Chetam sertakan di sini resepi istimewa daripada pak Amir sendiri.
"Quote"
Assalamu'alaikum wr.wb.
Salam sejahtera buat seluruh netters,
Terima kasih kerana mengingatkan Pak Amir akan resipi Nasi Ayam Hainam, dah lama Pak Amir janjikan tetapi disebabkan kesibukan seharian, hampir Pak Amir lupa akan perkara itu.
Beginilah....resipi Nasi Ayam Hainam ( Hoi Lam Kai-Fan ) sebenarnya berasal dari China, daerah Hainam ( Hoi Lam in kantonis ) dan hanya nasi ayam daripada mereka sahaja yang diiktirah paling enak ( the best chicken rice ).
Bagaimanakah yang dimaksud dengan Nasi Ayam Hainam, Pak Amir pernah terangkan keenakkannya sebelum ini, iaitu hasil cara masakan ayam mereka adalah begitu lembut sehingga boleh ditelan begitu sahaja...tertamatlah licin sekali.
Pak Amir pernah beritahu bahawa Nasi Ayam Hainam yang paling penting adalah had AYAM dia. Justeru itu, netters boleh rujuk mana-mana resipi nasi ayam yang dirasakan sedap tetapi had menyediakan ayam ikut peraturan seperti yang Pak Amir terangkan ini. Sesungguhnya tidak ramai yang mengetahui cara sebenar menyediakan Nasi Ayam Hainam walaupun kebanyakkan kaum cina membuka kedai dan restoran berniaga Nasi Ayam Hainam, namun itu bukan Nasi Ayam Hanam yang original...
NASI AYAM HAINAM ORIGINAL
========================
Cara penyediaan ayam rebus :
1. Seekor ayam dibersihkan / basuk dengan air garam sekali lalu secara keseluruhan, jangan dipotong.
2. Masak air dalam periuk besar sehingga didih, sebaik sahaja air sudah masak dan mendidih, masukkan ayam seekor tadi ke dalam periuk dan tutup tudungnya dan padamkan api selama 5 minit.
3. Selepas itu, keluarkan ayam tadi dan masak air itu semula sampai didih, lepas itu masukkan ayam itu sekali lagi ke dalam periuk dan tutup tudungnya, padamkan api terus selama beberapa minit lagi...
4. Proses ini diulang banyak kali sehingga ayam masak. Cara mengetahui ayam itu masak atau tidak ialah dengan cara cucuk garpu atau benda tajam pada bahagian peha ayam, jika tiada darah keluar dan tidak melekat maka ayam itu BETUL-BETUL masak / Just nice....jangan masak lagi nanti over cook dah tidak lagi namanya Nasi Ayam Hainam.
Sememangnya sukar menyediakan juadah ini sebab banyak kerja...nak melayan rebus ayam itu dah lebih sejam mahunya...itu sebab para peniaga tidak mungkin menyediakan nasi ayam mereka dengan cara ini, tetapi hasilnya adalah sangat berlainan. Kulit ayamnya just nice dan sungguh lembuh dan licin....tambahan pula bila dihidang dengan sedikit minyak bijan dilapek dengan beberapa keping timun nipis serta daud salad, maka terduduk diamlah abang-abang perut buncit kat rumah tu selepas pekana dengannya !
Pak Amir teruskan sedikit penyediaan nasi dan hidangan ayam lagi....hasil rebusan air ayam ( dah jadi sup sekarang ) tadi akan digunakan untuk memasak nasi. As per rempahnya terpulang sebab ada yang menggunakan bawang putih dan halia pelbagai bahan lagi, itu ikut cita rasa masing-masing, yang pasti yang teralu banyak rempah sampai macam jadi nasi minya sudah. Yang paling simple ialah kuah sup dimasak nasi dan dicampurkan sedikit planta ke dalam nasi tersebut...sebab nak secucuk dengan ayam rebus tadi....masak nasi sampai masak. Kaum melayu masak nasi ayam amat berbeza jika dibandingkan dengan kaum cina masak nasi ayam ( maknanya nasi sahaja ), kaum melayu masak nasi ayam dengan banyak bahan hasilnya nasi itu enak dan kuah rasa, manakala nasi ayam cara kaun cina masak amat simple sebab dia nak pekana dengan ayam rebus tadi...asalkan nasinya gerpu sudah, yang paling penting ayam rebus itu sendiri.
Selepas nasi dah siap, kita pergi ke hidangan ayam rebus tadi. Ayam dipotong seperti kedai buat tapi seeloknya asingkan tulang, ianya amat mudah dilakukan. Pakai pisau dan potong tapi JANGAN katuk-katuk macam kedia buat, ingat sebab ayam cara kita sekarang amat lembut dan kalau dikatuk maka buruk kelihatannya nanti...malahan kulit pun tanggal dan tidak kelihatan menarik. Makan ayam rebus style Hainam perlu dimakan bersama kulit ayam itu sendiri....itu nikmat namanya !
Selepas ayam dipotong, ambil piring dan lapek dengan kepinang timun dulu. Timun dipotong senget memanjang dan bukan bulat. Cara potong timun menjejaskan mod " gigit " dan seterusnya tidak sedap dimakan...tidak terlalu nipis yer ! Selepas itu ayam dipotong tadi letak atas timun tadi, di bahagian atas ayam pula ada daun bawang dipotong pemanjang lebih kurang 2 inci, dan dari situ daun bawang itu hiris-hiris lagi seperti yang kat hotel buat tu...itu sangan penting, taborlah atas permukaan ayam rebus itu biar banyak tidak apa...akhir sekali siram sesudu dua soya sos ( kicap cair ) dan masukkan beberapa titik minat bijan ( jangan terlalu banyak nanti muak ).
Sup yang digunakan untuk masak nasi tadi jangan habiskan, simpan untuk buat sup bila masan bersama nasi, didihkannya dan masukkan sedikit ajinomoto dan daun sup dipotong halus ditaborkan ke atasnya....penggunakan ajinomoto pada hari ini sangat biasa dan terus terang Pak Amir katakan masakan tanpa ajinomoto maka masakan itu tidak akan jadi enak....sedikit pun memadai dan kita tidak perlu segan jika masak menggunakan ajinomoto...we need it actually !
Mengenai sos cili pula, Pak Amir pernah siarkannya dahulu...bahan-bahannya cili basah, dan banyak halia serta sedikit bawang putih, blander dengan sedikit air dan sebelum hidang masukkan jus limau lipis....powerrrrr....aaaa...cuba dulu tau jangan tengok simple saja yer !!! Bilangan cili basah sama dengan bilangan kandungan halia muda...hasilnya cili ini padat dan tidak cair.
Emmmmm...siap Nasi Ayam Hainam Original dari Restoran Pak Amir, apa tunggu lagi, mula ler hidangkan sahajalah, jangan malu-malu dengan Pak Amir yer...boleh juga potong cabai burung dengan soya sos dan makan bersama...selepas makan memang terangkat seluruh anggota tubuh badan...Abang-abang kat rumah tu lepas makan jangan cepat nak melepak, cuci pinggan dan mangkuk sup yang besaq tu dulu...haaaaa !!!
Dahhh...Pak Amir dah melilir air liuh dah nih !
Satu lagi resipi-maut di Restoran Pak-Amir.
Sekian, selamat menjamu selera dan selamat dihidangkan untuk berbuka puasa nanti.
Wassalam,
Pak Amir Pak Dollah.
"UnQuote"
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
brape kali nak rebus ayam ni?? kalau lebih 5 kali, bleh jadi over cook ker??
ReplyDeleteSaya br mencuba antara resepi nasi ayam paling simple...leceh part nk rebus ayam tu je...tq pokcik for d resepi...
ReplyDeleteSaya blum try lg tp mcm best je.restoran pak amir kt mana ye?biasa mkn ns ayam kt kdai cina muslim.mmg best rasanya.kalau boleh saya nk belajar sendiri dgn pak amir.
ReplyDelete