Kelas Semi Hands On di Teratak Chetam

Tawaran Istimewa Sempena Teratak Chetam berada di Batu 5, Simpang

Yuran serendah RM100.00 untuk kelas grup dan RM200.00 untuk kelas personal bagi modul berikut:

Aneka Buns
Cream Puff, Enclairs, Fruit Puff
Aneka Tartlets
Takoyaki
Pastri Basket dan Tart Bentuk Buah
Muffins
Sponge Cake utk deko guna whipping cream dan cheese leleh
Cup cakes dan deko

Untuk kelas personal, sila sms atau wassup utk tetapkan tarikh. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri dan juga kelas yang anda ingin belajar. Yuran adalah berlainan dari kelas semi hands on.

Lokasi : Batu 5, Simpang, Perak
Landmark : Gerai Lemang dan Gerai Air Jambu Batu di depan rumah
Hubungi : 011-27046007 (sms/wassup)


June 17, 2005

Koleksi Resepi untuk Wanita di dalam Pantang - Pak Amir

Chetam nak tambah sikit lagi yer tentang pesanan Pak Amir berkenaan Ikan Haruan.

[Quote]
Pak Amir nak beri pandangan yang agak penting di sini..

Ikan haruan sememangnya elok dimakan untuk sesiapa yang baru sahaja performed an operation, tak kiralah apa pembedahan sekali pun, masak bubur ikan haruan tanpa tulang boleh, masak sop ikan haruan elok, panggang ikan haruan pun jadi.. pakai sahaja mana-mana resipi yang pernah disiarkan sebelum ini.

Akan tetapi satu peringatan daripada Pak Amir, ikan haruan harus dimakan seminggu sekali atau paling maksimun 2 kali, dan makan dalam masa 2 minggu sahaja.. dalam erti kata lain ikan haruan tak boleh dimakan banyak dan hanya makan antara 2 - 4 kali dalam masa 2 - 3 minggu dan stop, barangkali cadangan " taskforce " untuk makan ikan haruan selama 20 hari berturut-rutur tu perlu diberi perhatian.. sebenarnya ada masalah yang berlaku tanpa kesedaran kita..

KENAPA ?
========
Fungsi ikan haruan ialah percepatkan penyembuhan luka, erti kata lain ianya cepat tumbuh daging dan cepat percantuman sebarangan pembedahan. Cara sepatutnya pengambilan ikan haruan ialah makan sekali dalam beberapa hari untuk mengizinkan tindak balas tersebut tadi, dan jika terlalu banyak pengambilannya akan menyebabkan perkara-perkara berikut :

1. Luka yang sembuh tadi akan jadi tidak cantik, banyak daging berlebihan tumbuh di sekeliling dan parut kelihatan besar dan tebal gituh..
2. Masalah gatal, bukan gatal sebab bisa atau bernanah tetapi gatal akibat geseran daging-daging berlebihan yang tertumbuhnya di bahagian dalam luka... keadaan gatal ini mengambil masa ada yang sampai setahun lebih pun masih terasa.. lama-lama jadi bisa gatal tu pun hilang..

Pesanan Pak Amir, ingat supaya tidak terlalu banyak mengambil ikan haruan, tiada guna mengambil banyak ikan haruan, kita tidak boleh ambil jalan pendek untuk cepat sembuh, ikan haruan sememangnya banyak membantu tetapi tetap memerlukan masa untuk tindak balasnya.. cara mengambil ikan haruan berlebihan sedikit pun tidak akan membantu dalam tujuan penyembuhan pembedahan secara pantas, sebaliknya selepas suatu tempoh masa, daging berlebihan pula jadi !

Kepada mereka yang ada pengalaman ini tetapi tidak tahu kenapa, maka itulah sebabnya kerana anda banyak memakan ikan haruan selepas pembedahan dan luka pembedahan anda sampai sekarang masih kelihatan tidak cantik dan gatal dalam tempoh yang begitu lama..

Masih ingat Pak Amir melaksanakan satu pembedahan few years ago.. pun makan ikan haruan ( bubur dan sup ) sebanyak 2 kali sahaja. Isteri Pak Amir melahirkan anak bongsu secara pembedahan pun Pak Amir sediakan ikan haruan ( sekali bubur dan sekali rebus air akar kayu nanti Pak Amir bagi resipinya ) pun.. makan dua kali sahaja, seminggu sekali selama 2 minggu, hasilnya cukup memadai dan luka garisan pembedahan hampir hilang selepas sembuh..

Sekian sahaja buat kali ini, semuga peroleh manafaat daripada artikel Pak Amir kali ini.


Wassalam.
Pak Amir.

Sekarang, Pak Amir nak bagi satu lagi resipi-maut rebusan akar kayu pati ikan haruan.. nama pun resipi-maut dah tentu best punya bukan, sememangnya cepat sembuh luka dengan air rebusan ikan haruan ini, bila sebut air rebus ikan haruan sudah tentunya tak sedap.. hanyir.. tapi tak lah hanyir sangat.. okay lerr jugaaa.. nak baik cepat tak haa...

Ikan Haruan Rebus Herba Pak Amir

Bahan-bahan
Ikan haruan 1 ekor sais sederhana ( RM5.00 )
( atau ikan haruan seekor besar >RM10.00 dibahagikan dua )

Akar kayu Pak-Key ( sejenis kulit pokok ) yang boleh dibeli di kedai ubat cina. Bagi tahu tokey kedai cina nak Pak-Key hitam, nak pakai untuk rebus air atau bagi tahu dia nak rebus ikan haruan dia tahu ler.. pesan kat dia tak mahu yang Pak-Key putih, putih murah sikit tapi Pak-Key hitam yang bagus dan berkhasiat. Beli antara beberapa gram harganya murah dalam beberapa ringgit sahaja.. dia keseping-sekeping rupanya macam kerepek pisang gituh tapi sangat nipis.. lembut.. bau wangi herba.. warga beras begitu tapi tepinya warga sedikit hitam, kalau pak-key putih dia warna putih lerr..

Air dan garam

Cara penyediaan :
Setengah periuk air dimasukkan ikan haruan dan juga Pak-Key ( pak-key dibasuh sekali lebih kurang gituh ) dan rebus selama 1.5 - 2 jam dengan api sederhana perlahan, kalau kering tambah air lagi.. rebus sampai air kering tinggal semangkuk air ( mangkuk nasi orang cina makan tuu ).
Selepas tu, buang ikan haruan tu ( tak larat laa nak makan nyerrrr ) dan juga buang kepingan Pak-Key, ambil air rebusannya yang berwarna kuning.. masukkan sedikit garam.. tutup api dan tuang ke dalam mangkuk.. ingat rebus lama sampai air kering tinggal semangkuk air sahaja.. semua pati ikan ada dalam situ bercampur dengan khasiat pak-key, pak-key bertujuan untuk pulihkan pernafasan dan edaran darah dengan baik...
Haa.. pas tu dah suam-suam tu terus tuang dalam mulut.. baca bismiLlah jangan lupa.. ulang sekali dua dalam masa 2 minggu dah cukup... sangat berkhasiat.. orang yang menjalankan pembedahan jantung / pembedahan kritical ( major operation ) paling elok dengan resipi ini, bubur ikan haruan pun tak lawan dia.. cepat sembuh..

Apaa.. tak sedapp ?? nak muntah ?? ... haaaa.. nak cepat baik ker tidak nii ??? Tak lah teruk sangat baunya.. tawar-tawar gituuu... cuba sekali dulu.. okay ler tuuu... Ingat.. banyakkan rehat, makan obat.. insya Allah cepatt sihat !!!

Selamat menjamu selera di Restoran Pak-Amir.

[UnQuote]

Lain-lain resepi dari Pak Amir.

Ikan Goreng Halia Muda

parang atau ikan tenggiri - sekeping atau ikut suka
Halia muda - agak2
Bawang besar di mayang

Ikan digoreng garing
Halia muda di hiris
Bawang besar di mayang
Tumbuk halia muda dan bawang besar
Agak2 dah hancur (jangan lumat sangat)
Tumbukkan ikan goreng tadi (agak2 hancur)

* sedap dimakan dengan nasi panas2.

Ikan bilis masak lemak lada hitam

Ikan bilis (agak2 banyaknya)
1 mangkuk santan kelapa (yang pekat)
2-3 ulas bawang kecil
1/2 inci kunyit hidup
lada hitam

Tumbuk kunyit, bawang merah dan lada hitam
Bahan yang ditumbuk, dimasukkan dalam santan
Jerang atas api, dan kacau selalu - kalau tak nanti naik minyak(macam kita buat masak lemak cili padi)
Agak2 dah mendidih, masukkan ikan bilis
Tunggu sampai masak

* sedap di makan dengan nasi panas2.

Ikan Haruan Goreng Rempah

1 ekor ikan haruan (sedang besar)
2" halia
2 ulas bawang merah
40 biji lada hitam di tumbuk (2 sudu Besar sos lada hitam Chef Wan atau muslim Best)
2 sudu rempah ikan
air asam jawa/garam secukup rasa

1. Ikan disiang dan dipotong dadu lbih kurang 2"
2. Gaulkan bersama garam dan kunyit serbuk - perapkan 15 minit
3. Goreng ikan hingga kekuningan / garing ( angkat tos minyak)
4. Tumis bawang (tumbuk) dan halia (ketuk-ketuk)
5. Masukkan rempah dan lada hitam - biar naik minyak
6. Setelah itu masukkan ikan dan air asam jawa dan garam

* Biasanya dalam pantang kita digalakkan makan dengan nasi yang panas dan minuman yang sesuai ialah air akar kayu. Tidak digalakkan minum air masak terlalu banyak.

SUP KURMA MERAH(Cina)

100 gm ayam / 50 gm ikan bilis
20 gm kacang hitam
20 gm kurma merah

Rebus kesemua bahan tersebut hingga empuk dan sesuai dimakan semasa masih panas.

SUP LOBAK PUTIH – Utk Menambahkan susu (Cina)

1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
Sedikit daun kucai
Garam secukup rasa

Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan bahan2 tersebut, jangan terlalu lama. Sedia untuk dihidangkan.

KARI IKAN YU(India)

2 potong ikan yu
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit3 cm halia
3 sudu makan serbuk kari
1 batang kulit kayu manis
sedikit cengkih dan bunga lawang
400 ml santan kelapa
garam secukup rasa

Tumbuk bawang merah, putih, kunyit, halia dan campurkan serbuk kari. Tumiskan kayu manis, cengkih, bunga lawang dan bahan2 yang telah ditumbuk tadi hingga naik baunya. Masukkan ikan dan biar seketika. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Masukkan santan dan kacau perlahan hingga mendidih. Sedia untuk dihidang.

DAUN MURUNGAY BERGORENG(India)

1 cekak murungay
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
50 gm ikan bilis
1 camca makan minyak masak

Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Tumiskan bersama ikan bilis. Masukkan daun murungay dan sedikit air. Goreng seketika dan angkat untuk dihidangkan.

IKAN BILIS BERKUNYIT(Melayu)

5 cm kunyit
1 genggam ikan bilis
2 camca teh lada hitam

Tumbukkan kesemua bahan tersebut (jangan terlalu lumat). Siap untuk dimakan bersama ulam-ulamam seperti ulam pegaga dan daun selom.

Pindang Ikan Haruan/ Tenggiri

Ikan Haruan @ Tenggiri
Lada hitam 20 biji
Halia 1 inci @ lebih
Kunyit Hidup 1 inci @ lebih
Bawang Putih 2 ulas
Asam Keping 2 keping
Airgaram secukup rasa

Lada hitam ditumbuk halus. Halia, Kunyit Hidup & Bawang Putih boleh ditumbuk atau dihiris nipis. Masukkan Ikan dipotong ikut suka. Basuh bersih dan masukkan ke dalamperiuk. Isi air, agak-agak menutupi ikan. Masukkan lada hitam, halia, kunyit, asam keping, garam & bawang putih tadi kedalam periuk yang sama. Masakkan sehingga kuahnya pekat. Makan dengan nasi panas. Kalau kita hiris bahan-2 tadi. Kita boleh makannya sekali. Mak saya kata, halia dan lada hitam memanaskan badan. Asam dan kunyit pula mengecutkan luka dalaman. Dan ikan haruan pula bagus untuk pulihkan luka.

Limpa Goreng Kunyit

1/2 kilo Limpa dipotong kecil
1 labu Bawang Besar dihiris
Kunyit hidup ditumbuk halus
Halia ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
lada hitam @ putih ditumbuk halus
kunyit serbuk dua sudu kecil
asam keping 1 keping
garam

Limpa digaul bersama campuran kunyit hidup, bawang putih, lada hitam @ putih, asam keping, halia dan garam. Goreng hingga agak garing, toskan. Tumis sedikit bawang putih, hirisan bawang besar dan halia sehingga naik bau. Bancuh kunyit serbuk dengan air. Masukkan dalam tumisan tadi. last sekali masukkan limpa goreng tadi, tambah serbuk perasa dan garam jika perlu. Limpa juga boleh digantikan dengan hati ayam atau lembu. Ia baik untuk menambah darah (kata orang). Halia, bawang putih dan kunyit hidup tadi boleh juga dihiris dan digoreng dan dimakan bersama limpa.

Berikut Resepi dari Khusna Ahmad

Ikan Masak Pindang

2 keping ikan merah/ tenggiri (yang dah siap dipotong tu)
2 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
10-15 biji lada hitam (ditumbuk)
garam secukup rasa
1-2 keping asam keping (asam jawa pun boleh)
2 cawan air (agak-agak la jangan banyak sangat)
1/2 cm isi kunyit segar (ditumbuk)

Potong bawang merah, bawang putih dan halia nipis-nipis. Sediakan air dalam periuk kemudian masukkan semua bahan-bahan kecuali ikan. Bila dah mendidih masukkan ikan. Akhir sekali masukkan garam mengikut rasa.

p/s Halia dan bawang putih tu lagi banyak lagi bagus, untuk buang angin.
Lada hitam tu kalau anak menyusu badan, hendaklah dikurangkan sikit.

Ayam Halia Kukus

Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ulas bawang merah
Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
Garam
sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
1 sudu besar minyak bijan

Sediakan periuk kukus, masak air dahulu. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa. Bubuh minyak bijan dan gaul rata. Akhir sekali kukus sehingga ayam masak. Elok dimakan ketika panas.

2 comments:

  1. dalam pantang mana bole goreng2, sebab tu org malaysia obesiti..

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:32 am

    Mohon share resipi air rebusan ikan haruan, moga mendapat berkat dari tuanpunya blog ni. Saya baca resipi tu aje, tak larat baca yg lain lagi dah, letih gelak dgn bahasa yg digunakan. Syabas tuan.

    ReplyDelete