Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Kelas Personal di Teratak Chetam

Anda tentukan tarikh kelas anda sendiri

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut. Sila rujuk modul kelas di ruangan sebelah kanan.


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.


January 07, 2010

Kelas Coklat : 3 Jan 2010

Kali ni kelas coklat disertai oleh Chef Baini dan Naja. Chef Baini ni yang ajar Chetam buat sugarbox. Masih ingat lagi dia pada bunga ros yang Chetam songlap masa kelas....hehehe

Kelas kali ni lebih merupakan kelas eksperimen sebab Chetam beri peluang kepada Baini dan Naja untuk membuat lolichoc yang berwarna warni serta kotak hati yang diperbuat dari coklat compound sepenuhnya.

Baini (dia marah panggil dia Chef...hehehe) tak banyak karenah. Kalau ada coklat yang dikeluarkan tak sempurna...alamatnya masuk ke mulut da....masa Baini bagi tahu nak join kelas coklat, Chetam suruh dia join kelas Sifu Chetam.....seram la nak ajar...hehehe

Naja dari Gombak. Mula-mula daftar untuk kelas 24 Jan tapi tiba-tiba tukar fikiran untuk datang lebih awal. Naja ni dah siap booking ngan Baini untuk belajar SugarBox. Tujuan utama sertai kelas coklat adalah untuk anak-anak....rupernya anak beranak peminat setia coklat.

Lolichoc Patrick yang dibuat oleh Naja.....Chetam siap menyanyi lagu 10 budak hitam...

Terkasima betul ngan Mashmellow Lolichoc yang dihias cantik oleh Baini. Kreatif betul...lepas ni boleh la Chetam tiru gaya beliau...minta izin yer....

Sponge bob ni pulak hasil tangan Baini....siap refer gambar yang asal dalam henpon.

Ini la cara nak buat teddy lolichoc....macam nak kena sula la pulak....

Gabungan wafer munchy dan pops cake yang dicelup coklat....ini hasil tangan Naja

Ini pulak hasil tangan Baini.

Ini bahan eksperimen...buat coklat bar tetapi sebelum ni Naja tabur Bubble Rice berperisa fruity sampai penuh acuan.....nak letak coklat lepas tu pun tak boleh sebab sendat ngan bubble rice...hehehe. Di atas coklat bar tu adalah penutup kotak coklat berbentuk hati.

Naja tengah dok kaler seluar si Patrick

Inilah hasilnya Kotak Coklat berbentuk hati yang diisi dengan 3 butir coklat. Cantik kan.....Ini hasil kerja tangan Naja dan Baini.....Chetam cakap macam lembu frisian.....hehehe...

Sebenarnya acuan kotak hati dapat hasilkan 2 kotak. Tapi disebabkan susah nak keluar......depa suruh Chetam ketuk. Dek kerana tengah dok syok mengetuk, kotak pertama pecah. Terpaksala Chetam gantikan dengan kotak yang dah Chetam siapkan. Alhamdullilah kotak kedua keluar dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment