Iklan Berbayar

BannerFans.com


Ruangan Iklan untuk disewa dengan kadar RM20 sebulan tanpa posting dalam Teratak Chetam atau emails kepada Mailing List.

Jadual Kelas Bulan Mei 2013

Boleh pilih sebarang tarikh untuk bulan Mei 2013.

Anda boleh book kelas pilihan anda. Pilih tarikh yang sesuai dan hubungi Chetam melalui email atau sms untuk book kelas tersebut.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Confirmed : 12 Mei utk kelas personal dengan Puan Farah - Kelas Tartlet dan Kelas Asas Deco Cupcakes - DONE

Confirmed : 8 Jun kelas personal utk Homemade Chocolates dengan Amira

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Untuk setiap kelas personal yang dibook, anda perlu bank in deposit RM100 utk kelas yang yuran melebihi RM200 dan rm50 utk yuran yang melebihi rm100. Sila buat tempahan dengan email chetam1@gmail.com atau sms 010-7850314

Boleh request sebarang tarikh kecuali hari Selasa, Chetam cuma free si sebelah petang. Modul mengikut keperluan anda.

Module yang anda boleh gabung dalam satu hari untuk kelas personal. Anda sendiri yang tetapkan tarikh yang sesuai.

Module 1
Kelas Kek Coklat Moist Versi Bakar(siap ganache dan hiasan) dan Kukus(dengan topping mudah) serta Brownies mudah - Yuran RM200


Module 2

Kelas Aneka Tartlets - Cheese Tart, Fruit Tart, Walnut Tart, Egg Tart - Yuran RM160

Module 3
Aneka Chaox Pastry - Cream Puff, Enclairs, Snowy Swan, Fruit/Tuna Basket
- Yuran RM160

Module 4
Kelas Puding dalam Loyang
- Yuran RM160

Module 5
Kelas Puding dalam Bekas Mini - Yuran RM160

Module 6
Kelas Bakul Pastri dan Tart Buah - Yuran RM250


Module 7
Kelas Asas Aneka Coklat - Yuran RM230

Module 8
Kelas Kek Red Velvet - Belajar 2 resepi berbeza - kek dan cuppies
Yuran - RM200

Module 9
Kelas Kuih Talam
Hands On 4 Resepi - Yuran RM160
Hands On 5 Resepi - Yuran RM180

Module 10
Kelas Aneka Kek Komersial - Kek Sponge, Kek Butter, Kek Coklat, Kek Lapis
Pandan , Kek Chiffon. Yuran - RM300

Module 11
Kelas Aneka Kek Keju Mudah - Kek Snowy Cheese, Kek Keju Bost(yg lain akan update)


Kelas turut diadakan secara personal. Anda boleh mix n match kelas pilihan anda. Segalanya dilakukan secara hands on. Anda boleh tentukan bila kelas akan diadakan.

December 21, 2009

Resepi: Kuih Minyak Muda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setiap malam Chetam lepak kat kedai Che Na dan Che Ju. So dah rezeki Chetam, masa sampai kat kedai tu minggu lepas, Che Na tengah dok masak inti kelapa. Lepas tu ramai-ramai dengan Che Ju dan Che Nor, depa buat Kuih Minyak Muda ni. Dan lagi sekali rezeki Chetam, kamera ada dalam beg. So apa lagi....dok sibuk mengambil gambar sampai depa panggil Chetam.....WARTAWAN....hehehe...

Che Ju bagi tahu sepupu Che Na di Narathiwat yang buat kuih ni.

Kuih Minyak Muda
Sumber: Che Na/Che Ju Bandar Teknologi Kajang
Asal : Narathiwat, Thailand

Nota Kaki Chetam: Ikut kata Che Na, sepatutnya bahagian putih di atas tu lembik berkuah. Tapi bagi Chetam.....yang ini pun dah sedap wei.....hehehe

Bahan-bahan Inti
1 biji kelapa muda
2 ketul Gula Melaka
Air secukupnya
Sedikit garam

Cara
Masuk semua bahan ke dalam kuali.
Masukkan air sehingga kelapa terendam. Goreng hingga semua bahan kering.
Bila kering, masukkan sedikit tepung pulut. Kacau rata.
Bila inti dah siap, gentel bulat-bulat.

Bahan-bahan Kulit
Tepung pukut secukupnya
Sedikit air kapur
Air secukupnya - asal boleh dibentuk bulat-bulat

Cara
Gentel bulat-bulat. Kemudian leperkan dan masukkan inti ditengah-tengah.
Bulatkan semula.

Bahan-bahan Kuah
Tepung Beras secukupnya - cairkan dengan sedikit air
1 biji kelapa - ambil santan
Garam, gula secukupnya

Cara
Masak santan hingga mendidih. Masukkan tepung beras yang dah dicairkan.
Gaul rata

Cara membuat
Sediakan daun pisang.
Masukkan 2 biji bebola yang dah siap berinti.
Masukkan 1 atau 2 sudu besar kuah santan tadi.
Balut macam balut tapai, sematkan dengan lidi.
Kukus sekejap - agak-agak kuih tu dah masak.

1 comment:

  1. kalo org perak tgk cara lipat daun macam kuih jongkong.. bulat2 mcm badak berendam...hehhe... tgk pun dah tau sedap ni...

    ReplyDelete