Opps....Chetam dah belek email betul-betul.......confirm that fmr_69 dan fajar_razak adalah orang sama.
"Quote"
Kepada yang meminta resipi Kek Kukus, ini dia. Saya namakan kek ni kerana telah 'dirombak' 4 kali dan ianya pencetus rezeki bagi saya, (peniaga musiman). Cubalah kalau ada persoalan sila ajukan.
KEK KUKUS REZEKI
1 tin butter cap tong (16 oz)
600g tepung gandum - ayak
1 kotak fruit mix (Big Sister) - ayak dengan sedikit tepung
1 camca teh serbuk buah pala - ayak bersama tepung
2 camca teh rata bicarbonate of soda - ayak
2 camca teh rata cream of tartar - ayak
2 sudu teh baking powder - ayak
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh esen limau
5 telur besar
380g gula halus
190g gula kasar - buat gula hangus
Cara: Pukul telur & gula hingga kembang, masuk butter, pukul lagi.
Masuk baking, cream of tartar, bicarbonate soda, vanilla, esen limau, pukul rata. Masuk pula tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata-rata. Masuk fruit mix dan gaul lagi. Akhir sekali masuk gula hangus, kacau rata-rata. Tin 10x10 dialas kertas dan dilengser mentega. Tuang adunan kek, ratakan, tutup dengan aluminium foil. Kukus 4 jam, kalau nak lagi sedap dan tahan, kukus 5 jam. Air kukusan mesti mendidih sebelum masuk kek. Jangan dibuka 1 jam pertama, sesudah itu ditambah air panas setiap 1 atau 2 jam, sentiasa lap air ditudung kukusan.
Gula hangus : Masukkan gula kasar dalam periuk dan panaskan atas api perlahan hingga coklat, tuang 2 sudu besar air suam, kacau cepat-cepat dan hati-hati sebab gula akan terperecik. Tuang cepat ke dalam adunan tepung yg dah ada fruit mix. Gaul cepat dan ratakan gula hangus tu sebelum ia mengeras.
Selamat mencuba. Semuga kek ini pencetus rezeki pada saudara-saudaraku yg lain. TANPA IMAN, TIADA AMAN.
Tips dari Fajar :
Pertama :
Sebenarnya mix fruit tu diayak dengan sedikit tepung (2-3 sudu besar - jgn ambil tepung yg 600g tu, ambil yg lain). Ini untuk elakkan dari mix fruit tu berat dan mendak ke bawah adunan bila dikukus. Ada orang suka jemur, terpulanglah. Mix fruit tu kalau ada yg besar, potonglah kecil sedikit supaya nampak cantik sikit. Kalau ada masa lapang, cubalah.
Kedua :
Aluminium foil tu ditutup pada permukaan mulut tin. Jangan tuang adunan terlalu penuh, cukup sekadar setengan tin kerana kek akan naik dan bahagian atasnya akan melekat pada aluminium foil nanti. Ada orang suka menggunakan plastik, terpulanglah mana yg elok.
Ketiga :
Saya tak pasti masanya untuk memukul telur dan gula, selalu saya pukul sehingga adunan tu berbuih dan naik 2 x ganda dari asalnya. Mentega tak payah dikembangkan.
Keempat :
Kalau nak warnanya gelap sikit, waktu masak gula hangus tu, biarkan sedikit coklat tapi jangan gelap sangat nanti rasa hangit pulak. Kemudian barulah dituang sedikit air. Kena hati2 jangan terpercik tangan sudahlah.
Kelima :
Gula hangus tu memang cepat mengeras, jadi kena handle betul-betul. Ada orang kata kena buat 2 orang satu tuang, satu gaul cepat2. Tapi mana nak cari orang, anak semua kecil2, kenalah buat sorang-sorang.
Bila saya masak gula hangus tu, nampak gulanya dah bertukar coklat, letakkan 2 sudu besar air biasa, kacau rata cepat2, terus masuk dalam adunan sebelah tangan, sebelah tangan lagi siap pegang senduk dan gaul cepat-cepat. Penatlah sikit. Make sure kalau anda sedang dalam keadaan berdiri, dekatkan besin tu dekat dgn badan anda, supaya dapat menahan besin tu bila kita tengah kacau cepat2. Don't worry sangat kalau ada yg tak sempat tergaul rata. Nanti dia akan cair waktu dikukus.
Keenam : (Jawapan utk soalan ngapa buah jatuh ke bawah.)
Setahu saya 1) buah2an tu digaul dgn tepung atau dijemur supaya ianya tak basah, ini sebabnya ia berat dan mendak ke bawah. 2) Air kukusan mesti mendidih waktu nak masuk kek, 3) acuan jangan terhentak, ya. Kalau air kukusan tak cukup panas, buah2an akan mendak ke bawah. 'Steam' dari air panas tu menolak naik buah-buahan, ia tak can nak duk di bawah. Lagi satu perkara, 4) selalu masuk buah2an 2nd last kemudian gula hangus dan cepat2 gaul dan masuk dalam acuan, tutup aluminium foil, dan kukus. 5) Tambah air panas mendidih setiap 1 atau 2 jam.
Jangan putus asa, saya buat kek ni hingga 4 kali baru menjadi. Sebabnya orang yg beri resipi tu tak beri betul-betul, dia tak nak I lagi pandai dari dia. MasyaAllah, bukan boleh bawak ke kubur benda ni semua. I ubahsuai resipinya dengan minta komen dari emak saya apa yg kurang pada kek kukus saya tu. Alhamdulillah berkat tak putus asa menjadilah kek saya. Orang yg beri saya resipi tu ingat saya buat keknya menjadi, saya berterus terang padanya saya buat tak jadi, tapi saya telah ubah suai kannya 4 kali baru jadi. Tercengang dia kejap! .... Pada netters2 tu berilah resipi yg betul2, kesiankan lah orang yg belum pandai buat.
"UnQuote"
No comments:
Post a Comment