Assalamualaikum
Di sini Chetam paparkan bermacam-macam resepi bergedil/pergedil yang telah Chetam kumpul semenjak tahun 2001.
Begedil ayam & hati oleh Juliana (RPA)
Kentang lebih kurang 5 atau 6 biji
Sedikit isi ayam (nak sedap banyak pun boleh)goreng dan potong kecil2
Sedikit hati ayam (sedikit saje takut kalau banyak jadi pahit pulak)goreng and potong kecil2
Daun sup(potong halus )
Serbuk lada putih
Telur (utk mencelup)
1 Biji telur untuk die gaul sekali
Bawang putih(sebiji)ditumbuk
Bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng
Step (1)
Goreng kentang atau rebus sampai empuk kemudian tumbuk bagi hancur atau sampai lembut kentang tu. Lepas tu masukkan isi ayam, hati ayam tadi gaul rata masukkan pula daun sup lada putih,bawang putih, bawang goreng dan garam gaul lagi sekali sampai sebati
kemudian baru masukkan sebiji telur yang dipukul tadi kedalam kentang
tersebut gaul lagi sekali.
Step (2)
Kentang tadi kita bulat2kan nak lonjong pun boleh,nak petak pun boleh ikut suke awaklah asalkan boleh di goreng sudah dan akhir sekali kita panaskan minyak dan celup kentang tadi dalam telur yg sudah dipukul tadi dan goreng sehingga nampak kekuning-kuningan dan sedia untuk
makan.
Pegedil/Bergedil dari Puti Mazura (RPA)
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk (boleh juga direbus), tumbuk.
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula,
secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng
Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telah ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan
leperkan.
6. Masukkan kedalam peti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.
9. Toskan minyak atas kitchen towel, dan hidangkan.
Bergedil oleh Hanie Comel Lote (RPA)
2 keping daging burger (terpulang laa sama ada nak guna ayam atau daging dan dibiarkan pd suhu bilik)
3 biji ubi kentang (digoreng dan ditumbuk lumat)
1 labu bawang besar (didadukan)
1 biji cili merah (didadu kecil)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Sedikit daun sup (ketumbar)& daun bawang (dihiris)
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng
Cara-cara
1) Gaulkan kesemua bahan tersebut kecuali putih telur (kuning telur dicampurkan dlm adunan).
2) Setelah sebati, bulat2 kan dan dicelup ke dlm telur putih. Kemudian goreng.
Pegedil oleh Noorzuliana Zolhamli (RPA)
Ubi kentang - potong seperti wedges dan goreng dahulu kemudian lenyek
hingga hancur
Lada hitam - dimesin atau ditumbuk hingga halus, kalau nak pedas
taruklah banyak skit
Daging lembu atau ayam - (yg dah dicincang halus) kalau nak power
selalunya pakai daging lembu sebab isinya tak hancur dlm adunan.
Daun sup dan daun bawang - potong kecil2
Garam - sesedap rasa
Telur sebiji - di campur dalam adunan supaya semasa adunan di goreng ia
tidak mudah pecah
Bawang besar - potong dadu
Telur untuk menggoreng
Setelah ubi kentang dilenyek, campurkan kesemua bahan2 tadi. Gaulkan dengan tangan sebab ianya akan lebih mesra..kemudian bentukkan ia bulat2 atau lonjong (ikut suka)...untuk pengetahuan semua, lagi kecil begedil tu lagi sedap..(kira2 segenggam tapak tangan je) sebab bila di bentukkan besar2 kita hanya akan rasa ubi kentangnya sahaja. kemudian celupkan dalam telur yg telah diletak sedikit sahaja garam...kemudian goreng. semasa menggoreng jangan letakkan terlalu banyak begedil tersebut ke dlm kuali kerana ia mudah pecah dan minyak mudah menjadi berbuih..selamat mencuba.
BERGEDIL DAGING oleh Anisadlina (RPA)
250 gm daging cincang (ditoskan airnya, jika ada)
2 biji ubi kentang saiz besar (sebaik-baiknya jenis USA russet potato -
boleh dapat di Carrefour/Makro)
8 ulas bawang merah (3 ulas daripadanya dibuat bawang goreng)
1 ulas bawang putih
1/2 sudu teh serbuk lada
1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
1/4 sudu teh gula atau secukup rasa
1 putih telur (dipukul sedikit)
Minyak masak secukupnya untuk goreng terendam
1.Rebus kentang sehingga empuk (JANGAN SAMPAI LEMBIK - nanti kandungan airnya terlalu banyak)
2.Buang kulit kentang, lenyek halus dan ketepikan.
3.Cincang / mesin kasar 8 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih.
4.Gaul rata ubi kentang lenyek, daging cincang, bawang mesin, bawang
goreng, serbuk lada, garam dan gula.
5.Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti bola. Tekan perlahan supaya sedikit leper (lebih-kurang macam rupa cucur kacang/kuih kasturi tu). Ulangi sehingga habis adunan.
6.Panaskan minyak.
7.Apabila minyak cukup panas (kalau tak cukup panas, bergedil mudah pecah waktu digoreng), celup bergedil satu persatu dalam putih telur dan goreng hingga keperangan.
8.Angkat dan toskan minyaknya sebelum dihidang.
Pergedil oleh Norlina Mohd Nor (RPA)
Kentang di hiris, di goreng dan tumbuk hingga lumat
Ikan bilis yg digoreng, ditumbuk hingga halus
Satu sudu teh jintan manis
Lada sulah secukup rasa (agak2 aje)
Garam secukup rasa
Daun sup di hiris halus
Bawang goreng (lagi sedap kalau buat sendiri)
Telur (guna uk mencelup bergedil)
Campur semua bahan2 tadi dan bentuk ikut pilihan anda (samada bulat kecil ataupun besar). Pastikan padat dan bentuknya cantik. Lepas itu, celup dgn telur dan masukkan dlm minyak panas dgn api yg kecil. Masak sehingga berwarna kuning dan angkat utk di hidangkan...
Kalau tak suka ikan bilis, ganti dgn daging lembu (guna daging burger aje)
atau isi ikan....Selamat mencuba!!!
Pergedil oleh Izatul (RPA)
Kentang dihiris2, digoreng dan ditumbuk lumat
Sedikit udang kering ditumbuk
Mincemeat
Bawang goreng
Lada sulah & garam
Telur dipukul
Gaulkan kesemua bahan dan bulat2kan. Lepas tu celup dlm telur dan goreng.
Nota dari Chetam
Selalunya Chetam buat pergedil dengan apa saja bahan yang ada di dapur. Kalau ada ikan goreng, Chetam tumbuk halus dan gaul ngan kentang. Kebanyakan resepi di atas menggunakan ubi kentang yang digoreng terlebih dahulu da bukan direbus. Ini adalah untuk mengelakkan pergedil menjadi lembik. Seeloknya masukkan pergedil ke dalam peti sejuk untuk beberapa waktu sebelum digoreng. InsyaAllah kalau Chetam jumpa lain2 resepi bergedil/pergedil, Chetam akan tambah di Teratak Chetam.
Babai.....
Pis Pis Kacang Pis.............hehehehehehe............
Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
thanks a lot... bley try buat satu2 nie...
ReplyDeletesalam if can,its better if you put alot of recipie in this blog.
ReplyDelete