Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Mei 2013

Boleh pilih sebarang tarikh untuk bulan Mei 2013.

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Confirmed : 12 Mei utk kelas personal dengan Puan Farah - Kelas Tartlet dan Kelas Asas Deco Cupcakes - DONE

Confirmed : 8 Jun kelas personal utk Homemade Chocolates dengan Amira

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

Module yang anda boleh gabung dalam satu hari untuk kelas personal. Anda sendiri yang tetapkan tarikh yang sesuai.

Module 1
Kelas Kek Coklat Moist Versi Bakar(siap ganache dan hiasan) dan Kukus(dengan topping mudah) serta Brownies mudah - Yuran RM200


Module 2

Kelas Aneka Tartlets - Cheese Tart, Fruit Tart, Walnut Tart, Egg Tart - Yuran RM160

Module 3
Aneka Chaox Pastry - Cream Puff, Enclairs, Snowy Swan, Fruit/Tuna Basket
- Yuran RM160

Module 4
Kelas Puding dalam Loyang
- Yuran RM160

Module 5
Kelas Puding dalam Bekas Mini - Yuran RM160

Module 6
Kelas Bakul Pastri dan Tart Buah - Yuran RM250


Module 7
Kelas Asas Aneka Coklat - Yuran RM230

Module 8
Kelas Kek Red Velvet - Belajar 2 resepi berbeza - kek dan cuppies
Yuran - RM200

Module 9
Kelas Kuih Talam
Hands On 4 Resepi - Yuran RM160
Hands On 5 Resepi - Yuran RM180

Module 10
Kelas Aneka Kek Komersial - Kek Sponge, Kek Butter, Kek Coklat, Kek Lapis
Pandan , Kek Chiffon. Yuran - RM300

Module 11
Kelas Aneka Kek Keju Mudah - Kek Snowy Cheese, Kek Keju Bost(yg lain akan update)


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.

July 21, 2005

Koleksi Kek Keju Bergambar Sumbangan Diana dari ResepiNet

Berikut adalah resepi-resepi Kek Keju sumbangan Diana(ResepiNet). Chetam memang tabik spring ngan Diana ni.....rajin bebetul mencuba resepi dan tak lokek berkongsi ilmu. Tanya apa saja dalam ResepiNet, InsyaAllah Diana akan cuba menjawap.

BAKED PEACH YOGHURT CHEESE CAKE
Bahan untuk Kek Span Vanilla
(A)
160 gram gula
15 gram ovalette
(B)
5 biji telur
125 gram tepung
1 sudu teh baking powder
(C)
40 ml air
(D)
75 gram mentega, dicairkan

Cara untuk Inti
(A)
500 gram krim keju
50 gram gula
50 gram mentega
(B)
50 gram tepung gandum
(C)
1 biji telur
3 biji kuning telur
(D)
150 gram yoghurt
(E)
3 biji putih telur
70 gram gula
secubit rasa garam(Jangan terlalu memutar Bahan E)
(F)
300 gram kepingan buah peach

Cara untuk Kek Span Vanilla
1. Masukkan (A) ke dalam mangkuk pengadun dan pukul sehingga sebati.
2. Campurkan (B) dan pukul sehingga pekat.
3. Masukkan (C) dan pukul adunan tadi sehingga lembut dan gebu.
4. Masukkan (D) dan gaul adunan sehingga sebati. Tuang ke dalam acuan bulat berukuran 9". Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit. Setelah dibakar, keluarkan kek daripada acuan serta merta.

Cara untuk menyediakan kek
1. Putar (A) sehingga lembut dan gebu.
2. Campur (B) dan adun sehingga sebati.
3. Tambah (C) dan pukul hingga tidak berbintil-bintil.
4. Campur (D) dan gaul rata-rata.
5. Pukul (E) sehingga pekat. Campur adunan tadi dan gaul hingga sebati.
6. Letak selapis kek span vanilla ke dalam acuan bulat 9". Susun kepingan pic di permukaan.
7. Tuang adunan keju ke atas. Letakkannya di dalam dulang pembakar yang diisi dengan air. Bakar pada suhu 160 darjah C selaam 60 minit dalam air suam. Selepas dibakar boleh ayak gula aising diatas kek sebagai hiasan dan siap untuk dihidang.
Nota: Jika menggunakan loyang springform hendaklah dialaskan kertas aluminium foil bila hendak diletakkan dalam dulang pembakar yang berisi air kerana loyang springform akan meresap air jika tidak guna foil.

BAKED MARBLE CHEESECAKE

Bahan-bahannya
(A)
500 gram krim keju
50 gram gula
(B)
230 gram whipped topping cream
(C)
5 biji kuning telur
(D)
120 gram tepung gandum
(E)
parutan kulit 1 bji lemon
(F)
5 biji putih telur
120 gram gula
1 sudu jus limau
(G)
50 gram coklat
1 sudu besar susu

Cara-caranya
1. Putar (A) sehingga lembut dan gebu.
2. Campur (B) dan putar hingga tidak berbintil-bintil.
3. Tambah (C) dan putar hingga sebati.
4. Campur (D) dan (E). Kacau sehingga sebati dan ketepikan sebentar.
5. Pukul putih telur di (F) sehingga kembang. Tambah bahan-bahan ramuan lain dan terus memukul hingga kembang.
6. Adun adunan putih telur dengan keju dengan sempurna.
7. Cairkan coklat di (G). Campurkan susu ke dalam dan adun dengan 200 gram adunan keju sehingga sebati.
8. Sapukan minyak dan alaskan kertas minyak di acuan. Tuang 1/3 daripada inti keju biasa ke dalam acuan. Tuang inti coklat keju ke atas. Tuang lagi baki inti keju biasa di kedua-dua lapisan.
9. Masukkan baki coklat keju ke dalam beg paiping kertas dan paipkan garisan lurus di permukaan. Guna lidi untuk membuat garisan bengkang bengkok di permukaan.
10. Letakkan di dalam dulang pembakar yang diisi dengan air. Bakar pada suhu 150 darjah C selama 90 minit.
Nota: Jika adunan putih telur di (F) adalah terlalu pekat, ia kurang mengadun sebati dengan krim keju. Jika ketuhar terlalu panas atau terlalu lama membakar kek, ia boleh senang retak.

BLUEBERRY CHEESECAKE
Bahan-bahannya
Sediakan kek span vanilla bulat nipis berukuran 10"(sila rujuk kepada resipi yang telah diberikan)
(A)
500 gram krim keju
110 gram gula
(B)
40 gram tepung gandum
(C)
3 biji kuning telur
1 biji telur
(D)
400 ml tairu
(E)
3 biji putih telur
75 gram gula
(F)
30 gram tepung jagung
(G)
350 gram blueberry pie filling

Cara-caranya
1. Putar (A) sehingga lembut. Tambah ke dalam (B) dan adun hingga sebati.
2. Campur (C) dan putar sehingga lembut dan tidak berbintil-bintil.
3. Campur (D) dan adun hingga rata.
4. Pukul (E) sehingga pekat. Tambah (F) dan adunkan. Tambah ke atas adunan keju dan gaul hingga sebati.
5. Sapukan minyak dan alaskan dengan kertas minyak pada tin kek bulat berukuran 10". Letakkan lapisan nipis kek span vanilla ke bahagian dasar.
6. Tuangkan adunan keju. Campurkan blueberry pie filling ke ats dan tuang baki adunan keju ke atas. (*Blueberry pie filling adalah pilihan sahaja boleh digantikan ikut citarasa anda).
7. Letakkan di dalam dulang pembakar yang diisi dengan air. Bakar pada suhu 150 darjah C selama 90 minit.
8. Biarkan ia sejuk. Simpan dalam peti sejuk untuk semalaman.
9. Keluarkan kek daripada acuan. Hiasi dengan blueberry pie filling diatas dan ratakan. Siap untuk dihidang.
Nota: Bila mencampur tairu, jangan terlampau memukul. Begitu juga, jangan terlampau memutar adunan putih telur. Jika menggunakan loyang springform hendaklah dialaskan kertas aluminium foil bila hendak diletakkan dalam dulang pembakar yang berisi air kerana loyang springform akan meresap air jika tidak guna foil.

BOSTON CHEESE CAKE

Bahan-bahannya
Sediakan kek span vanilla berukuran 20 mm tebal(sila rujuk kepada resipi yang telah diberikan)
(A)
150 ml susu segar
20 gram gula
3 biji kuning telur
20 gram tepung jagung
(B)
250 gram krim keju
(C)
parutan 1/2 biji kulit lemon
130 ml krim putar
(D)
2 sudu besar tepung gandum
60 gram kismis
(E)
3 biji putih telur
60 gram gula
1 sudu teh jus perahan lemon

Cara-caranya
1. Didihkan 100 ml susu dengan gula dari (A). Campurkan kesemua baki bahan seperti susu, kuning telur dan tepung jagung dan adun. Terus memasak sehingga ia pekat. Biar ia sejuk. Ketepikan sebentar.
2. Pukul krim keju sehingga lembut dan tidak berbintil-bintil. Tambah ke (A) yang sudah sejuk. Adun sehingga sempurna.
3. Campur (C) dan gaul hingga sebati.
4. Campur (D) dan pukul hingga rata.
5. Putar putih telur di (E) hingga berbuih. Tambah gula dan jus lemon. Terus memukul hingga pekat. Kemudian tambah adunan keju dan adun.
6. Alas kertas minyak di dasar dan tepi acuan bulat 9".
7. Letakkan kek span di dasar dan tuang adunan keju ke dalamnya.
8. Letakkan di dalam dulang pembakar yang diisi dengan air. Bakar pada suhu 150 darjah C selama 2 jam atau bahagian tengah sudah masak dan permukaan bertukar menjadi kuning keemasan. Keluarkan kek daripada ketuhar dan keluarkan kek daripada acuan segera. Siap dihidang.
Nota: Jangan terlalu memutar adunan putih telur cukup sehingga ia berbuih.

1 comment: