram gula powder
60 gram mentega lembut

Bahan C - Tabur
190 gram kacang gajus, dibakar dan dikisar
200 gram gula kaster

Cara untuk Bahan A
Pukul dengan "K" beater mentega, gula, telur, Crisco, emplex dan vanilla. Apabila rata masukkan tepung Hong Kong dan custard. Pukul lagi sehingga rata dan perap selama 10 minit. Kemudian ambil 30 gram atau 40 gram doh dan dileperkan. Isikan dengan Bahan B dan sepit diatas bentuk daun, kemudian atur dalam dulang biskut dan bakar dengan kepanasan 150 darjah C selama 25 - 30 minit. Setelah masak tabur rata dengan bahan C.

Cara untuk Bahan B
Gaul rata semua Bahan B sehingga sebati. Perap selama 10 minit. Ambil sedikit adunan dan bentukkan mengikut kecil besarnya biskut yang hendak dibuat.

Cara untuk Bahan C
Gaul rata semua Bahan C yang diperlukan untuk menabur biskut yang baru dimasak.

Sumber: Juriah Abdullah
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment