Okay........resepi-resepi yang berkaitan dengan durian.
DURIAN DELIGHT CHEESECAKE dari Diana ResepiNet
Bahan-bahannya
150 gram mentega
1/4 cawan gula kaster
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan hirisan badam yang telah dipanggang
Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur, tepung dan badam dan gaul rata. Sejukkan adunan di dalam peti sejuk selama sejam.
2. Tekan adunan doh ke dasar loyang springform ukuran 22cm. Letakkan atas doh aluminium foil dan isikan dengan beras/ kekacang supaya doh tidak mengelembung sewaktu dibakar. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit. Ketepikan untuk disejukkan. Aluminium foil dan kekacang yang digunakan boleh dibuang.
Bahan untuk Inti
900 gram keju krim (cream cheese)
1/2 cawan krim masam atau yoghurt
3/4 cawan madu1 sudu besar gula kaster
4 biji telur, diasingkan kuning dan putih
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan isi durian
1 sudu besar esen vanilla
serbuk gula untuk diayak
Cara-caranya
1. Menggunakan mesin pengadun, pukul krim keju dan krim masam sehingga sebati dan licin. Masukkan madu dan gula.
2. Masukkan kuning telur satu persatu, dipukul sehingga sebati. Gunakan spatula untuk adunan yang melekat ditepi bekas.
3. Masukkan susu segar, isi durian dan esen vanilla dan pukul hingga sebati.
4. Dalam bekas yang berasingan, pukul putih telur sehingga putih dan kaku dan tuangkan kedalam adunan krim keju dan gaul rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam doh yang telah disejukkan tadi dan bakar selama 45 minit pada suhu 175 darjah C. Apabila sudah masak, matikan panas ketuhar dan buka pintu ketuhar sedikit dan biarkan cheesecake sejuk didalam oven selama 1-2 jam. Ini untuk mengelakkan cheesecake dari merekah.
6. Bila cheesecake sudah sejuk betul, boleh ayak serbuk gula diatasnya sewaktu menghidang.
Nota: Adakala isi durian agak manis, jadi boleh kurangkan madu kepada 1/2 cawan.
REVIEW DARI DIANA - Cheesecake ini untuk anda yang meminati durian.... Cheesecake ini memang hit dikalangan ahli keluarga Diana... Beri rating 7 dari 10.. Pada pendapat saya rasa durian manis tapi ibu bapa dan adik saya kata sedap, manisnya sederhana... mungkin saya ni tak kuat manis... Texturenya ringan dan berkrim... sedap untuk dicuba...
DURIAN BUTTER CAKE dari Diana ResepiNet
Bahan-bahannya
(A)
120 gram isi durian
60 ml susu
40 gram tepung
(B)
250 gram mentega
220 gram gula
(C)
5 biji telur
(D)
200 gram tepung
50 gram serbuk kastard
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh soda bikarbonat
Cara-caranya
1. Masukkan isi durian dan susu ke dalam alat pengisar dan kisar sehingga licin. Tambah tepung dari (A) dan kisar hingga sebati.
2. Putar (B) sehingga lembut dan gebu.
3. Campur (C) ke dalam (B) yang sudah diputar. Putar lagi sehingga lembut dan tidak berbintil-bintil.
4. Tampah (A) dan gaul sebati.
5. Campur (D) dan adun sehingga sebati dan rata.
6. Tuang adunan ke dalam tin roti bantal atau acuan bulat berukuran 10"7. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 50 minit.
DURIAN MOUSSE CAKE dari Diana ResepiNet
Bahan-bahannya
Sediakan kek span vanilla bulat berukuran 9" (sila rujuk kepada resipi yang telah diberikan)
Pes Durian
(A)
200 gram durian puree
60 gram gula
120 ml air
(B)
3 sudu besar serbuk gelatin
6 sudu besar air
(C)
160 gram whipped cream (krim putar)
Perhiasan
150 gram whipped cream (krim putar)
Cara-caranya
1. Didihkan (A).
2. Campur (B) dan caikan dengan mereneh. Tambah (B) ke dalam (A) dan gaul hingga sebati. Biarkan ia sejuk.
3. Sediakan 60 gram adunan durian dan campur dengan (C) dan gaul rata-rata.
4. Potong kek span vanilla kepada 3 lapisan mendatar dan tangkup dengan adunan krim durian. Simpan dalam peti sejuk sehingga keras.
5. Sapukan kek dengan krim putar.
6. Baki adunan durian perlu dilembutkan dengan mereneh. Tuang ke atas kek dan ratakan. Biar ia menitis di bahagian tepi. Hiaskan sebagaimana yang ditunjuk di gambar dan siap untuk dihidang.
Kandi Durian dari Kak Chek MealTimeMenus
Koleksi Che Wan Fatimah
1 biji kelapa
1 tin susu pekat
400 gm gula pasir
10 ulas isi durian
sedikit mentega dan pewarna kuning.
Cara membuatnya:
Kelapa dibuang kulit arinya dan diparut memanjang. Masukkan gula, susu pekat, isi durian dan sedikit pewarna kuning ke dalam kuali dan dimasak di atas api yang sederhana, sambil dikacau terus menerus. Setelah gula hancur masukkan kelapa parut.Masaklah dan kacau tanpa henti agar tidak hangus. Apabila kelihatan kental dan tidak melekat di kuali bolehlah diangkat. Dalam keadaan yang masih panas-panas lagi masukkan masakan ini ke dalam dulang acuan yang telah disapu sedikit mentega.Tekan sampai rata. Kemudian dengan sepantan itu potongkan masakan tadi jadi kepingan persegi semasa ia masih hangat dan asingkan untuk dihidangkan apabila sudah sejuk.
Durian Goreng Rangup dari Norazie ResepiNet
1 biji durian diambil isi
2 sb tepung jagung
gula secukup rasa
- masak hingga agak likat - jgn terlalu pekat..
kulit popia size kecil
tepung tempura
Masak isi durian dan sejukkan. Masukkan inti durian ke dlm kulit popia. Bungkus 4 segi dan matikan dgn telur atau pes tepung. Setelah siap, panaskan minyak dlm kuali. Celupkan popia yg siap tadi ke dlm tepung tempura. Goreng hingga kuning & rangup. Hidang panas. Jaga2 inti durian boleh melepuhkan mulut bila tengah panas..hati2.
* tepung tempura bukan yg utk goreng udang..nanti lain lak rasa.
KEK DURIAN 1 dari Anisadlina ResepiNet
6 auns tepung naik sendiri
6 auns mentega
5 auns gula halus
4 auns isi durian - dilenyek4 kuning telur
4 putih telur - dipukul hingga kembang/keras (stiff froth)
1/2 sudu teh ovalette (yang ni saya modify - tahun 60an dulu rasanya takde kot benda ni)
Cara
1.Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2.Masukkan kuning telur satu persatu & pukul rata selepas setiapsatu.
3.Masukkan isi durian yang telah dilenyek halus. Pukul rata.
4.Kaup masuk telur putih dengan perlahan sehingga rata.
5.Kaup masuk tepung naik sendiri dengan perlahan sehingga rata.
6.Bakar pada suhu 350 Farenheit dalam acuan yang telah dilengser mentega selama 1 jam atau sehingga kek masak.
7.Sejukkan atas redai kek sebelum dihidang.
Durian Cake 2 dari Jaslin OnTheMenus
2 cwn tepung gandum diayak
1 cwn mentega pada suhu bilik
1 cwn gula halus
3 telur Gred A - asingkan kuning/putih
1 cawan isi durian yang dilenyek
Caranya:
1) Campur secubit garam halus pada putih telur dan pukul pada kadar tinggi hingga penuh berbuih. Ketepikan.
2) Pukul mentega & gula hingga kembang dan bertukar putih.
3) Masukkan kuning telur satu per satu sambil pukul adunan.
4) Campurkan durian dan balikkan ke dalam adunan hingga sekata.
5) Masukkan tepung ke dalam adunan sikit demi sikit.
6) Kaupkan buih putih telur dan balikkan ke dalam adunan.
7) Lebihan putih telur boleh diputarkan hingga berbuih, kaup dan balikkan ke dalam adunan.
8) Sapukan sedikit mentega dan taburkan tepung pada acuan sebelum bakar adunan.
9) Bakar pada suhu 160 darjah Celcius selama 50 - 60 minit.
10) Cucuk kek dengan lidi sate jika nak tahu kek masak.
Petua penting:
1) Jangan selalu buka tutup pintu oven sebelum 40 minit kek dibakar. Nanti kek jadi terencat.
2) Acuan yang paling baik ialah yang berlubang di tengahnya.
KEK DURIAN 3 oleh Khariah ResepiNet
1 ½ Cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
125g mentega (250g mentega bahagi 2)
½ cawan isi durian (dilenyek)4 biji kuning telur
4 biji putih telur (dipukul hingga kembang)
½ sudu kecil baking powder
Cara membuatnya:
Pukul gula dan mentega hingga kembang.Masukkan kuning telur satu persatu.Masukkan isi durian yang telah dilenyek.Masukkan putih telur yang telah dipukul sedikit demi sedikit.Masukkan tepung yang telah dicampur baking powder.Setelah digaul sebati bakar selama 1 jam.
Lempok Durian dari Wan Noraniah Restoren Pak Amir
Lempok durian nie mudah sangat-sangat.
Buah durian (ikut suka beberapa biji)
santan - kalau durian dalam 3@4 biji (besar) santannya hampir 1kilo
gula pasir - ikut citarasa
Asingkan isi dari bijinya tetapi tinggalkan 1 ulas yg tidak dibuang bijinya bertujuan untuk jadi panduan lempok kita tue dah masak ke belum kemudian masukkan kesemua bahan tadi dalam kuali seeloknya kuali tembaga lepas tu kacau sampai masak macam dodol.Nak tahu dah masak ke belom tengok pada biji yang dimasukkan sekali tadi kalau dah tak ada isi yang melekat dan nampak macam berminyak maksudnya dah masaklah tuuuuu.....
Ohya! api semasa memasak jangan besar sangat takut nanti hangit
Lempok Durian dari KhusnaAhmad Restoren Pak Amir
Resepi lempok durian yang selalu I buat. Lempok durian ni boleh disimpan lama. Kalau takde musim durian, kalau nak buat kuih serimuka durian ke, kuih-kuih lain, wajik ke, boleh la guna lempok ni untuk perasa durian. Senang je. Bahan-bahannya terpulang pada kita banyak mana sukatannya. Kalau nak lemak dan manis, lebihkan santan dan gulanya.
Isi durian
Santan
Gula
Daun pandan
Isi durian tu dihancurkan, campurkan santan, daun pandan dan gula. Masak dan kacau dalam kuali sampai isinya kental macam dodol tu, tak melekat di tangan (berminyak sikit). Siap.
Nasi Durian dari Sabrina Bakar Restoren Pak Amir
Sepinggan nasi
5-6 ulas durian
gula secukup rasa
air garam secukup rasa
air suam kuku / air biasa pun boleh
Ramaskan kesemua bahan di atas sekali gus. Kalau rasa terlalu likat atau kering tambahkan air secukupnya....
Memang sedap.....
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment